Press Centre

Consumers & Drivers

JALAN-JALAN HUJUNG MINGGU DENGAN GRAB

Nikmati diskaun 50% setiap kali anda mengambil GrabCar di Lembah Klang, P. Pinang dan Johor Bahru untuk empat hujung minggu akan datang!

Nikmati diskaun 50% setiap kali anda mengambil GrabCar di
Lembah Klang, P. Pinang dan Johor Bahru untuk empat hujung minggu akan datang!

Secara umumnya, Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri disambut oleh golongan Muslim, tapi sebenarnya ia telah menjadi perayaan yang disambut setiap warga Malaysia!

Walaupun ada yang beranggapan ia sekadar musim yang datang begitu saja, tetapi setiap warga Malaysia pasti tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke pusat membeli-belah yang dihiasi indah atau ke bazaar Ramadan untuk menikmati sajian yang datang sekali setahun!

Oleh itu, untuk memudahkan serta menjimatkan aktiviti jalan-jalan hujung minggu anda, terutama sekali kepada rakan Muslim kami, Grab menawarkan promosi GrabCar yang eksklusif di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru selama empat hujung minggu.

Bermula 18 Jun hingga 10 Julai 2016, setiap hujung minggu Grab akan menawarkan empat perjalanan GrabCar (Ekonomi) selama empat minggu pada 50% tambang biasa*, dengan diskaun sehingga RM6 serta 20,000 perjalanan untuk ditebus sepanjang hari.

Sama ada empat perjalanan untuk empat hujung minggu (satu perjalanan setiap hujung minggu) ke pusat membeli-belah, mencari juadah berbuka yang istimewa atau simpankan semua perjalanan untuk satu hujung minggu untuk ke rumah terbuka, gunakan saja kod GRABMYWEEKEND dan bayar melalui tunai atau kad kredit/debit untuk hujung minggu yang lebih memuaskan serta menjimatkan!

Mudah saja untuk menikmati promosi ini:

Langkah 1: Muat turun aplikasi Grab daripada Apple App Store atau Google Play Store, kemudian pilih ikon GrabCar (Economy) di bahagian bawah.

Langkah 2: Masukkan lokasi mengambil dan destinasi di bahagian yang diperlukan.

Langkah 3: Piliih kaedah pembayaran (Tunai ATAU Kredit/Debit).

Langkah 4: Masukkan kod promosi GRABMYWEEKEND untuk setiap tempahan GrabCar yang dibuat sepanjang hujung minggu dari 18 June – 10 julai 2016.

Langkah 5: Tempah dan tunggu kedatangan kereta anda!

Semoga perjalanan anda mudah, selamat dan menjimatkan sepanjang musim Ramadan dan Raya ini dengan Grab!

Sempena dengan itu, kami di Grab Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan-rakan Muslim kami.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran ini, sila layari bit.ly/grabmyweekend

*Terma dan Syarat:

  1. Promosi ini tidak sah dengan promosi atau diskaun lain.
  2. Diskaun diberikan adalah sebanyak 50% tambang (diskaun maksimum RM6) tidak termasuk bayaran tol sehingga amaun maksimum RM6.
  3. Setiap hari, terdapat sehingga 20,000 perjalanan dengan diskaun untuk ditebus.
  4. Tertakluk pada terma dan syarat lain.

=TAMAT=

Untuk Maklumat Lanjut: 
Regina Robin
regina.arumugam@grab.com

Visit our country press centres

Media Inquiries

Contact the Grab media team

Follow us on Grab social channels

  • Facebook
  • LinkedIn
  • Instagram
  • Twitter
Others

Malaysians saved over RM27 Million on GrabFood!

GrabFood users across Malaysia have saved over RM27 million in 2023 thus far, just by opting for Saver delivery

Tech & Product

Grab Beta Launches GrabRewards to Make Rides Even More Rewarding

Southeast Asia’s first regional passenger loyalty programme for ride-hailing beta launched across all region

Tech & Product

GRAB LAUNCHES GRABCHAT, SOUTHEAST ASIA’S FIRST OF ITS KIND IN-APP MESSAGING PLATFORM

In-app messaging platform specifically designed to improve Grab’s passenger ride experience for a quicker pickup while maintaining safety for drivers