TATAKELAKUAN RAKAN-PEMANDU/PENGHANTAR GRAB

Tatakelakuan ini ialah disediakan sebagai panduan dan mesti dipatuhi oleh semua rakan-pemandu dan penghantar di dalam komuniti Grab, bagi memastikan semua pengguna sentiasa dilindungi, sistem yang disediakan tidak disalah guna, dan rakan-pemandu turut sama berusaha untuk memastikan para pengguna menerima perkhidmatan yang terbaik. Grab tidak akan bertolak-ansur dengan sebarang pelanggaran Tatakelakuan ini, dan kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya seperti penggantungan atau penamatan akses ke platform Grab. (Lihat disini untuk maklumat lanjut)

Pastikan dokumen-dokumen penting untuk memandu sentiasa lengkap.

Hubungi dan tunggu penumpang di lokasi pick-up dan turunkan mereka di lokasi drop-off yang tepat. Sahkan identiti penumpang sebelum memulakan perjalanan. Pastikan penumpang mempersetujui laluan yang anda gunakan. Hanya lengkapkan tempahan selepas penumpang turun dari kenderaan anda atau selepas pesanan dihantar. Jangan minta penumpang untuk membuat tempahan di luar aplikasi Grab. Jangan ubah apa-apa pada makanan atau bungkusan yang anda hantar dan pastikan ia diletakkan di dalam beg yang sepatutnya.

Tindakan akan diambil di atas sebarang gangguan, kekasaran atau keganasan. 

Kelakuan berikut adalah salah di sisi undang-undang: serangan fizikal, gangguan lisan, serangan seksual, merogol, membunuh, menculik, mengugut atau mengancam keselamatan. Sila jangan tanya soalan peribadi atau memberikan sebarang komen terhadap penampilan pelanggan. Anda dilarang untuk menghubungi pelanggan selepas trip/penghantaran untuk tujuan peribadi. Jika berlaku pertikaian, anda diminta untuk tidak mengambil tindakan sendiri.

Jangan lakukan sebarang jenayah.

Anda boleh dikenakan tindakan undang-undang jika anda melakukan sebarang jenayah seperti mencuri, memiliki barangan terlarang atau senjata, vandalisme atau merosakkan harta benda awam. Kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyiasat dan mendakwa pesalah.

Patuhi peraturan jalan raya. 

Jangan langgar peraturan jalan raya atau memandu secara cuai dan membahayakan penumpang dan pengguna jalan raya yang lain. Ini termasuklah: mematuhi had laju, mematuhi papan tanda dan lampu isyarat, menggunakan kit bebas-tangan semasa memandu, memastikan penumpang anda menggunakan tali pinggang keledar. Anda juga mesti sentiasa memakai tali pinggang / topi keledar. Elakkan dari memandu terlalu lama dan rehat jika perlu. 

Alkohol, dadah dan senjata adalah dilarang. 

Jangan ambil sebarang dadah atau alkohol semasa anda berada di platform Grab. Bahan terlarang, tin / botol alkohol yang sudah dibuka dan senjata tidak dibenarkan di dalam kenderaan anda. Jika penumpang merasakan anda berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol, mereka berhak untuk membatalkan trip serta-merta dan melaporkannya kepada Grab atau pihak berkuasa. Jangan terima atau hantar sebarang barangan terlarang atau merbahaya. Jika anda mengesyaki sesuatu mengenai kandungan bungkusan anda, sila laporkan kepada Grab atau pihak berkuasa dengan segera. 

Jaga kenderaan anda.

Pastikan kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan mematuhi piawaian keselamatan dan peraturan setempat. Pastikan juga anda hanya menggunakan kenderaan yang berdaftar dengan Grab.

Hormati privasi pengguna Grab.

Anda WAJIB merahsiakan semua maklumat peribadi (cth. nama, nombor telefon dan alamat) yang anda perolehi. Pengambilan atau pendedahan maklumat peribadi pengguna yang tidak sah adalah dilarang. Anda bertanggungjawab untuk mematuhi undang-undang dan peraturan privasi setempat sekiranya anda menggunakan kamera dalam kenderaan anda.

Jangan lakukan sebarang diskriminasi.

Anda tidak dibenarkan untuk tidak memberikan servis atau memberikan sebarang komen yang menghina bangsa. agama, kewarganegaraan, orientasi seksual, jantina atau identiti jantina, umur atau apa-apa ciri seseorang itu.

Berlaku adil terhadap pengguna Grab.

Selesaikan tempahan/pesanan yang telah anda terima dan jangan batalkan tanpa sebarang sebab munasabah atau memberikan tugasan tersebut kepada orang lain. Jangan letakkan harga sendiri atau meminta bayaran lebih atau mengambil jalan yang lebih jauh dari biasa. Hormati semua kod promo dan diskaun yang diberikan kepada pelanggan. Anda tidak dibenarkan membawa orang lain atau binatang peliharaan di dalam kenderaan anda semasa berada di platform Grab. Berikan masa yang munasabah kepada penumpang anda sekiranya anda perlu menunggu mereka.

Bersopan santun dengan pengguna Grab.

Sentiasa berpakaian sesuai dan sopan sepanjang masa. Gunakan baju penghantaran Grab jika ada. Sentiasa sopan semasa berbual dengan pengguna. Penuhi permintaan penumpang seperti menukar suhu penghawa dingin atau memperlahankan radio dan bantu mereka memasukkan beg jika perlu. Pastikan anda menjaga kebersihan kenderaan dan tidak merokok.

Pastikan kelancaran perkhidmatan.

Hubungi dan tunggu penumpang di lokasi pick-up dan turunkan mereka di lokasi drop-off yang tepat. Sahkan identiti penumpang sebelum memulakan perjalanan. Pastikan penumpang mempersetujui laluan yang anda gunakan. Hanya lengkapkan tempahan selepas penumpang turun dari kenderaan anda atau selepas pesanan dihantar. Jangan minta penumpang untuk membuat tempahan di luar aplikasi Grab atau menyarankan aplikasi e-hailing yang lain. Jangan ubah apa-apa pada makanan atau bungkusan yang anda hantar dan pastikan ia diletakkan di dalam beg yang sepatutnya.

Jika berlaku sebarang kecemasan…

Laporkan kepada pihak berkuasa secepat mungkin. Selepas anda pasti semua yang terlibat telah selamat dan pihak berkuasa telah dimaklumkan, sila hubungi Grab untuk melaporkan kejadian tersebut.

Sentiasa berlaku telus.

Jangan menipu atau mempermainkan dengan sebarang cara seperti berkongsi atau memiliki lebih dari satu akaun. Hanya gunakan aplikasi rasmi Grab yang dimuat turun dari Google Play/Apple Store. Jangan gunakan aplikasi atau peralatan yang boleh mengubah fungsi aplikasi Grab. Ini termasuklah aplikasi yang boleh memalsukan lokasi, telefon rooted/jalibreak atau dengan exposed frameworks. Pastikan anda memberikan maklumat yang betul semasa mencipta dan mengakses akaun anda, atau mempertikaikan bayaran atau tambang. Gunakan tawaran atau promosi dengan cara yang betul. Jika penumpang tertinggal barangan di dalam kenderaan anda, sila hubungi Grab dan pastikan anda memulangkan barangan tersebut kepada penumpang atau Grab.

Hormati kakitangan Grab.

Sila beri kerjasama dan jangan mengasari, mengugut atau mengganggu kakitangan Grab di premis kami, dalam perbualan telefon atau di media sosial. Ini termasuklah mengambil gambar/video secara tidak sah, menghendap, atau meminta nombor telefon.

Kekalkan rating yang bagus.

Kekalkan Penilaian Pemandu dan Kadar Pembatalan anda mengikut piawaian yang diperlukan  

Terima maklum balas dan jalani latihan yang sewajarnya.

Kami menghargai maklumbalas dari penumpang dan rakan-pemandu. Kami akan terus menilai pencapaian pemandu dan memberikan respons yang sepatutnya. Anda mungkin perlu untuk menghadiri sesi latihan anjuran Grab untuk meningkatkan tahap perkhidmatan anda.

Amalan kebersihan yang baik.

Adalah penting untuk rakan-pemandu/penghantar menjaga kebersihan sepanjang masa. Basuh & nyahkuman tangan secara berkala; anda juga digalakkan untuk rehat & elakkan menunggang/memandu jika berasa tidak sihat. Pastikan kenderaan anda sentiasa bersih.

Pelaporan

Anda dapat melaporkan masalah apa pun, yang diketahui dan/ atau dicurigai penipuan/kesalahan melalui cara-cara berikut:

Grab akan mematuhi prinsip-prinsip berikut sehubungan dengan urusan/ masalah yang diangkat dengan itikad baik:

  • Kerahasiaan: – Semua laporan yang dibuat dan identitas pelapor akan dijaga
    kerahasiaannya, sejauh diizinkan oleh hukum dan kebutuhan dari penyelidikan atas laporan yang disampaikan.
  • Retaliasi: – Grab tidak menoleransi segala bentuk retaliasi, balas dendam atau
    pelecehan terhadap pelapor.