Ciri Multi-city Support

Click here for the English version

Memperkenalkan ciri Multi-city Support! Kali terakhir kita mengaktifkan ciri ini, ia adalah untuk Raya 2018. Kali ini, mulai 20 Ogos 2018, kita akan mengaktifkan ciri ini dan mengekalkannya!

Dengan ciri baru ini, anda dapat meningkatkan pendapatan dengan menerima tempahan di seluruh Malaysia*, termasuk di bandar lain selain bandar asal anda. *Tertakluk kepada terma & syarat

Contoh: Bandar asal Bob adalah Lembah Klang dan dia memandu ke Ipoh untuk melawat saudara-mara.

Untuk mula menerima tempahan di bandar lain, anda harus:

  • Pastikan anda sudah memuat turun versi terkini aplikasi pemandu Grab (sekurang-kurangnya v5.41.0 untuk Android dan v1.28.0 untuk iOS).
  • Aktifkan mod availability anda apabila anda sudah bersedia untuk menerima tempahan

Terma dan syarat:

  1. Tertakluk kepada bandar-bandar di mana Grab beroperasi.
  2. Anda hanya akan layak untuk menerima tambang di bandar lain.
  3. Tempahan yang dilengkapkan di bandar lain tidak dikira untuk sasaran insentif di bandar asal anda.

Maklumat penting

Melengkapkan tempahan di Lapangan Terbang KLIA/KLIA2 & Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra

Sila ambil perhatian bahawa anda masih perlu menunggu di kawasan yang ditetapkan untuk mendapatkan tempahan dari Lapangan Terbang KLIA/KLIA2 atau Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Tempahan akan diperuntukkan berdasarkan ‘siapa cepat, dia dapat’. Sila membiasakan diri anda dengan bagaimana sistem giliran berfungsi di kedua-dua lapangan terbang ini:
1. Maklumat lanjut untuk: KLIA Queue
2. Maklumat lanjut untuk:
Kota Bharu Airport Queue

Juga ambil perhatian bahawa Auto Accept tidak akan berfungsi di Lapangan Terbang KLIA’KLIA2 dan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra; walaupun anda telah mangaktifkan ciri ini pada tetapan anda. Anda perlu menerima tempahan secara manual. Oleh itu, komisen akan didasarkan pada kadar biasa (tiada Auto Accept).

Mengubah maklumat akaun rakan-pemandu

Sila ambil perhatian bahawa anda perlu kembali ke Pusat Pemandu Grab (GDC) bandar asal anda ATAU berada di bandar asal anda apabila anda menghubungi Pusat Bantuan apabila anda ingin menukar maklumat berkaitan akaun rakan-pemandu. Anda tidak akan dapat membuat sebarang perubahan pada akaun anda jika anda melakukan ini di luar bandar asal anda.


Soalan Lazim

Apakah yang perlu saya lakukan untuk menerima tempahan di luar bandar asal saya?

Anda hanya perlu mengaktifkan aplikasi pemandu anda apabila anda sudah bersedia untuk menerima tempahan! Pastikan anda sudah memuat turun versi terkini aplikasi pemandu Grab.

Adakah saya layak untuk menerima insentif di bandar lain?

Tidak, anda hanya akan dapat menerima tambang untuk tempahan yang dilengkapkan di bandar lain. Laman insentif akan memaparkan insentif bandar lain tetapi kerana anda hanya layak untuk menerima tambang, sasaran insentif dan perkembangannya tidak akan ditunjuk.

Adakah tempahan yang diterima di bandar lain akan dikira untuk sasaran insentif di bandar asal?

Tidak, insentif bandar lain anda akan diasingkan daripada insentif bandar asal.

Apakah yang saya perlu lakukan apabila kembali ke bandar asal?

Anda tidak perlu melakukan apa-apa kerana anda akan menerima tempahan dan insentif secara automatik apabila anda kembali ke bandar asal anda (selagi aplikasi pemandu anda masih aktif).

Bolehkah saya menerima tempahan di mana-mana bandar selain bandar asal?

Ya, anda boleh menerima tempahan selagi anda memandu di bandar di mana Grab beroperasi di Malaysia.

Adakah AR dan CR saya akan berubah apabila saya pandu di bandar lain?

Jika anda belum pernah memandu di bandar tersebut, AR dan CR anda akan bermula dengan 0. Walau bagaimanapun, anda harus kekalkan prestasi yang sama seperti di bandar asal.

Jika anda telah memandu di bandar tersebut kali terakhir kami mengaktifkan ciri Multi-city Support, AR dan CR anda hanya akan menyegarkan semula kepada 0 selepas anda menyelesaikan satu perjalanan di bandar tersebut.

Mengapakah saya tidak dapat melihat jenis perkhidmatan yang lain (sebagai contoh GrabCar Premium, GrabCar Plus) semasa memandu di bandar lain?

Kami menlancarkan ciri ini untuk GrabCar Economy, GrabCar 6-seater, JustGrab dan JustGrab 6-seater sahaja. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa bandar-bandar tertentu tidak mempunyai semua jenis perkhidmatan yang dinyatakan.

Apabila anda di bandar lain, sila semak “Jenis Perkhidmatan” di bawah profil pemandu anda untuk mengetahui jenis perkhidmatan yang terdapat di bandar lain. Sila ambil perhatian, anda tidak akan dapat mengaktifkan atau mematikan mana-mana jenis perkhidmatan apabila anda memandu di bandar lain. 

Perlukah saya memuat turun versi terkini aplikasi pemandu untuk menggunakan ciri ini?

Ya, anda perlu memuat turun versi terkini aplikasi pemandu Grab (sekurang-kurangnya v5.41.0 untuk Android dan v1.28.0 untuk iOS).  

Bagaimanakah cara untuk memastikan saya akan mendapat tempahan ketika dalam perjalanan pulang ke bandar asal?

Anda boleh menggunakan ciri ‘My Destination’ untuk meningkatkan peluang untuk menerima tempahan semasa dalam perjalanan pulang ke bandar asal.

 

Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.

Enjoy 9% (RM8) Rebate at
AEON

  • Valid from 15 Jan 2022 – 28 Feb 2022
  • Minimum spend: RM88
  • Limited to 62,500 redemptions 
  • TWO(2) redemptions per user throughout the campaign

1. Campaign period is from 15 January 2022 (12:00am) – 28 February 2022 (11.59pm).
2. GrabPay users are eligible for a “RM8 rebate” in your “My Rewards” when you spend a minimum of RM88 on a single receipt via GrabPay Wallet.
3. The offer of “RM8 rebate” is limited to a total of 62,500 redemptions throughout the campaign period.
4. Offer is valid for TWO (2) in-store redemptions with a cap of ONE(1) redemption per user per day throughout the campaign. Shared across AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness throughout the campaign period. 
5. The “RM8 rebate” will be awarded instantly with a minimum transaction of RM88 with GrabPay at all outlets of AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, AEON Wellness; The rebate can be found under “My Rewards”. Rebate must be redeemed by clicking “use now” under “My Rewards” 30 days from the date of issuance.
6. The campaign will cease once all redemptions have been fully awarded or at the expiration of the campaign period, whichever is earlier.
7. Offer is based on a first come first served and while stocks last basis only.
8. Grab and AEON Group shall not be under any obligation to inform users, on any communication channels once the offer has been fully redeemed.
9. Offer is only available for AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness physical stores purchases at cashier counter only via GrabPay Wallet; offer is not applicable for online or GrabMart purchases.
10. Offer is not exchangeable for cash or replacements.
11. Offer is not valid with any other voucher, discount or promotion.
12. Grab and AEON Group reserve the right to alter, extend or terminate the promotion, or amend the terms and conditions at its sole discretion at any time without prior notice. In case of any disputes directly or indirectly arising from the promotion, the decision of Grab and AEON Group shall be final.
13. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and any dispute arising out of or in connection with promotion shall be referred to the exclusive jurisdiction of courts of Malaysia.
14. This rebate is non-transferable to any party.