GrabPay Bekerjasama Dengan Kerajaan Untuk Mempercepat Pemulihan Perniagaan di Malaysia Melalui Penggunaan Nirtunai
Oleh Ooi Huey Tyng, Pengarah Urusan, GrabPay
Sebagai perkhidmatan teknologi tempatan dan penyokong ekonomi digital, kami berbesar hati keranae-dompet kami, GrabPay, akan menjadi sebahagian daripada inisiatif e-Penjana kerajaan yang akan bermula pada 31 Julai 2020. Melalui inisiatif ini, pihak kerajaan akan menyalurkan RM750 juta kepada anggaran 15 juta pengguna-pengguna e-dompet bagi membantu memulihkan perniagaan tempatan dengan menggalakkan mereka untuk membeli barangan keperluan dan kemahuan mereka.
Sejak kawalan pergerakan, Grab telah menyokong pembayaran secara selamat, mudah, dan tanpa sentuhan supaya rakyat Malaysia dapat mengakses keperluan harian mereka seperti makanan, penghantaran dan barangan runcit dari rumah mereka dalam keadaan yang selesa. Ini juga membolehkan Grab membantu beberapa perniagaan kecil berkembang maju. Malah, kami telah mencatat pertumbuhan lebih daripada 60% daripada pengguna-pengguna GrabPay dalam beberapa minggu pertama kawalan pergerakan. Di samping itu, sejak mula-mula inisiatif nirtunai oleh kerajaan, 70% daripada pengguna-pengguna yang menuntut RM30 telah membelanjakan wang tersebut kepada peniaga GrabPay kami, dengan hampir 50% pengguna masih aktif di ekosistem kami.
Ini juga selaras dengan Kajian Visa 2020, di mana 69% daripada rakyat Malaysia telah menyatakan kecenderungan untuk menggunakan kaedah pembayaran nirtunai sejak wabak ini bermula. Oleh itu, semasa ekonomi dibuka semula, kami ingin menyediakan kaedah pembayaran yang lebih selamat dan yang menawarkan lebih banyak nilai untuk rakyat Malaysia ketika mereka membeli secara nirtunai untuk keperluan rumah tangga mereka seperti keperluan dapur, farmasi, makanan, elektronik dan perkakasan di seluruh negara. Kami yakin bahawa GrabPay boleh menjadi pilihan utama pembayaran rakyat Malaysia.
Sejajar dengan sumbangan RM50 daripada pihak kerajaan, Grab juga akan menambahkan baucar bernilai RM50 yang boleh digunakan di mana-mana perkhidmatan Grab atau di restoran-restoran serta kedai kegemaran rakyat Malaysia di seluruh negara. Selain itu, pengguna juga boleh memperoleh GrabRewards yang boleh digunakan untuk sebarang transaksi dalam talian atau luar talian. Untuk maklumat lanjut, sila klik disini.
Oleh kerana kita berada dalam fasa pemulihan dengan lebih banyak perniagaan kembali beroperasi, dan rakyat Malaysia kembali manjalankan rutin harian, sudah tiba waktunya untuk membantu kedua-dua segmen komuniti kita, terutamanya rakan-rakan niaga GrabPay untuk menyesuaikan diri dan terus berkembang maju dalam persekitaran normal baharu. Oleh itu, kami berharap pengguna-pengguna akan melihat inisiatif ini bukan hanya sekadar satu usaha oleh kedua-dua sektor kerajaan dan swasta untuk merangsang ekonomi, tetapi dalam jangka masa panjang, memupuk penggunaan pembayaran nirtunai yang akan memberi manfaat kepada perniagaan yang terjejas teruk akibat COVID-19.
Kami juga ingin menggalakkan pengguna-pengguna kami untuk memeluk gaya hidup digital secara penuh dengan memuat turun aplikasi MySejahtera untuk membantu pihak kerajaan memantau dan mencegah penularan wabak COVID-19.
Seperti mana-mana kaedah pembayaran, adalah penting untuk rakyat Malaysia mendidik diri terhadap pengawasan dan keselamatan e-dompet mereka supaya ianya a dilindungi. Oleh itu, kami komited untuk bekerjasama dengan Kerajaan dan rakan-rakan industri untuk memupuk rakyat Malaysia yang berpendidikan dan berdaya tahan melalui ekonomi digital. Secara demikian, kami akan terus memupuk rakyat Malaysia yang celik kewangan secara inklusif ia yang akhirnya dapat merapatkan jurang kewangan.
Appendix
= TAMAT =
Media Inquiries
Contact the Grab media teamFollow us on Grab social channels
Inside Grab
Explore Grab’s official blogEngineering Stories
Learn more about our technology developmentMalaysians saved over RM27 Million on GrabFood!
GrabFood users across Malaysia have saved over RM27 million in 2023 thus far, just by opting for Saver delivery
Grab Beta Launches GrabRewards to Make Rides Even More Rewarding
Southeast Asia’s first regional passenger loyalty programme for ride-hailing beta launched across all region
GRAB LAUNCHES GRABCHAT, SOUTHEAST ASIA’S FIRST OF ITS KIND IN-APP MESSAGING PLATFORM
In-app messaging platform specifically designed to improve Grab’s passenger ride experience for a quicker pickup while maintaining safety for drivers