Press Centre

Others

Grab Bekerjasama Dengan Kerajaan Negeri Selangor Supaya Kegemaran Bazar Ramadan Mudah Diperolehi Dari Rumah

  • Makanan Kegemaran Bazar Ramadan kini terdapat di GrabFood.
  • GrabExpress membantu usahawan mikro dan penjual di laman sosial menangani lonjakan permintaan dalam talian.

Petaling Jaya, 8 April 2020: Hari ini, kerajaan negeri Selangor mengumumkan kerjasama dengan Grab Malaysia. Perkongsian ini akan melihat syarikat tempatan ini bekerja dengan majlis-majlis negeri untuk mendigitalkan ribuan pedagang bazar Ramadan yang kita sayangi untuk menyediakan perkhidmatan mereka kepada jutaan rakyat Malaysia ketika bulan Ramadan dengan selesa dan selamat di rumah mereka.

“Setiap tahun, usahawan mikro dan penjual di laman sosial mengharapkan musim ini sebagai tempoh yang paling sibuk dan mengambil bahagian dalam Bazar Ramadan di kawasan kejiranan mereka, mengadakan gerai “pop-up” di seluruh bandar-bandar kita. Tetapi tanpa kehadiran fizikal, mereka mungkin tidak dapat menghasilkan jualan yang sama seperti sebelumnya. Oleh itu, kami mahu menyokong dan menggalak mereka untuk mengguna khidmat pembayaran tanpa tunai serta mengembangkan jangkauan mereka kepada jutaan pengguna Grab melalui perkhidmatan dalam ekosistem kami seperti GrabPay, GrabFood dan GrabExpress untuk membantu mereka menguruskan penghantaran barang mereka, sama ada kegemaran bazar, kuih-muih atau pakaian Hari Raya,” kata Sean Goh, Ketua Grab Malaysia.

Sebagai perkhidmatan tempatan, Grab sentiasa menggalakkan peniaga untuk menguasai ekonomi digital bagi mengembangkan perniagaan mereka. Grab baru-baru ini mengambil keputusan  untuk menyokong restoran persendirian dan penjaja kecil dengan kempen “Local Heroes” Grab kerana mereka tidak mungkin dapat mengharungi kesan ekonomi yang teruk di masa depan.

“Kami turut merasai keperitan Mak Cik Kiah dan Haji Salleh yang terus berusaha untuk melakukan apa sahaja yang mereka boleh pada masa ini. Bulan Ramadan amat dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia yang turut disambut bersama-sama, dan kami amat gemar makanan tempatan kita! Ia adalah amat penting untuk kita bersatu padu melalui budaya  yang dikongsi bersama untuk menempuhi masa cabaran ini,” tambah Goh.

Selain daripada negeri Selangor, Grab juga aktif berbincang dengan majlis-majlis tempatan lain mengenai kemungkinan mendigitalkan peniaga Bazar Ramadan tempatan untuk melindungi pendapatan usahawan-usahawan mikro ini.

Selain menjadikan e-Bazar Ramadan suatu realiti, Grab juga mempunyai dua inisiatif lain untuk membawa semangat Ramadan ke rumah rakyat Malaysia sambil menyokong perniagaan kecil dan usahawan mikro.

Pertamanya, Grab bekerjasama dengan pelbagai pilihan rakan restoran mereka untuk mengaturkan menu kegemaran Ramadan, yang sudah wujud berzaman seperti Ayam Percik, Murtabak dan Roti John supaya boleh didapati di GrabFood tepat pada masanya apabila bulan puasa bermula.

Kedua, Grab juga mengalu-alukan penjual di laman sosial dan usahawan mikro berpangkalan di rumah di seluruh Malaysia untuk menggunakan rangkaian rakan pengantar yang lebih daripada 100K di seluruh negara untuk membantu mereka memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan dalam talian mereka secara lebih mudah dan cekap.

Kami mendapat inspirasi daripada kumpulan-kumpulan di laman sosial yang cuba membantu usahawan mikro dan penjual di laman sosial ini, dan menyemarakkan semangat Ramadan. Pada masa sebegini, kita amat bertuah dapat menggunakan teknologi dan platform kami supaya rakyat Malaysia masih boleh menyambut bulan puasa dengan cara yang bersih dan sihat sambil menjauhkan diri secara sosial. Bersama-sama, kami berharap dapat bekerjasama dengan majlis-majlis tempatan yang lain untuk membawa makna dan pengalaman baru kepada Ramadan di seluruh Malaysia,” kata Goh.

Untuk restoran dan penjual di laman sosial yang berminat untuk memanfaatkan sumber Grab boleh menghubungi syarikat melalui grb.to/GrabRamadan. Majlis-majlis tempatan yang berminat untuk meneroka digitalisasi Bazar Ramadan tempatan juga boleh menghubungi Grab di laman web yang sama.

Mulai 9 April 2020, rakyat Malaysia boleh menikmati diskaun sehingga 30% untuk keperluan perayaan anda apabila anda membeli-belah dalam talian menggunakan GrabPay dengan promosi Grab ‘Raya Deals Dari Rumah’.

*GrabExpress adalah perkhidmatan penghantaran atas permintaan yang menggunakan kereta atau motosikal, tertakluk kepada saiz dan berat pakej dan boleh didapati di 26 bandar di seluruh negara.

=TAMAT=

Visit our country press centres

Media Inquiries

Contact the Grab media team

Follow us on Grab social channels

  • Facebook
  • LinkedIn
  • Instagram
  • Twitter
Others

Malaysians saved over RM27 Million on GrabFood!

GrabFood users across Malaysia have saved over RM27 million in 2023 thus far, just by opting for Saver delivery

Tech & Product

Grab Beta Launches GrabRewards to Make Rides Even More Rewarding

Southeast Asia’s first regional passenger loyalty programme for ride-hailing beta launched across all region

Tech & Product

GRAB LAUNCHES GRABCHAT, SOUTHEAST ASIA’S FIRST OF ITS KIND IN-APP MESSAGING PLATFORM

In-app messaging platform specifically designed to improve Grab’s passenger ride experience for a quicker pickup while maintaining safety for drivers