Memperkenalkan GrabExpress Car

Perkhidmatan penghantaran bungkusan atas permintaan, kini dengan kereta!

Berikutan keadaan semasa, kami menjangkakan permintaan untuk perkhidmatan penghantaran akan meningkat. Oleh itu, kami akan melancarkan GrabExpress Car, perkhidmatan penghantaran atas permintaan baru untuk bungkusan besar di Malaysia, dan kami memerlukan ANDA untuk menyertainya!

Tambang & Komisen

  • Tambang minimum untuk semua penghantaran GrabExpress Car adalah berlainan bergantung kepada bandar tersebut (sila rujuk mesej dalam aplikasi untuk tambang dan struktur insentif)
  • Semua penghantaran GrabExpress Car Multi-Stop/Instant adalah tertakluk kepada 20% komisen.
  • Semua penghantaran GrabExpress Same Day adalah 0% komisen (Hanya tersedia di Lembah Klang sahaja).

Bagaimana untuk membezakan GrabExpress Car Multi-Stop/ Instant/ Same Day

Cara untuk mendapatkan GrabExpress Car

Tekan butang di bawah untuk mulakan latihan di GrabAcademy.

Setelah anda selesai, kami akan mengaktifkan GrabExpress Car di akaun anda dan jenis perkhidmatan ini akan dihidupkan secara automatik (boleh dimatikan pada bila-bila masa) dan anda boleh mula meningkatkan pendapatan.


Soalan Lazim

GrabExpress ialah jenis perkhidmatan penghantaran atas permintaan yang membantu anda untuk menghantar dokumen, bungkusan dan pemberian kepada rakan niaga, keluarga dan kawan anda.

GrabExpress Car ialah jenis perkhidmatan penghantaran baru daripada Grab yang akan menggunakan kereta untuk menghantar bungkusan yang lebih besar.

GrabExpress MPV ialah jenis perkhidmatan GrabExpress baru yang menggunakan kenderaan 6-seater untuk menghantar barangan yang lebih besar*. Dapatkan tambang yang lebih tinggi untuk penghantaran anda dan perkhidmatan yang anda berikan semasa memasukkan barangan**

Untuk senarai kenderaan 6-seater yang layak untuk perkhidmatan GrabExpress MPV, sila tekan sini.

*Saiz maksimum 100cm x 80cm x 80cm. Berat keseluruhan maksimum 100kg, berat maksimum 15kg untuk setiap barang.

**Sila harap maklum bahawa penghantar perlu mengangkut barangan sendiri ke lokasi pick-up dan membantu anda untuk memasukkannya ke dalam kenderaan anda. Sekiranya penghantar gagal memberikan kerjasama, sila batalkan penghantaran dan kami akan memberikan pampasan untuk kesulitan yang anda hadapi.

Dalam tempoh kawalan pergerakan ini, kami menjangkakan peningkatan tempahan daripada peniaga dan NGO untuk menghantar makanan, ubat atau topeng kepada mereka yang memerlukan. Penghantaran mungkin melibatkan satu bungkusan besar atau banyak bungkusan kepada beberapa lokasi drop-off. Jangan risau, kami telah menyediakan polisi yang ketat untuk barangan yang boleh dihantar.

Tambang akan dikira berdasarkan jarak penghantaran dan jumlah lokasi drop-off yang dipesan oleh penghantar.

Tekan butang ‘Mulakan Latihan GrabAcademy’ dan lengkapkan latihan tersebut. Anda akan dihubungi selepas GrabExpress Car diaktifkan di akaun anda.