Ciri KLIA Queue Allocation

Click for the English version

Untuk memberikan pengalaman yang lebih lancar, telus, dan selamat kepada rakan-pemandu yang menunggu tempahan di KLIA, kami akan memperkenalkan ciri baharu kami iaitu KLIA Queue Allocation.

Ciri ini hanya akan diaktifkan jika anda menunggu tempahan di lokasi yang ditentukan sahaja yang dipanggil ‘KLIA Landside Operations’, ‘Charter Field Town’ atau ‘Mitsui Outlet Park*’. Ciri baru ini selaras dengan syarat peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dimana semua kenderaan, termasuk kereta servis e-hailing tidak boleh menunggu di tepi jalan raya sekitar lapangan terbang.

*[Mulai 12 Mei 2020] Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan memperkenalkan perubahan berikut kepada pick up di KLIA1:

  • Lokasi pick up kini akan terletak di Tingkat 3 (Pintu 2 & 5) and Tingkat 1 (Pintu 4).
  • Rakan-pemandu perlu menggunakan kad Touch&Go dengan baki minima RM20 untuk memasuki lokasi pick-up
  • MAHB akan mengenakan caj RM10 jika anda menunggu lebih daripada 5 minit di kawasan ini.


Bagaimanakah ciri ini berfungsi? 

Kami telah mengemas kini antara muka KLIA Queue untuk memberikan butiran lanjut tentang kedudukan giliran anda dan masa menunggu! Ia juga lebih lancar untuk diletak dalam giliran dan juga tinggalkan giliran anda jika diperlukan.

1. Antara muka khusus untuk tempahan KLIA Queue

2. Maklumat yang lebih jelas dan tepat di dalam aplikasi

Anggaran masa menunggu dan bilangan kereta bagi setiap jenis perkhidmatan dalam giliran akan dipaparkan dan dikemas kini setiap 5 minit pada antara muka baharu ini.

💡 Pro Tip: Anda kini boleh menyemak jenis perkhidmatan yang mempunyai masa menunggu yang lebih pendek dan menghidupkan atau mematikan jenis perkhidmatan anda terus daripada antara muka KLIA Queue!

3. Tinggalkan giliran KLIA Queue secara manual 

Sebelum ini, anda perlu meninggalkan kawasan menunggu selama 20 minit untuk dikeluarkan dari giliran. Kini, anda boleh meninggalkan giliran secara manual dari dalam antara muka.

 

Rakan-pemandu yang paling awal sampai di kawasan menunggu giliran akan diberikan tempahan terlebih dahulu, berbanding dengan rakan-pemandu yang tiba kemudian di kawasan ini. Rujuk contoh di bawah:

  • Contoh: jika 10 rakan-pemandu yang telah mengaktifkan JustGrab memasuki ke mana-mana kawasan menunggu, mereka akan diletakkan dalam giliran untuk JustGrab: 1-10. Jika rakan-pemandu lain yang mengaktifkan JustGrab memasuki ke kawasan ini, mereka akan diletakkan di dalam giliran sama dengan JustGrab, dan mempunyai kedudukan giliran berbeza, cth 11-20.

Anda akan menerima tempahan seterusnya apabila anda pertama di dalam giliran. Selepas anda telah menerima tempahan, sila gerak menuju ke penumpang. Apabila anda telah menerima tempahan, sila gunakan GrabChat untuk memaklumkan kepada penumpang Expected Time of Arrival (ETA) anda.

PENTING:

Sila pastikan anda bersedia untuk terima tempahan apabila nombor giliran anda:

JustGrab GrabCar:  100 dan ke bawah
Selain GrabCar: 20 dan ke bawah


Giliran Prioriti KLIA

Anda akan diletakkan di dalam giliran KLIA queue yang lebih pendek jika anda memenuhi syarat berikut:


Jaminan Tambang setiap KM (Servis ekonomi)

Mulai 11 Mac 2019! 

Contoh: JustGrab GrabCar rakan-pemandu akan mendapat jaminan minima RM0.80 bagi setiap 1KM (selepas komisen) ke KLIA. Grab akan top up perbezaannya jika jumlah tambang setiap KM adalah kurang daripada RM0.80

Jumlah jarak pemanduan ke KLIA: 75KM

Jumlah tambang: RM65

  • Tambang selepas Komisen: (RM65 – 20%) = RM52
  • Tambang bersih setiap KM: RM52 / 75KM = RM0.69 setiap KM

TOP UP: (RM0.80 – RM0.69) x 75KM = RM8.25


Soalan Lazim

Dimanakah terletaknya kawasan ‘KLIA Landside Operations’, ‘Charter Field Town’ dan ‘Mitsui Outlet Park’?

Sila rujuk peta di bawah. Rakan-pemandu hanya boleh mendapatkan tempahan apabila mereka berada di kawasan berikut (merah):

Gambar 2: Kawasan-kawasan operasi KLIA Queue

Tidak pasti bagaimana untuk ke sana? Cari ‘Landside Operations’, ‘Charter Field Town’ dan ‘Mitsui Outlet Park’ di Waze.

Gambar 3: Lokasi Landside Operations di dalam aplikasi Waze

Gambar 4: Lokasi Charter Field Town di dalam aplikasi Waze

Gambar 5: Lokasi Mitsui Outlet Park di dalam aplikasi Waze

Peringatan khas untuk Mitsui Outlet Park:

  • Oleh kerana proses penebusan subsidi yang agak lama, anda dinasihatkan untuk berpindah ke Landside Operations apabila nombor giliran anda sudah kurang dari 100 untuk mengelakkan dari penumpang anda menunggu terlalu lama.
  • Anda TIDAK dapat menggunakan GrabBenefits setelah menerima tempahan.

Peringatan khas untuk KLIA Landside Operations:

  • Sila parkir di zon Grab yang ditetapkan sahaja.
  • Jangan parkir di zon ALM yang ditetapkan.

Gambar 5: Zon Grab yang ditetapkan di Landside Operations

Adakah ciri ini diguna pakai untuk semua jenis servis?

Tidak, ciri ini hanya tertakluk kepada JustGrab GrabCar, GrabCar Plus, GrabCar 6-seater, GrabCar Premium dan GrabCar Exec (For Airport).

Bagaimanakah rakan-pemandu dimaklumkan tentang kedudukan giliran mereka?

Apabila anda berada di Landside Operations, Charter Field Town dan Mitsui Outlet Park, anda akan menerima notifikasi dalam aplikasi memberitahu anda kedudukan giliran anda jika anda online. Setelah pemberitahuan yang pertama telah dikeluarkan, anda akan dimaklumkan setiap kali kedudukan anda berubah sehinggalah anda mendapat tempahan.

Apa akan berlaku jika saya tidak mendapat notifikasi kedudukan giliran?

Sila pastikan anda:

  1. Anda berada di dalam kawasan-kawasan menunggu KLIA.
  2. Aplikasi Grab anda adalah online dan aktifkan “job availability” pada setiap masa.
  3. Servis Lokasi/GPS anda adalah aktif untuk aplikasi Grab (tip: aktifkan Wi-Fi untuk rangkaian GPS yang lebih baik).

Nota: Sebarang kelewatan mungkin disebabkan oleh pembekal talian anda.

  • Pastikan anda berada di tempat yang betul.
  • Bergantung kepada rangkaian telefon, anda mungkin akan mengalami kelewatan dalam menerima notifikasi. Kami menasihati anda untuk menunggu sekurang-kurangnya 10 minit sebelum menelefon bahagian Pusat Bantuan kami.
  • Semak untuk memastikan aplikasi anda tidak terkunci atau dalam mod standby.

Adakah sistem giliran di Landside Operations, Charter Field Town dan Mitsui Outlet Park dipisahkan?

Tidak. Sistem giliran digabungkan.

  • Cth. jika 10 rakan-pemandu dengan GC beralih ke Operasi Landside, mereka akan berada dalam giliran untuk GC: 1-10. Jika rakan-pemandu lain memasuki Charter Field Town atau Mitsui Outlet Park kemudian dengan GC dihidupkan, dia akan berada dalam giliran yang sama untuk GC, dengan nombor kedudukan yang lain 11-20.

Jika saya berada di Operasi Landside, bolehkah saya berpindah ke Charter Field Town atau Mitsui Outlet Park tanpa kehilangan nombor saya?

  • Boleh, Pastikan anda sampai ke lokasi seterusnya DALAM masa 15 minit.
  • Kami tidak menasihatkan anda untuk berpindah dari Charter Field Town atau Mitsui Outlet Park ke Landside Operations kerana masa yang diambil untuk melakukannya boleh melebihi 15 minit.

Bolehkah giliran saya diturunkan/ditolak ke bawah?

Ya. Giliran anda boleh diturunkan untuk semua jenis servis apabila:

  1. Anda membatalkan tempahan
  2. Jika anda mengabaikan lebih daripada TIGA tempahan bagi semua jenis servis. (Jika anda mengabaikan SATU tempahan, anda perlu membuka kunci skrin anda dalam masa 5 minit. Jika tidak, giliran anda akan ditolak ke bawah.)
  3. Jika anda offline ataupun memutuskan sambungan ‘availability for job’ lebih daripada 5 minit.
  4. Jika anda meninggalkan kawasan Landside Operations tanpa sebuah tempahan untuk lebih daripada 5 minit.

Apakah yang akan terjadi kepada kedudukan giliran saya jika penumpang yang membatalkan tempahan?

Jika anda telah meninggalkan kawasan menunggu KLIA untuk mengambil penumpang dan penumpang tersebut membatalkan tempahan, kedudukan giliran akan tetap kekal seperti sebelumnya jika anda kembali ke kawasan-kawasan tersebut dalam masa 25 minit.

Apakah yang akan berlaku jika saya memilih beberapa jenis servis dalam satu masa?

Jika anda memilih beberapa jenis servis dalam satu masa (JustGrab GrabCar, GrabCar Premium, GrabCar 6-seater), anda akan diletakkan di dalam beberapa giliran. Anda akan diberitahu apabila nombor giliran anda berubah untuk salah satu jenis servis ataupun kedua-duanya sekali. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa:

  • Apabila anda membatalkan tempahan, kedudukan giliran anda akan diturunkan bagi semua jenis servis yang anda aktifkan.
  • Jika penumpang membatalkan tempahan anda, kedudukan giliran anda akan dikekalkan di atas untuk tempahan jenis servis anda yang dibatalkan. Tetapi untuk jenis servis yang lain, kedudukan giliran anda akan di tolak ke bawah kedudukan giliran jenis servis tersebut.

Enjoy 9% (RM8) Rebate at
AEON

  • Valid from 15 Jan 2022 – 28 Feb 2022
  • Minimum spend: RM88
  • Limited to 62,500 redemptions 
  • TWO(2) redemptions per user throughout the campaign

1. Campaign period is from 15 January 2022 (12:00am) – 28 February 2022 (11.59pm).
2. GrabPay users are eligible for a “RM8 rebate” in your “My Rewards” when you spend a minimum of RM88 on a single receipt via GrabPay Wallet.
3. The offer of “RM8 rebate” is limited to a total of 62,500 redemptions throughout the campaign period.
4. Offer is valid for TWO (2) in-store redemptions with a cap of ONE(1) redemption per user per day throughout the campaign. Shared across AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness throughout the campaign period. 
5. The “RM8 rebate” will be awarded instantly with a minimum transaction of RM88 with GrabPay at all outlets of AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, AEON Wellness; The rebate can be found under “My Rewards”. Rebate must be redeemed by clicking “use now” under “My Rewards” 30 days from the date of issuance.
6. The campaign will cease once all redemptions have been fully awarded or at the expiration of the campaign period, whichever is earlier.
7. Offer is based on a first come first served and while stocks last basis only.
8. Grab and AEON Group shall not be under any obligation to inform users, on any communication channels once the offer has been fully redeemed.
9. Offer is only available for AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness physical stores purchases at cashier counter only via GrabPay Wallet; offer is not applicable for online or GrabMart purchases.
10. Offer is not exchangeable for cash or replacements.
11. Offer is not valid with any other voucher, discount or promotion.
12. Grab and AEON Group reserve the right to alter, extend or terminate the promotion, or amend the terms and conditions at its sole discretion at any time without prior notice. In case of any disputes directly or indirectly arising from the promotion, the decision of Grab and AEON Group shall be final.
13. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and any dispute arising out of or in connection with promotion shall be referred to the exclusive jurisdiction of courts of Malaysia.
14. This rebate is non-transferable to any party.