Program sewa kereta rakan-pemandu Grab
Drive with Grab
Interested to join? Fill up the info below and we’ll contact you soon!
Sewa dengan kami dan jana pendapatan sehingga RM20/jam sebagai rakan-pemandu Grab!
FAQs
Apa jenis kereta yang akan dipandu?
Perodua Bezza 1.3 (A)
Adakah saya perlu memandu mengikut kadar pemanduan minimum sebagai rakan-pemandu Grab?
Ya, anda perlu memenuhi minimum 50 perjalanan seminggu.
Adakah terdapat bayaran pendaftaran?
Anda perlu membayar Yuran Pentadbiran sebanyak RM150 untuk memproseskan aplikasi anda (Pemeriksaan Latar Belakang), tetapi kami hanya akan mengutip RM50 terdahulu. Baki yuran pentadbiran tersebut hanya perlu dibayar jika applikasi lulus.
Siapa yang layak menyertai Program Sewa Grab?
Rakyat Malaysia berumur 21 tahun ke atas dengan Lesen Memandu Penuh. Pemegang Lesen Memandu Percubaan tidak diterima.
Apakah kriteria kelulusan?
Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada kelulusan pemeriksaan latar belakang dan kredit.
Apakah kadar tempoh kontrak sewa?
Tempoh kontrak sewa adalah 3 bulan.
Apakah cara bayaran untuk kereta yang disewa?
Sewa kereta harus dibayar melalui E-dompet Grab (potongan automatik)
Bila sewa kereta akan ditolak?
Sewa kereta akan ditolak secara automatik secara harian melalui E-dompet Grab.
Apa akan terjadi sekiranya saya memilih keluar/disekat sebelum tempoh sewa tamat?
Dalam kes penamatan awal, deposit akan dilucutkan. Kos kerosakan besar (luaran/dalaman), saman dan tunggakan sewa akan dikenakan sewajarnya.
Bolehkah saya memandu kereta ini ke bandar lain untuk tujuan peribadi?
Jarak tempuh maksimum yang dibenarkan sepanjang tempoh sewa 3 bulan adalah 50,000 km. Sekiranya anda melebihi jarak tempuh ini, deposit akan dilucutkan bagi meliputi kos pembaikan dan/atau penyelenggaraan.
Anda tidak dibenarkan memandu di bandar lain kecuali jika anda sedang membuat pekerjaan GrabCar.
Adakah terdapat bonus istimewa sekiranya saya merujuk seseorang ke Program Sewa?
Ya, ada bonus RM200 sekiranya anda merujuk pemandu baru ke Program Sewa Grab, dikeluarkan secara berperingkat. Pemandu yang anda rujuk mesti melengkapkan sekurang-kurangnya 100 perjalanan dengan Grab dalam masa 15 hari atau kurang. RM100 yang pertama akan diberi selepas 50 perjalanan, dan diikuti dengan baki RM100 selepas 50 perjalanan berikutnya dilengkapkan.
Jika anda merujuk pemandu yang sedia ada, anda hanya akan menerima bonus RM100.