Click here for the English version
Sebagai usaha untuk menjaga keselamatan para penumpang dan rakan-pemandu kami, Grab akan melaksanakan polisi perkhidmatan E-hailing baharu berkuat kuasa 1 Mei, 2022. Matlamat polisi ini adalah untuk memastikan semua pengguna platform Grab kekal sihat dan selamat.
POLISI BAHARU
Bermula 1 Mei, 2022 – Rakan-pemandu dan penumpang yang mempunyai status MySejahtera “Risiko Tinggi” atau “Perintah Pengawasan & Pemerhatian (HSO)” tidak dibenarkan mengguna perkhidmatan E-hailing kami.
Dengan itu, mereka yang MEMPUNYAI status MySejahtera seperti di atas akan terkesan dari segi berikut:
Nota:
HAK UNTUK RAKAN-PEMANDU DAN PENUMPANG
Keselamatan adalah tanggungjawab kita bersama. Kami memberikan hak dan kebenaran berikut kepada rakan-pemandu dan para penumpang supaya semua pihak dapat berasa lebih selamat.
Rakan-Pemandu
Penumpang
Skrin Check-in (Edisi Baharu)
Skrin ‘Profile’
Grab TIDAK memberi hak atau kebenaran untuk meminta maklumat di aplikasi MySejahtera yang berikut daripada para penumpang mahupun rakan-pemandu yang menggunakan platform kami:
S: Adakah perjalanan E-hailing Grab saya akan ditolak kerana status vaksinasi saya?
J: Tidak. Selagi status risiko anda bukan Risiko Tinggi atau Perintah Pengawasan & Pemerhatian (HSO), anda boleh mendapatkan perkhidmatan E-hailing tidak kira apa pun status vaksinasi anda (spt. tidak divaksinasi, 1 dos dan 2 dos).
S: Apakah yang sepatutnya saya lakukan jika pemandu Grab yang saya terima itu statusnya bukan Risiko Rendah atau Kontak Kasual (Tidak Bergejala)?
J: Anda berhak untuk membatalkan perjalanan itu dengan alasan pembatalan “Driver MySejahtera Status”/”Status MySejahtera Rakan-Pemandu”, dan melaporkannya melalui Pusat Bantuan. Kemudian, anda boleh menempah perjalanan yang lain.
S: Bolehkah saya menggunakan perkhidmatan E-hailing Grab jika saya tidak berdaftar di MySejahtera?
J: Rakan-pemandu berhak menolak tempahan E-hailing and kerana mereka tidak berupaya untuk mengesahkan status risiko anda.
S: Adakah apa-apa tindakan akan diambil ke atas akaun Grab saya jika saya menempah perkhidmatan E-hailing walaupun saya mempunyai status MySejahtera yang tidak diterima oleh Grab?
J: Akaun anda mungkin digantung buat sementara waktu.
S: Adakah saya akan dilarang daripada melakukan kerja-kerja E-hailing Grab kerana status vaksinasi saya?
J: Setakat ini, tiada peraturan yang menghalang rakan-pemandu E-hailing yang tidak divaksinasi daripada memandu. Walau bagaimanapun, anda digalakkan untuk mengambil suntikan vaksin secepat mungkin bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap akaun anda pada masa depan.
S:Apakah yang sepatutnya saya lakukan jika penumpang yang saya terima itu statusnya adalah Risiko Tinggi atau Perintah Pengawasan & Pemerhatian (HSO)?
J: Anda mempunyai hak untuk membatalkan perjalanan itu dengan alasan pembatalan “Passenger MySejahtera Status”/”Status MySejahtera Penumpang”. Anda hanya boleh melakukannya di lokasi pick up, dan Kadar Pembatalan (Cancellation Rate) anda tidak akan terjejas.
S: Adakah akaun pemandu Grab saya akan dibekukan jika saya mengambil penumpang yang mempunyai status risiko MySejahtera yang tinggi?
J: Akaun anda tidak akan dibekukan, tapi pihak Grab akan pertimbangkan jika ada bukti yang kukuh bahawa penumpang melanggar polisi kami mengenai status MySejahtera.
S: Adakah saya perlu meminta penumpang saya untuk menunjukkan status MySejahtera mereka?
J: Anda disarankan untuk membuat permintaan tersebut bagi memastikan keselamatan anda dan platform ini.
S: Adakah akaun pemandu Grab saya akan dibekukan kerana saya tidak meminta pemumpang menunjukkan status MySejahtera mereka?
J: Tidak. Bagaimanapun kami menyarankan anda untuk meminta status MySejahtera penumpang bagi memastikan keselamatan anda dan platform ini.
S: Adakah saya perlu meminta penumpang saya untuk menunjukkan status MySejahtera mereka?
J: Anda disarankan untuk membuat permintaan tersebut bagi memastikan keselamatan anda dan platform ini.
S: Adakah akaun pemandu Grab saya akan dibekukan jika saya membuat tugasan semasa status risiko MySejahtera saya adalah di antara yang tidak dibenarkan oleh Grab?
J: Akaun anda mungkin akan digantung buat sementara waktu jika siasatan kami membuktikan kesalahan anda. Anda juga dikehendaki untuk melaporkan status risiko anda kepada Grab sekiranya status risiko MySejahtera anda adalah di antara yang tidak dibenarkan oleh Grab.
G-02 Ground Floor, Block A,
Axis Business Campus,
No 13A & 13B Jalan 225,
Section 51A, Petaling Jaya,
46100 Selangor.
Business Registration:
MyTeksi Sdn. Bhd. - 201101025619
GrabCar Sdn. Bhd. - 201401013360
1. Campaign period is from 15 January 2022 (12:00am) – 28 February 2022 (11.59pm).
2. GrabPay users are eligible for a “RM8 rebate” in your “My Rewards” when you spend a minimum of RM88 on a single receipt via GrabPay Wallet.
3. The offer of “RM8 rebate” is limited to a total of 62,500 redemptions throughout the campaign period.
4. Offer is valid for TWO (2) in-store redemptions with a cap of ONE(1) redemption per user per day throughout the campaign. Shared across AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness throughout the campaign period.
5. The “RM8 rebate” will be awarded instantly with a minimum transaction of RM88 with GrabPay at all outlets of AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, AEON Wellness; The rebate can be found under “My Rewards”. Rebate must be redeemed by clicking “use now” under “My Rewards” 30 days from the date of issuance.
6. The campaign will cease once all redemptions have been fully awarded or at the expiration of the campaign period, whichever is earlier.
7. Offer is based on a first come first served and while stocks last basis only.
8. Grab and AEON Group shall not be under any obligation to inform users, on any communication channels once the offer has been fully redeemed.
9. Offer is only available for AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness physical stores purchases at cashier counter only via GrabPay Wallet; offer is not applicable for online or GrabMart purchases.
10. Offer is not exchangeable for cash or replacements.
11. Offer is not valid with any other voucher, discount or promotion.
12. Grab and AEON Group reserve the right to alter, extend or terminate the promotion, or amend the terms and conditions at its sole discretion at any time without prior notice. In case of any disputes directly or indirectly arising from the promotion, the decision of Grab and AEON Group shall be final.
13. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and any dispute arising out of or in connection with promotion shall be referred to the exclusive jurisdiction of courts of Malaysia.
14. This rebate is non-transferable to any party.