Press Centre

Others

PKP 2021 #1: Perkhidmatan Grab Terus Beroperasi, dan Akan Terus Memberikan Perkhidmatan Kepada Komuniti

Oleh Sean Goh, Pengarah Urusan Grab Malaysia.

Semalam, Malaysia mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu untuk beberapa negeri. Kami ingin memberi jaminan memaklumkan bahawa perkhidmatan Grab – Food, Mart, Express dan Transport  – akan terus beroperasi untuk memberikan perkhidmatan kepada komuniti di Malaysia. (Untuk maklumat terkini mengenai perkhidmatan dan waktu operasi yang berkaitan, sila semak  aplikasi kami)

Fokus utama kami adalah untuk terus melindungi pendapatan rakan-pemandu, rakan-penghantar dan peniaga kami, dan juga melindungi kesihatan dan keselamatan masyarakat kita. Dalam menghadapi masa yang mencabar ini, kami percaya bahawa setiap rakyat Malaysia mempunyai peranan untuk saling menyokong antara satu sama lain ketika kita menangani kesan wabak tersebut.

Sejak PKP pertama tahun lalu, kami telah mengambil beberapa langkah untuk mengadaptasikan penggunaan teknologi digital bagi membantu melindungi pendapatan komuniti kami dan akan terus meningkatkan usaha kami. Oleh itu, kami dengan segera memperkenalkan inisiatif-inisiatif  berikut:

Rakan pemandu & penghantar

  • Mengukuhkan rangkaian penghantaran Grab: Dengan perkhidmatan baru yang dilancarkan dan permintaan untuk perkhidmatan penghantaran yang semakin meningkat, kami sekali lagi akan menggunakan perkhidmatan pemandu kami untuk mengukuhkan jaringan penghantaran kami dan juga memberi pendapatan alternatif untuk rakan-pemandu kerana terdapat kemungkinan penurunan permintaan e-hailing. Ini juga akan memastikan pelanggan akan terus mendapat akses yang lancar ke perkhidmatan Food, Mart dan Express.
  • ‘Dana Perlindungan Rakan Kongsi’ Grab: Rakan-pemandu atau -penghantar kami akan menerima sehingga RM1,000 untuk membantu keperluan perubatan jika mereka diuji positif COVID-19, atau sehingga RM350 jika mereka diminta untuk menjalani kuarantin kendiri bagi tujuan pencegahan.
  • Piawaian keselamatan dan kebersihan tertinggi melalui GrabProtect: Untuk memastikan keselamatan masyarakat kita, rangkaian pemandu dan penghantar kami akan mendapat akses mudah untuk pelitup muka, sanitiser, pembersih dan penyembur nyahjangkit melalui platform GrabBenefits. Pemandu dan rangkaian penghantaran kami juga diminta untuk secara sukarela menyerahkan penyata kesihatan harian melalui Aplikasi Grab Driver.

Rakan-rakan peniaga

  • Perluasan Perkhidmatan “Food Courts by GrabFood” dan “Pasar by GrabMart”: Kami memperkenalkan perkhidmatan ini tahun lalu untuk membantu para peniaga tradisional dengan penggunaan teknologi digital sambil memberikan akses kepada barang keperluan yang berpatutan seperti makanan dan keperluan harian kepada pengguna kami. Kami berharap dapat terus meningkatkan usaha ini ke seluruh negara.
  • “Instant Retail”: Dengan kemungkinan terdapat penurunan pelanggan yang melawati kedai  runcit, kami akan terus menyokong perkembangan peruncit di GrabMart, seperti kedai kemudahan, kedai runcit dan farmasi bebas, dengan perkhidmatan penghantaran segera kami.
  • Kami akan mengumumkan usaha-usaha tambahan untuk menyokong komuniti peniaga kami, sila semak dan nantikan segala komunikasi kami.

Para pengguna Grab

  • Penghantaran “contactless” & tanpa tunai: Untuk memastikan amalan kebersihan yang lebih selamat dan melindungi komuniti kami, kami menggalakkan setiap orang untuk mengamalkanpenghantaran “contactless”  dan pembayaran tanpa tunai dengan GrabPay bagi mengurangkanrisiko kontak fizikal.
  • Pakej ditutup dengan teliti: Kami akan bekerjasama dengan rakan-peniaga untuk memastikan bahawa semua pesanan ditutup dengan teliti dan betul.

Kita tahu bahawa masa yang panjang diperlukan untuk Malaysia pulih sepenuhnya. Kami akan terus menggesa masyarakat untuk mengikuti SOP yang telah ditetapkan kerana kami menyokong usaha memerangi Covid-19. Sebagai syarikat tempatan, kami bersedia untuk bergabung dengan sektor awam, rakan industri yang sama, dan komuniti kami untuk membantu memacu negara menuju ke arah pemulihan.

Kepada semua dalam perkhidmatan penghantaran dan petugas barisan hadapan, kami mengucapkan terima kasih atas dedikasi dan pengorbanan anda yang berterusan dalam menjaga keselamatan kami.

=TAMAT=

Visit our country press centres

Media Inquiries

Contact the Grab media team

Follow us on Grab social channels

  • Facebook
  • LinkedIn
  • Instagram
  • Twitter
Others

Malaysians saved over RM27 Million on GrabFood!

GrabFood users across Malaysia have saved over RM27 million in 2023 thus far, just by opting for Saver delivery

Tech & Product

Grab Beta Launches GrabRewards to Make Rides Even More Rewarding

Southeast Asia’s first regional passenger loyalty programme for ride-hailing beta launched across all region

Tech & Product

GRAB LAUNCHES GRABCHAT, SOUTHEAST ASIA’S FIRST OF ITS KIND IN-APP MESSAGING PLATFORM

In-app messaging platform specifically designed to improve Grab’s passenger ride experience for a quicker pickup while maintaining safety for drivers