Penghantaran makanan menggunakan kereta

Click here for English version

Disebabkan permintaan yang tinggi, kami telah menyediakan jenis perkhidmatan GrabFood Car dalam akaun rakan-pemandu kami.

Berikut adalah perkara yang anda perlu tahu tentang GrabFood Car semasa tempoh percubaan ini:

Waktu Sibuk

Tambang & Komisen

  • Tambang minima untuk kesemua penghantaran GrabFood Car akan berbeza mengikut bandar (sila rujuk mesej dalam aplikasi pemandu untuk mengetahui tambang dan insentif)
  • Semua penghantaran GrabFood Car tidak akan dikenakan sebarang komisen (0% komisen)


Sebelum mengaktifkan GrabFood Car, sila pastikan:

  • Mempunyai bekas plastik atau bakul untuk menyimpan makanan dalam kereta
  • Sila bersihkan bekas plastik atau bakul dengan pembasmi sekerap mungkin

Apabila anda ambil pesanan GrabFood daripada restoran, sila pastikan:

  • Letak kereta dan ambil pesanan di restoran
  • Jika anda tidak dapat mencari tempat untuk letak kereta, sila cari lokasi yang sesuai untuk menghubungi restoran atau kedai di talian yang telah disediakan
  • Anda MESTI letakkan makanan di dalam bekas plastik atau bakul di atas tempat duduk hadapan

Apabila anda hantar pesanan GrabFood kepada pelanggan, sila pastikan:

  1. Anda perlulah menghantar ke hadapan pintu jika anda dibenarkan berbuat demikian kerana GrabFood adalah perkhidmatan penghantaran makanan rumah ke rumah.
  2. Sekiranya anda perlu menghantar ke kondominium / pejabat dan tidak terdapat tempat letak kereta yang berdekatan atau anda tidak dibenarkan naik, sila hantar mesej GrabChat berikut (anda digalakkan untuk menyimpan mesej ini sebagai salah satu templat GrabChat):
  • (ENG) Hi, I am a GrabCar driver delivering your food order. Can you please come down to the lobby to collect your order? Thank you!
  • (BM) Hai, saya menghantar pesanan anda menggunakan kereta. Sila datang ke lobi untuk mengambilnya. Terima kasih!
  • (ZH) 您好,我是一名使用汽车为您送餐的司机伙伴,请您来到大厅领取您的食物。谢谢!

Kami sarankan anda untuk melengkapkan latihan GrabAcademy agar anda boleh bersedia dengan sebaik mungkin. Tekan butang di bawah untuk bermula.

Nota penting:

  • Tambang dan insentif adalah tertakluk kepada perubahan semasa tempoh percubaan
  • Jika kami menerima laporan bahawa anda tidak meletakkan pesanan di dalam bekas plastik atau bakul, kami akan membuat siasatan dan tindakan disiplin akan diambil berdasarkan keputusan siasatan tersebut.

Soalan Lazim

Saya belum lagi mempunyai bekas/bakul. Boleh saya mula membuat penghantaran?

TIDAK. Anda MESTI meletakkan makanan di dalam bekas/bakul. Jika kami mendapat laporan bahawa anda gagal berbuat demikian, kami akan menggantungkan akaun GrabCar dan GrabFood anda.

Kenapa saya tidak mendapat sebarang pesanan GrabFood? Bagaimanakah pesanan ini diagihkan kepada rakan-pemandu dan rakan-penghantar?

Kebanyakan pesanan GrabFood diterima semasa waktu makan tengahari dan makan malam (11AM – 3PM dan 5PM – 9PM). Datang online pada waktu-waktu ini untuk menerima pesanan.

Buat masa ini, pengagihan pesanan GrabFood akan mengutamakan rakan-penghantar. Kami akan meningkatkan permintaan GrabFood (dengan menambah restoran dan promosi) dalam tempoh ini menjangkakan peningkatan untuk peluang pendapatan anda.

Adakah saya akan menerima pesanan tidak halal?

Tidak, buat masa ini anda hanya akan menerima pesanan untuk restoran halal sahaja.

Mengapa saya tidak menerima sebarang beg penghantaran GrabFood? Di manakah saya boleh mendapatkan bekas / bakul makanan?

Kami tidak mewajibkan anda untuk menggunakan beg penghantaran GrabFood kerana situasi semasa dan bagi memastikan kita dapat memenuhi permintaan yang tinggi ini bersama-sama.Kami masih memerlukan rakan-pemandu untuk menyediakan bekas / bakul khas untuk meletakkan makanan bagi memastikan ianya tidak bercampur dengan barangan lain.

Anda boleh dapatkan bekas / bakul makanan di pasaraya berdekatan anda (Aeon, Giant, Tesco).

Saya menerima pesanan dari restoran / pelanggan dari kondominium tanpa kawasan letak kereta. Bolehkah saya membatalkan pesanan tersebut?

Kami menasihatkan anda untuk tidak membatalkan pesanan tersebut bagi memastikan pengalaman pelanggan tidak terganggu. Anda boleh melaporkan masalah tersebut di sini dan kami akan senarai hitamkan rakan-niaga tersebut.

Saya telah dikenakan caj tol/letak kereta semasa mengambil pesanan. Bolehkah saya menerima bayaran balik?

Ya, anda boleh hantar tuntutan untuk menerima bayaran balik bagi caj tol/letak kereta di sini. Walau bagaimanapun, tuntutan akan dihadkan kepada RM10 untuk setiap resit.

Pelanggan / restoran tidak mahu membantu datang ke kereta saya untuk menerima / menghantar makanan.

Kami memohon maaf di atas kesukaran yang anda alami. Dalam keadaan tertentu, restoran mungkin tidak mampu untuk menghantar makanan ke kereta anda disebabkan jumlah pesanan yang tinggi. Dalam situasi ini, kami meminta anda untuk meluangkan sedikit masa untuk meletakkan kereta dan mengambil sendiri pesanan tersebut. Walau bagaimanapun, jika kami menerima laporan berulang kali, kami akan menyiasat restoran tersebut.

Adakah saya patut mematikan jenis perkhidmatan GrabCar? Adakah saya boleh mendapatkan pesanan sekaligus dengan GrabCar?

Tidak, kami menyarankan anda untuk menghidupkan kedua-dua jenis perkhidmatan, GrabCar dan GrabFood Car untuk memaksimumkan peluang anda untuk menerima pesanan makanan dan tempahan pelanggan.

Sekiranya anda menerima tempahan GrabCar, kami meminta anda untuk meletakkan bakul / bekas makanan anda di tempat duduk hadapan atau di but kereta. Sila pastikan bekas makanan diletakkan di tempat bersih dan tidak bersentuhan dengan barangan bukan makanan.

Bolehkah saya membawa orang lain untuk membantu saya di dalam kereta?

Tidak, kami melarang anda untuk membawa orang lain kerana anda mungkin akan menerima tempahan GrabCar. Anda tidak dibenarkan untuk membawa orang lain yang bukan penumpang semasa melengkapkan trip anda.

Apakah yang patut saya lakukan jika restoran tutup apabila saya sampai?

Sila hubungi Khidmat Pelanggan kami di talian 1300 80 6060 untuk membatalkan pesanan anda dan laporkan kepada kami di sini agar kami boleh menyahaktifkannya pada aplikasi penumpang. Pilih ‘Outlet’ > ‘Issue regarding Outlet’ > ‘Merchant closed’.

Berapa lama saya boleh menerima pesanan GrabFood?

Kami akan meneruskan inisiatif ini dalam masa terdekat. Kami akan sentiasa melakukan penilaian dan akan berkongsi perkembangan terkini bersama anda pada masa terdekat.

 

Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.

Enjoy 9% (RM8) Rebate at
AEON

  • Valid from 15 Jan 2022 – 28 Feb 2022
  • Minimum spend: RM88
  • Limited to 62,500 redemptions 
  • TWO(2) redemptions per user throughout the campaign

1. Campaign period is from 15 January 2022 (12:00am) – 28 February 2022 (11.59pm).
2. GrabPay users are eligible for a “RM8 rebate” in your “My Rewards” when you spend a minimum of RM88 on a single receipt via GrabPay Wallet.
3. The offer of “RM8 rebate” is limited to a total of 62,500 redemptions throughout the campaign period.
4. Offer is valid for TWO (2) in-store redemptions with a cap of ONE(1) redemption per user per day throughout the campaign. Shared across AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness throughout the campaign period. 
5. The “RM8 rebate” will be awarded instantly with a minimum transaction of RM88 with GrabPay at all outlets of AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, AEON Wellness; The rebate can be found under “My Rewards”. Rebate must be redeemed by clicking “use now” under “My Rewards” 30 days from the date of issuance.
6. The campaign will cease once all redemptions have been fully awarded or at the expiration of the campaign period, whichever is earlier.
7. Offer is based on a first come first served and while stocks last basis only.
8. Grab and AEON Group shall not be under any obligation to inform users, on any communication channels once the offer has been fully redeemed.
9. Offer is only available for AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness physical stores purchases at cashier counter only via GrabPay Wallet; offer is not applicable for online or GrabMart purchases.
10. Offer is not exchangeable for cash or replacements.
11. Offer is not valid with any other voucher, discount or promotion.
12. Grab and AEON Group reserve the right to alter, extend or terminate the promotion, or amend the terms and conditions at its sole discretion at any time without prior notice. In case of any disputes directly or indirectly arising from the promotion, the decision of Grab and AEON Group shall be final.
13. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and any dispute arising out of or in connection with promotion shall be referred to the exclusive jurisdiction of courts of Malaysia.
14. This rebate is non-transferable to any party.