Press Centre

Consumers & Drivers

Hal Kawal Selia : Mempertahankan Semangat Kawal Selia

(Dikaitkan dengan Grab Malaysia)

Seperti yang diketahui ramai, industri e-hailing telah diberikan moratorium selama setahun, mulai 12 Julai 2018, untuk mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa dan tarikh akhir penangguhan tersebut kian menghampiri. Sungguhpun kami mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk mengawal selia industri ini, namun kami amat khuatir dengan kurangnya persediaan oleh agensi-agensi berkaitan untuk memudahkan laluan terhadap pematuhan yang ditetapkan. Di samping itu, kami melihat terdapat peningkatan semangat, yang ditunjukkan oleh sesetengah agensi penguatkuasaan, dalam mengenakan tindakan awal kepada pemandu perkhidmatan e-hailing sungguhpun tempoh moratorium ini masih berkuat kuasa.

Bagi pihak kesemua rakan pemandu dan warga Grab, kami ingin menyatakan kebimbangan bahawa proses-proses berkaitan dan infrastruktur yang diperlukan dalam memastikan peralihan yang lancar telah diambil ringan oleh pihak-pihak berkaitan. Isu-isu ini bukan hanya memberi kesan terhadap industri e-hailing, tetapi juga kepada jutaan pengguna yang bergantung kepada perkhidmatan yang disediakan, serta ratusan ribuan rakyat Malaysia yang meningkatkan sumber pendapatan isi rumah mereka melalui penyediaan perkhidmatan e-hailing.

Kami percaya pengawal seliaan perkhidmatan e-hailing pada asalnya bertujuan untuk meningkatkan keselamatan dan kualiti. Namun demikian, tanpa proses yang telus dan inklusif, usaha itu sebaliknya dilihat sebagai langkah yang menjurus kepada peningkatan kos dan keretakan, seterusnya menjejaskan penyediaan perkhidmatan untuk semua.

Tiga cadangan yang ingin kami utarakan adalah:

  1. proaktif dalam membabitkan penglibatan kesemua pihak berkepentingan secara menyeluruh terutamanya ketika memperkenalkan langkah-langkah baru yang tidak pernah diketengahkan sebelum ini,
  2. bersifat terbuka terhadap cadangan-cadangan inovatif untuk mempertingkatkan lapangan industri, dan
  3. memastikan peraturan baharu boleh dikuatkuasakan dengan mudah pada kos dan beban yang paling rendah kepada industri secara keseluruhannya yang turut merangkumi para pengguna.

Dengan adanya peraturan-peraturan ini, pihak kami telah mengambil tindakan yang diperlukan untuk memastikan langkah-langkah kukuh tersedia bagi membantu proses peralihan rakan pemandu kami. Bagaimanapun, kami terpanggil untuk berkongsi pandangan terhadap proses (atau ketiadaan proses) yang dilaksanakan.

Tahap ketersediaan pengawal selia

Kami mengambil berat pandangan Menteri kepada industri agar tidak menunggu sehingga saat akhir untuk bersedia bagi pematuhan. Namun sehingga hari ini, masih terdapat banyak lagi perkara yang tidak dapat disahkan. Hasilnya, kami menghadapi kesukaran untuk memberikan sokongan penuh dan jaminan terhadap rakan pemandu kami semasa tempoh peralihan. Seperti contoh:

      • Modul latihan: Kami difahamkan modul latihan PSV yang sepatutnya dimulakan tahun lepas, tidak akan siap sehingga Mac. Dengan tempoh akhir yang menghampiri, bagaimanakah agensi-agensi terbabit akan melatih dan mentauliahkan ratusan ribuan pemandu dalam tempoh 4 bulan? Kami telah berbincang dengan Menteri berkenaan langkah alternatif: penyediaan satu platform digital yang memberi umpama 6 jam atau lebih kandungan yang relevan dan tepat kepada pemandu. Malangnya, sehingga hari ini, agensi terlibat masih belum memikirkan tentang alternatif ini dalam bentuk polisi bertulis. Sebaliknya, polisi semasa yang masih memerlukan kehadiran fizikal, seperti yang telah diamalkan selama berdekad-dekad oleh teksi bermeter tradisional, walaupun tidak terdapat bukti kukuh bahawa langkah ini telah meningkatkan kualiti perkhidmatan berbanding e-hailing.  
      • Insurans e-hailing: Pada masa ini produk insurans untuk e-hailing adalah tidak mencukupi dan apa yang terdapat di pasaran kini tidak memenuhi keperluan kebanyakan pemandu. Pemandu separuh masa terutamanya, akan terkesan akibat kekurangan produk bersesuaian. Kami ingin menyeru kerjasama Bank Negara Malaysia, Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), Persatuan Tafakul Malaysia dan syarikat-syarikat insurans di Malaysia, untuk menunjukkan usaha telus mereka bagi mengatasi masalah ini. Bagaimanapun, perubahan ini memerlukan pindaan terhadap kerangka kerja insurans yang dikawal selia dengan ketat. Maka tempoh akhir yang ditetapkan perlu lebih fleksibel.  
      • PUSPAKOM: Hanya terdapat beberapa lokasi pemeriksaan kenderaan di seluruh negara. Kami mempunyai rakan pemandu di lebih 35 bandar dan pekan-pekan utama di Malaysia dan dengan bilangan lokasi yang terhad, terdapat kebimbangan bahawa penekanan terhadap pemeriksaan fizikal kenderaan akan memberi kesan terhadap sistem Puspakom. Malah, menurut perangkaan kami, pemeriksaan fizikal penuh setiap kenderaan di platform kami mungkin mengambil masa sehingga 20 bulan. Oleh itu, alternatif digital yang ringkas perlu diberi pertimbangan bagi meningkatkan kualiti dan keselamatan kenderaan.
      • Keperluan lain e-hailing: Terdapat beberapa keperluan tambahan, seperti cukai jalan e-hailing – cakera dan pelekat – masih belum diterangkan kepada penggiat industri. Ini menjadikan sukar untuk kami menyampaikan maklumat berkenaan kepada rakan pemandu kami yang akan mena meresahkan mereka.

Untuk setiap perkara di atas, kami berharap segala persediaan yang diperlukan dilakukan untuk pematuhan menyeluruh. Secara alternatifnya, kami harap kementerian akan berunding dengan penggiat industri untuk mencapai penyelesaian yang lebih berdaya maju dan inovatif yang akan membantu mencapai semangat kawal selia, tanpa terlalu terikat kepada kerangka polisi.  

Keperluan tambahan secara mendadak dan tempoh akhir yang semakin pendek

Baru-baru ini, JPJ telah memperkenalkan beberapa keperluan baru yang sebelum ini tidak dibincangkan. Contohnya, penyediaan alat pemadam api dalam setiap kenderaan, cakera cukai jalan unik dan pemeriksaan kenderaan mandatori tanpa mengira usia. Ini telah diperkenalkan secara unilateral tanpa perundingan dan tanpa memikirkan kesan kewangan terhadap rakan pemandu dan penumpang kami. Setakat ini, rakan pemandu kami sudah terbeban dengan banyak kos kawal selia tambahan dan langkah ini secara langsung meningkatkan lagi kos kehidupan mereka.  

Selain itu, agensi pengkuatkuasaan turut meletakkan tempoh akhir yang tidak munasabah, sama ada untuk menyerahkan dokumen untuk pendaftaran lesen korporat, atau pendaftaran untuk menjadi agensi latihan bertauliah – yang hanya bermula bulan lepas.

Dengan meletakkan tarikh akhir yang tidak realistik – antara 24 jam hingga seminggu – tidak akan membantu dalam membina kepercayaan dalam industri dan menunjukkan bahawa kita tidak bekerjasama dalam memastikan peralihan yang lancar untuk kawal selia. Sekiranya agensi penguatkuasaan serius dalam hal ini, mereka sepatutnya lebih teliti dan peka terhadap proses yang diperlukan dengan memberi tempoh masa yang munasabah kepada pemain industri. Keputusan mendadak seperti ini tidak hanya memberi kesan kepada kami, malah semua pemain industri khususnya yang baru menceburkan diri.

Kuranganya perundingan dengan industri

Beberapa bulan kebelakangan ini, kami tidak menerima sebarang komunikasi jelas tentang proses-proses terlibat daripada agensi penguatkuasaan. Malah, tidak terdapat sebarang perbincangan dengan agensi-agensi penguatkuasaan mahupun kementerian dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini. Taklimat terakhir untuk pemain industri telah diadakan oleh SPAD (kini dibubarkan) pada Oktober 2018. Melihat kepada aspek berbeza dalam proses terlibat, kami menjangkakan akan terdapat beberapa masalah awal. Maka, bagi pihak industri, kami telah mengemukakan beberapa kaedah menang-menang untuk bekerjasama dengan agensi-agensi pengkuatkuasaan kerana kami percaya kerjasama adalah lebih baik daripada konfrontasi untuk memberi faedah kepada rakyat.

Keseluruhannya, kami mendengar suara-suara bimbang jutaan rakyat Malaysia yang bergantung kepada e-hailing untuk pengangkutan dan menyara kehidupan. Berdasarkan ketidaktentuan, kurangnya perundingan dan fokus berlebihan terhadap tafsiran lama polisi lapuk, kami tidak menyangkal bahawa pihak kerajaan dan pengendali e-hailing perlu bekerjasama lebih erat untuk kemaslahatan rakyat.

Dengan semangat Malaysia Baharu, kami dengan ini menyeru pihak berwajib untuk menyediakan garis panduan yang lebih berdaya maju dan jelas untuk memudahkan pelaksanaan kawal selia e-hailing. Kami mahu memastikan semangat kawal selia dipertahankan serta segala proses dan keperluan yang ditentukan adalah boleh diskalakan demi menuju penghasilan kerangka kerja kawal selia yang inovatif untuk e-hailing.

=TAMAT=

 

English Version

Visit our country press centres

Media Inquiries

Contact the Grab media team

Follow us on Grab social channels

  • Facebook
  • LinkedIn
  • Instagram
  • Twitter
Others

Malaysians saved over RM27 Million on GrabFood!

GrabFood users across Malaysia have saved over RM27 million in 2023 thus far, just by opting for Saver delivery

Tech & Product

Grab Beta Launches GrabRewards to Make Rides Even More Rewarding

Southeast Asia’s first regional passenger loyalty programme for ride-hailing beta launched across all region

Tech & Product

GRAB LAUNCHES GRABCHAT, SOUTHEAST ASIA’S FIRST OF ITS KIND IN-APP MESSAGING PLATFORM

In-app messaging platform specifically designed to improve Grab’s passenger ride experience for a quicker pickup while maintaining safety for drivers