Mulai 14 September, hanya penumpang dengan status MySejahtera “Risiko Rendah” atau “Kontak Kasual (Tidak bergejala)” dibenarkan untuk menempah perkhidmatan pengangkutan kami. Info lanjut di sini.

Perkembangan Terkini Covid-19 untuk Rakan Grab

Susulan pengumuman terkini daripada Kerajaan, kami telah mengemaskini laman ini untuk memberikan sedikit pencerahan kepada anda.

Sekiranya anda ditahan di sekatan jalan raya, sila tunjukkan dokumen berikut kepada pihak berkuasa: Surat Pengesahan daripada Grab, APAD, MCMC & MOT (dikemaskini pada 6 Julai 2021) dan Peraturan Kerajaan. Kami menyarankan anda untuk memuat turun dokumen-dokumen ini di dalam telefon anda untuk rujukan pada bila-bila masa.

Di samping itu, kami ingin sekali memaklumkan bahawa kami komited dalam memastikan rakyat Malaysia yang bergantung kepada platform kami sebagai sumber pendapatan dapat meneruskan perkhidmatan mereka. Bersama-sama kita berusaha untuk memenuhi keperluan harian rakyat Malaysia sambil menjaga kesihatan!

Untuk kenyataan media daripada Perdana Menteri semepan Hari Pekerja 2020 [1 Mei 2020], tekan di sini.

Soalan Lazim mengenai Perintah Kawalan Pergerakan daripada Majlis Keselamatan Negara, tekan di sini.

Untuk kenyataan media daripada Jabatan Perdana Menteri mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) [27 Mac 2020], tekan di sini.

Untuk pengumuman Bank Negara Malaysia mengenai Langkah-langkah untuk Membantu Individu, PKS dan Syarikat Korporat yang Terjejas oleh Wabak COVID-19, tekan di sini.

Untuk kenyataan media daripada Jabatan Perdana Menteri [25 Mac 2020], tekan di sini.

Kami ingin menggesa anda untuk berkunjung ke hospital saringan untuk mendapatkan pemeriksaan. Anda diingatkan untuk TIDAK memandu/menghantar menggunakan platform kami jika anda mempunyai simptom seperti demam, batuk dan kesukaran untuk bernafas.

Tekan sini untuk senarai lengkap hospital saringan di seluruh negara.

Di samping itu, kami akan terus bekerjasama dengan KMM untuk menangani Covid-19:

  • Berikan maklum balas di sini jika anda mendapati mana-mana penumpang yang menunjukkan simptom jangkitan.
  • Maklumkan kepada kami dengan segera jika mereka telah disahkan positif dijangkiti virus Covid-19 atau menerima surat kuarantin diri agar kami boleh membantu KMM dengan proses jejak kontak (contact tracing).
  • Grab akan menggantung sementara akaun yang telah terdedah kepada Covid-19.
  • Grab akan menyediakan bantuan kewangan kepada rakan-pemandu dan rakan-penghantar yang aktif dengan akaun yang digantung. Kami akan memberikan sebanyak RM200* kepada rakan positif Covid-19 semasa berkhidmat/dikuarantin akibat terdedah semasa membuat tempahan atau penghantaran. Jumlah ini akan diberikan melalui dompet tunai setelah kami sahkan laporan pengisytiharkan diri anda yang dihantar kepada kami. Hantarkan laporkan tersebut di sini.

Tempoh penggantungan akaun adalah 14 hari sehinggalah dokumen rasmi yang mengesahkan status kesihatan rakan-pemandu/rakan-penghantar yang digantung telah dihantar di sini dan telah disemak.

*Jumlah keseluruhan akan diberi berdasarkan penilaian kami

Kami sarankan anda untuk mengambil langkah pencegahan semasa anda sedang melengkapkan trip atau penghantaran.

Sebagai langkah berjaga-jaga semasa tempoh masa ini, kami sarankan anda untuk mengamalkan:

Amalan kebersihan diri

Rakan-pemandu

  • Anda diwajibkan untuk memakai topeng muka pada setiap masa
  • Basuh tangan anda dengan kerap dengan sabun atau guna cecair pembasmi kuman sebelum dan selepas mengambil pesanan/penghantaran ataupun penumpang.
  • Sediakan tong sampah bertutup kecil di dalam kenderaan agar anda dan penumpang boleh menggunakannnya untuk membuang tisu yang telah digunakan.
  • Basmi kenderaan anda (dalam dan luar) sekerap mungkin
  • Oleh sebab anda meluangkan banyak masa dalam ruang tertutup, udarakan kereta sekerap mungkin

Rakan-penghantar

  • Anda diwajibkan untuk memakai topeng muka pada setiap masa
  • Basuh tangan anda dengan kerap dengan sabun atau guna cecair pembasmi kuman sebelum dan selepas mengambil pesanan/penghantaran.
  • Pakai topeng muka pada setiap masa
  • Sila patuhi langkah-langkah kesihatan dan keselamatan di premis-premis rakan-peniaga

Pemanduan/penghantaran tanpa sentuhan

Rakan-pemandu

Penumpang diwajibkan untuk memakai topeng sebelum memasuki kenderaan. Jika penumpang anda tidak memakai topeng, sila nasihatkan mereka untuk berbuat demikian. Jika mereka enggan berbuat demikian, batalkan tempahan secara sopan.

Jika anda ambil penumpang yang nampak tidak sihat, sila gunakan budi bicara anda. Jika anda tidak selesa, sila batalkan trip tersebut secara sopan dan hubungi Khidmat Pelanggan Grab untuk membatalkannya.

Untuk Lembah Klang: Untuk mengurangkan interaksi dan sentuhan sesama penumpang, perkhidmatan GrabShare tidak akan ditawarkan buat sementara waktu. Ini akan bermula dengan serta merta dan anda tidak akan menerima tempahan GrabShare sehingga notis selanjutnya. Jenis perkhidmatan lain akan beroperasi seperti biasa.

Rakan-penghantar

Anda boleh hantarkan mesej kepada pelanggan melalui GrabChat untuk meletakkan pesanan di pintu pagar, atau meminta pelanggan untuk mengambilnya daripada motor anda. Anda juga boleh meletakkan pesanan di lokasi alternatif seperti lobi.

Dana Perlindungan Rakan Grab

Bagi membantu rakan-pemandu dan rakan-penghantar yang terjejas akibat COVID-19, Grab akan memberikan RM200* jika anda:

  • Positif COVID-19 semasa berkhidmat ATAU
  • Diwajibkan untuk kuarantin akibat pendedahan semasa membuat tempahan/pesanan

Jumlah ini akan diberikan ke dalam dompet tunai anda selepas laporan deklarasi-sendiri anda diproses. Sila lakukannya di sini.

*Jumlah keseluruhan akan diberi berdasarkan penilaian kami


PERKESO

Pencarum boleh menerima bantuan berikut:

  • Skim Bencana Pekerjaan: Sekiranya anda positif COVID-19 semasa berkhidmat 
  • Skim Keilatan: Sekiranya anda positif COVID-19 bukan semasa berkhidmat yang mengakibatkan penyakit kekal/ketidakupayaan untuk bekerja semula

Untuk ketahui cara untuk mendaftar dan mencarum ke PERKESO, tekan sini.


Penghantaran makanan menggunakan kereta

Kami tahu anda risau tentang pendapatan anda. Untuk membantu anda, jenis perkhidmatan GrabFood akan disediakan kepada semua rakan-pemandu* untuk menyediakan lebih banyak peluang pendapatan. Dalam tempoh masa ini, kami menjangkakan permintaan GrabFood yang tinggi jadi datanglah online.

Semua penghantaran GrabFood menggunakan kereta akan menikmati komisen 0%

Rakan-pemandu MESTI melengkapkan latihan GrabFood di GrabAcademy.

Jenis perkhidmatan ini akan diletakkan di dalam akaun anda setelah anda melengkapkan latihan GrabFood.

*Kecuali GrabTaxi

Untuk maklumat lanjut, tekan di sini.


GrabExpress Car

Di samping penghantaran makanan dengan kereta, kami juga telah melancarkan GrabExpress Car di bandar-bandar terpilih* bagi menangani permintaan yang semakin meningkat. GrabExpress Car ialah perkhidmatan penghantaran atas permintaan bagi pelanggan dengan bungkusan banyak atau besar.

*Lembah Klang, Penang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching, Melaka, Ipoh, Kuantan, dan Kota Bharu

Rakan-pemandu di bandar-bandar terpilih perlu melengkapkan latihan GrabExpress Car untuk mendapatkan jenis perkhidmatan tersebut dalam akaun mereka. Untuk maklumat lanjut, tekan sini.

Berikutan semakin ramai rakan-niaga yang hanya membenarkan individu yang telah divaksin sepenuhnya untuk masuk ke dalam premis mereka, rujuk langkah berikut apabila anda menerima pesanan:

Berikutan perkembangan terkini, beberapa GDC kami masih lagi ditutup. Untuk ketahui jika GDC di bandar anda beroperasi, tekan di sini.

Kiosk-kiosk kami masih belum dibuka buat masa ini. Jika anda mengalami sebarang masalah lain, sila hubungi kami melalui Pusat Bantuan.

Rakan-pemandu

Rakan-penghantar

PERKESO

Jika anda belum mendaftar ke Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO, ini adalah masa untuk melakukannya. Sumbangan tahunan adalah serendah RM157.20. Sekiranya anda sakit atau tidak dapat untuk bekerja, anda dan keluarga akan mendapat insurans sekurang-kurangnya RM1,000 setiap bulan yang akan dibayar secara berterusan kepada anda sehingga anda boleh memandu semula.

Untuk info lanjut, tekan sini: Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri


Produk pencegahan

Kami telah bekerjasama dengan beberapa syarikat e-commerce untuk memberikan anda pembersih tangan pada harga diskaun.

Shopee

Anda boleh membeli di laman Grab x Shopee untuk mendapatkan diskaun tambahan 15% dengan menebus kod promo yang ada di GrabBenefits.

Kami telah melaksanakan had penumpang berikut bagi perkhidmatan pengangkutan.

💡 Pro tip:

  • Jika anda tiba ke lokasi pick up dan tempahan anda melebihi had penumpang di atas, anda boleh batalkannya tanpa menjejaskan Cancellation Rate (CR) dengan memilih sebab pembatalan “Terlalu banyak penumpang”.
  • Seperti yang dikehendaki oleh kerajaan, setiap orang dalam kenderaan perlu memakai pelitup muka sepanjang masa perjalanan.
  • Jika anda mengambil penumpang yang enggan memakai pelitup muka, anda boleh batalkan tempahan tanpa mempengaruhi Cancellation Rate (CR) anda dan laporkan mereka melalui Help Center kami.

Masa Operasi Perkhidmatan Pengangkutan

  • Lembah Klang: 12:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Johor Bahru: 12:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Melaka: 12:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Penang: 12:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Kota Kinabalu: 12:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Kuching: 12:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Ipoh: 12:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Miri: 12:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Bintulu: 12:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Negeri Sembilan: 12:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Sungai Petani: 12:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Alor Setar: 12:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Langkawi: 12:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Muar: 12:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Batu Pahat: 12:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Kuala Terengganu: 12:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Kota Bharu: 12:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Kuantan: 12:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Sandakan: 12:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Tawau: 12:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Sibu: 12:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Kemaman: 12:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Kluang: 12:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Kangar: 12:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Labuan: 12:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Lahad Datu: 12:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)

Masa Operasi GrabExpress

  • Lembah Klang: 8:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Johor Bahru: 8:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Melaka: 8:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Penang: 8:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Kota Kinabalu: 8:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Kuching: 8:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Ipoh: 8:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Miri: 8:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Bintulu: 8:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Negeri Sembilan: 8:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Sungai Petani: 8:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Alor Setar: 8:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Langkawi: 8:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Muar: 8:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Batu Pahat: 8:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Kuala Terengganu: 8:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Kota Bharu: 8:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Kuantan: 8:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Sandakan: 8:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Tawau: 8:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Sibu: 8:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Kemaman: 8:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Kluang: 8:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Kangar: 8:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Labuan: 8:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)
  • Lahad Datu: 8:00AM – 11:59PM (tiada masa tempahan terakhir)

Masa Operasi GrabFood

  • Lembah Klang: 12:00AM – 11:59PM (tiada masa pesanan terakhir)
  • Johor Bahru: 12:00AM – 11:59PM (tiada masa pesanan terakhir)
  • Melaka: 7:00AM – 2:59AM (pesanan terakhir 2:30AM)
  • Penang: 12:00AM – 11:59PM (tiada masa pesanan terakhir)
  • Kota Kinabalu: 7:00AM – 2:59AM (pesanan terakhir 2:30AM)
  • Kuching: 7:00AM – 2:59AM (pesanan terakhir 2:30AM)
  • Ipoh: 7:00AM – 2:59AM (pesanan terakhir 2:30AM)
  • Miri: 7:00AM – 2:59AM (pesanan terakhir 2:30AM)
  • Bintulu: 7:00AM – 1:59AM (pesanan terakhir 1:30AM)
  • Negeri Sembilan: 7:00AM – 2:59AM (pesanan terakhir 2:30AM)
  • Sungai Petani: 7:00AM – 2:59AM (pesanan terakhir 2:30AM)
  • Alor Setar: 7:00AM – 2:59AM (pesanan terakhir 2:30AM)
  • Langkawi: 7:00AM – 1:59AM (pesanan terakhir 1:30AM)
  • Muar: 7:00AM – 1:59AM (pesanan terakhir 1:30AM)
  • Batu Pahat: 7:00AM – 1:59AM (pesanan terakhir 1:30AM)
  • Kuala Terengganu: 7:00AM – 2:59AM (pesanan terakhir 2:30AM)
  • Kota Bharu: 7:00AM – 2:59AM (pesanan terakhir 2:30AM)
  • Kuantan: 7:00AM – 2:59AM (pesanan terakhir 2:30AM)
  • Sandakan: 7:00AM – 1:59AM (pesanan terakhir 1:30AM)
  • Tawau: 7:00AM – 1:59AM (pesanan terakhir 1:30AM)
  • Sibu: 7:00AM – 1:59AM (pesanan terakhir 1:30AM)
  • Kemaman: 7:00AM – 1:59AM (pesanan terakhir 1:30AM)
  • Kluang: 7:00AM – 1:59AM (pesanan terakhir 1:30AM)
  • Kangar: 7:00AM – 1:59AM (pesanan terakhir 1:30AM)
  • Labuan: 7:00AM – 1:59AM (pesanan terakhir 1:30AM)
  • Lahad Datu: 7:00AM – 1:59AM (pesanan terakhir 1:30AM)

Masa Operasi GrabMart

  • Lembah Klang: 12:00AM – 11:59PM (tiada masa pesanan terakhir)
  • Johor Bahru: 12:00AM – 11:59PM (tiada masa pesanan terakhir)
  • Penang: 12:00AM – 11:59PM (tiada masa pesanan terakhir)
  • Kota Kinabalu: 7:00AM – 2:59AM (pesanan terakhir 2:30AM)
  • Kuching: 7:00AM – 2:59AM (pesanan terakhir 2:30AM)
  • Miri: 7:00AM – 2:59AM (pesanan terakhir 2:30AM)
  • Melaka: 7:00AM – 2:59AM (pesanan terakhir 2:30AM)
  • Ipoh: 7:00AM – 2:59AM (pesanan terakhir 2:30AM)
  • Kuantan: 7:00AM – 2:59AM (pesanan terakhir 2:30AM)
  • Kota Bharu: 7:00AM – 2:59AM (pesanan terakhir 2:30AM)
  • Kuala Terengganu: 7:00AM – 2:59AM (pesanan terakhir 2:30AM)
  • Alor Setar: 7:00AM – 2:59AM (pesanan terakhir 2:30AM)
  • Sungai Petani: 7:00AM – 2:59AM (pesanan terakhir 2:30AM)
  • Negeri Sembilan: 7:00AM – 2:59AM (pesanan terakhir 2:30AM)
  • Sandakan: 7:00AM – 1:59AM (pesanan terakhir 1:30AM) 
  • Kemaman: 7:00AM – 1:59AM (pesanan terakhir 1:30AM)
  • Bintulu: 7:00AM – 1:59AM (pesanan terakhir 1:30AM)
  • Labuan: 7:00AM – 1:59AM (pesanan terakhir 1:30AM)
  • Kluang: 7:00AM – 1:59AM (pesanan terakhir 1:30AM)
  • Sibu: 7:00AM – 1:59AM (pesanan terakhir 1:30AM)
  • Tawau: 7:00AM – 1:59AM (pesanan terakhir 1:30AM)
  • Langkawi: 7:00AM – 1:59AM (pesanan terakhir 1:30AM)
  • Batu Pahat: 7:00AM – 1:59AM (pesanan terakhir 1:30AM)
  • Muar: 7:00AM – 1:59AM (pesanan terakhir 1:30AM)
  • Lahad Datu: 7:00AM – 1:59AM (pesanan terakhir 1:30AM)