Rakan-pemandu / Rakan-penghantar

Mula menjana dengan Grab hari ini

Sebab-sebab menyertai kami

1

Baucar-baucar petrol percuma

Dari 1 November 2023 hingga 31 Mac 2024, pandu dan peroleh mata untuk menangi Honda WR-V, iPhone 15 dan banyak lagi hadiah yang hebat! Ketahui lanjut

2

Pengeluaran tunai serta-merta

Jadilah bos diri anda sendiri dengan waktu bekerja yang fleksibel, bila-bila masa yang anda suka, dan buat pemindahan pendapatan ke akaun bank anda dengan mudah.

3

Insurans percuma Group Personal Accident

Anda akan menerima perlindungan percuma dalam kes kemalangan semasa bekerja* apabila anda menyertai kami sebagai Rakan Grab.
*Khas untuk GrabCar, GrabFood, GrabMart & GrabExpress.

4

Subsidi hingga 100%

Untuk segala keperluan PSV (Kenderaan Perkhidmatan Awam) anda di seluruh negara.

Testimonial

Atiqah Binti Ghazali

Rakan-Pemandu Grab sejak 2019

Saya guna ciri My Destination dalam aplikasi Grab Driver untuk perjalanan yang lebih efisien, dan ia juga membantu memaksimumkan pendapatan saya.”

Muhammad Farhan Bin Zamri

Rakan-Pemandu Grab sejak 2019

Saya fokus pada waktu puncak sebab bonusnya memang puas hatilah, tapi strategi kena betullah.”

Muhamad Ridzuan Abdul Rahman

Rakan-Pemandu Grab sejak 2018

Saya buat research, dan saya dapati syif malam adalah yang terbaik untuk saya. Dan yang paling best, waktu siang saya boleh jaga keluarga saya.”

Sertai kami hari ini

Kereta (E-Hailing)

Motosikal

Kereta (Penghataran)

Ganjaran

Kawal sendiri pendapatan anda
  • Tentukan bila hendak memulakan dan menghabiskan kerja
  • Jana pendapatan lebih banyak apabila anda membuat trip lebih banyak
  • Lihat ganjaran, keistimewaan, dan manfaat eksklusif program GrabBenefits kami

  • Klik di bawah untuk tip-tip daripada Rakan-Pemandu Grab lain tentang cara-cara untuk memaksimumkan pendapatan anda
Tingkatkan Pendapatan Anda Dengan Grab
Aplikasi Rakan-Pemandu semua dalam satu
  • Terima permintaan perjalanan dan jejaki pendapatan anda
  • Kemas kini secara langsung untuk kawasan-kawasan yang ada permintaan tinggi
  • Navigasi dalam aplikasi dari pengambilan sampai penurunan
  • Jimat lebih daripada RM200/bulan dengan GrabBenefits

  • Dapatkan pendapatan tambahan lebih daripada RM2,000 melalui rujukan atau GrabAds
Terokai Aplikasi Grab Driver
Ganjaran, keistimewaan, dan manfaat
Ketahui Lagi Tentang Program GrabBenefits Kami
Memperkasakan wanita untuk memandu dengan yakin dan selamat bersama Grab
  • Share My Ride: Sebuah ciri di mana Rakan-Pemandu boleh berkongsi lokasinya secara langsung dengan ahli keluarga dan rakan
  • Audio Protect: Sebuah ciri keselamatan baru yang membolehkan Rakan-Pemandu dan juga penumpang merakam audio semasa dalam perjalanan
  • Pengurusan Keletihan Rakan-Pemandu: Menguruskan keletihan Rakan-Pemandu melalui peringatan pada waktu bekerja dan waktu rehatnya
  • Tengah Malam Tanpa Tunai: Menggalakkan pertukaran yang lebih selamat melalui perjalanan tanpa tunai dari tengah malam dan waktu lewat seterusnya
  • Data Telematik: Mengandungi latihan keselamatan bersama GrabAcademy
  • Selfie Penumpang: Sebuah ciri yang menghendaki semua penumpang untuk mengesahkan ketulenan diri mereka melalui selfie secara langsung, jika mereka hendak menggunakan GrabCar dan GrabExpress
Lebih banyak cara untuk menjana
  • Hantar makanan dan minuman dengan GrabFood
  • Hantar barang kepada pengguna dan perniagaan dengan GrabExpress
  • Hantar keperluan harian termasuk barangan runcit dengan GrabMart
Aplikasi Rakan-Pemandu (Penghantaran) semua dalam satu
  • Mula menjana dalam 5 hari selepas pendaftaran yang berjaya
  • Pengeluaran tunai secara harian
  • Waktu bekerja yang fleksibel
  • Dapatkan pendapatan tambahan lebih daripada RM2,000 melalui rujukan atau GrabAds
Terokai Aplikasi Grab Driver
Ganjaran, keistimewaan, dan manfaat
Ketahui Lagi Tentang Program GrabBenefits Kami
Lebih banyak cara untuk menjana
  • Hantar makanan dan minuman dengan GrabFood
  • Hantar barang kepada pengguna dan perniagaan dengan GrabExpress
  • Hantar keperluan harian termasuk barangan runcit dengan GrabMart
Aplikasi Rakan-Penghantar semua dalam satu
  • Start earning in 5 days upon successful registration
  • Pengeluaran tunai secara harian
  • Waktu bekerja yang fleksibel
Terokai Aplikasi Grab Driver
Ganjaran, keistimewaan, dan manfaat

Siapakah yang boleh memohon?

  • Rakyat Malaysia berumur antara 21 hingga 69 tahun
  • Memiliki kenderaan yang berusia tidak lebih dari 15 tahun
  • Lesen PSV E-Hailing (berkuat kuasa 12 Oktober 2019)
  • Mestilah memiliki telefon pintar
  • Kriteria kelayakan kereta di sini
  • Mestilah menjalani pemeriksaan kesihatan semasa memohon lesen PSV

Apakah yang perlu saya lakukan?

  • Siapkan pemeriksaan Puspakom jika kereta anda berusia lebih dari 3 tahun. Butiran lanjut di sini
  • Terima EVP (Permit Kenderaan E-Hailing) anda yang akan dipohon oleh Grab bagi pihak anda apabila anda menghantarkan geran kereta/VOC (Sijil Pemilikan Kenderaan) anda
  • Butiran lanjut tentang peraturan E-Hailing di sini
  • Tidak memiliki kenderaan sendiri? Kami akan meminjamkan satu kepada anda! Ketahui Lagi
Dokumen yang diperlukan
  • Kad Pengenalan biru
  • Lesen Memandu Kompeten (CDL) Malaysia
  • Akaun bank peribadi yang dibuka dengan Kad Pengenalan yang sama
  • Lesen PSV E-Hailing
  • Semakan latar belakang
  • Tiada rekod jenayah
  • Tidak pernah dinyahaktif atau ditamatkan sebagai Rakan-Pemandu Grab sebelum ini
Dah bersedia? Sikit saja lagi.

Daftar sekarang.

Siapakah yang boleh memohon?

  • Rakyat Malaysia berumur antara 18 hingga 69 tahun. Pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan jika anda berumur lebih 50 tahun. Muat turun borang sekarang
  • Memiliki motosikal
  • Memiliki polisi insurans motosikal yang aktif
  • Mestilah memiliki telefon pintar
  • Minimum lesen “P”
  • Lulus semakan latar belakang (tiada rekod jenayah)

Apakah yang perlu saya lakukan?

Dokumen yang diperlukan

- Kad Pengenalan biru
- Lesen memandu
- Nota Lindung (Cover Note Insurance)
- Laporan kesihatan (untuk pemohon berusia 50 hingga 69 tahun saja). Muat turun borang di sini.

Dah bersedia? Sikit saja lagi.

Daftar dan lengkapkan latihan dalam talian. Setelah latihan dan semakan latar belakang berjaya, anda akan dimasukkan ke platform Grab dan mula menerima kerja!

Siapakah yang boleh memohon?

  • Rakyat Malaysia berumur antara 18 hingga 69 tahun. Pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan jika anda berumur lebih 50 tahun. Muat turun borang sekarang
  • Memiliki kereta, mana-mana model atau usia diterima (berkuat kuasa 6 Oktober 2021)
  • Memiliki pelan insurans
  • Mestilah memiliki telefon pintar
  • Minimum lesen “P”
  • Lulus semakan latar belakang (tiada rekod jenayah)

Apakah yang perlu saya lakukan?

Dokumen yang diperlukan
  • Kad Pengenalan biru
  • Lesen memandu
  • Nota Lindung (Cover Note Insurance)
  • Laporan kesihatan (untuk pemohon berusia 50 hingga 69 tahun saja). Muat turun borang di sini.
Dah bersedia? Sikit saja lagi.

Daftar dan lengkapkan latihan dalam talian. Setelah latihan dan semakan latar belakang berjaya, anda akan dimasukkan ke platform Grab dan mula menerima kerja!

FAQs

Ada soalan? Kita ada jawapannya.

Untuk pertanyaan lanjut, sila layari Pusat Bantuan.

FAQs

Ada soalan? Kita ada jawapannya.

Untuk pertanyaan lanjut, sila layari Pusat Bantuan.

  • Bagaimanakah caranya saya menjana sebagai Rakan-Penghantar Grab?
    Rakan-Penghantar Grab dibayar dengan amaun tetap bagi setiap trip, termasuk insentif, sebagai sebahagian daripada bayaran bawa pulang (take-home pay).
  • Bolehkah saya memohon sebagai Rakan-Penghantar Grab jika saya seorang OKU?

    Ya! Anda boleh melakukannya dengan mengikut langkah-langkah tambahan berikut:

    1. Sediakan kad OKU anda
    2. Jika anda seorang OKU yang kekurangan fizikal, sila isikan borang ini, cetak, dan bawa ke mana-mana hospital berkedekatan bagi menyiapkan laporan ujian simulasi.
  • Bolehkah saya bekerja di mana-mana saja di Malaysia?
    Ya, anda boleh menentukan di mana saja anda ingin membuat penghantaran di Malaysia, selagi ia berada di dalam kawasan perkhidmatan GrabFood, GrabExpress, dan GrabMart. Pergi saja ke kawasan tersebut dan daftar masuk!
  • Apakah item yang boleh saya hantar dengan GrabExpress?

    Ukuran maksimum item: 43cm x 43cm x 43cm

    Berat maksimum item: 10kg

    Item yang boleh dihantar:

    • Parcel/bungkusan (item yang dibungkus di dalam kotak atau beg)
    • Dokumen
    • Makanan yang dibungkus (bukan yang cepat rosak, sejuk beku, atau mudah pecah)

      Item yang tidak boleh dihantar:
    • Item yang mudah pecah (termasuk bunga, kek) yang memerlukan penjagaan teliti
    • Item yang cepat rosak
    • Item yang berbahaya, boleh meletup, mudah terbakar, dan tidak selamat (termasuk power bank)
    • Item dan dokumen yang berharga (cth. wang tunai, pasport, sijil kelahiran)
    • Item dan bahan yang menyalahi undang-undang
    • Binatang hidup dan tumbuh-tumbuhan
    • Mana-mana item yang tidak dibungkus/terbuka dan mudah rosak semasa dihantar
    • Alkohol
  • Berapa jamkah saya harus bekerja dalam seminggu sebagai Rakan-Penghantar Grab?
    Anda tentukan sendiri berapa banyak atau sikit anda hendak bekerja! Cuma daftar masuk ke aplikasi Grab Driver, dan buat penghantaran bila-bila masa yang anda suka.

FAQs

Ada soalan? Kita ada jawapannya.

Untuk pertanyaan lanjut, sila layari Pusat Bantuan.

Jom jadi Rakan Grab

Mulakan perjalanan anda sebagai Rakan-Pemandu.

Daftar Sekarang

Daftar Sekarang

Enjoy 9% (RM8) Rebate at
AEON

  • Valid from 15 Jan 2022 – 28 Feb 2022
  • Minimum spend: RM88
  • Limited to 62,500 redemptions 
  • TWO(2) redemptions per user throughout the campaign

1. Campaign period is from 15 January 2022 (12:00am) – 28 February 2022 (11.59pm).
2. GrabPay users are eligible for a “RM8 rebate” in your “My Rewards” when you spend a minimum of RM88 on a single receipt via GrabPay Wallet.
3. The offer of “RM8 rebate” is limited to a total of 62,500 redemptions throughout the campaign period.
4. Offer is valid for TWO (2) in-store redemptions with a cap of ONE(1) redemption per user per day throughout the campaign. Shared across AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness throughout the campaign period. 
5. The “RM8 rebate” will be awarded instantly with a minimum transaction of RM88 with GrabPay at all outlets of AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, AEON Wellness; The rebate can be found under “My Rewards”. Rebate must be redeemed by clicking “use now” under “My Rewards” 30 days from the date of issuance.
6. The campaign will cease once all redemptions have been fully awarded or at the expiration of the campaign period, whichever is earlier.
7. Offer is based on a first come first served and while stocks last basis only.
8. Grab and AEON Group shall not be under any obligation to inform users, on any communication channels once the offer has been fully redeemed.
9. Offer is only available for AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness physical stores purchases at cashier counter only via GrabPay Wallet; offer is not applicable for online or GrabMart purchases.
10. Offer is not exchangeable for cash or replacements.
11. Offer is not valid with any other voucher, discount or promotion.
12. Grab and AEON Group reserve the right to alter, extend or terminate the promotion, or amend the terms and conditions at its sole discretion at any time without prior notice. In case of any disputes directly or indirectly arising from the promotion, the decision of Grab and AEON Group shall be final.
13. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and any dispute arising out of or in connection with promotion shall be referred to the exclusive jurisdiction of courts of Malaysia.
14. This rebate is non-transferable to any party.