Bertenang, bantuan akan datang

Sentiasa terdapat penyelesaian untuk segalanya

Click here for English version

Masa yang diluangkan di jalan raya sebagai rakan-pemandu bukanlah tugas yang mudah. Anda mungkin menghadapi situasi yang tidak diduga semasa memandu. Jangan bimbang! Berikut adalah beberapa situasi biasa yang anda mungkin akan hadapi dan tip untuk mengatasi isu ini.

Situasi A  Penumpang yang terlebih bayar

Pembayaran berganda adalah perkara biasa, terutamanya untuk penumpang Grab yang kerap. Kadang-kala, mereka akan terlupa bahawa mereka sudah memilih GrabPay sebagai mod pembayaran.

Sekiranya ini berlaku, sila pulangkan wang tersebut kepada penumpang serta-merta dan maklumkan penumpang anda bahawa pembayaran telah dibuat melalui GrabPay. Jika penumpang anda telah keluar dari kereta sebelum anda menyedari mereka terbayar lebih, anda boleh layari sini untuk laporkan kejadian tersebut.

Situasi B –  Masa Transit yang Tertangguh

Multi-stop Rides adalah satu ciri bagus yang membolehkan penumpang untuk tambah satu perhentian tambahan dalam satu trip. Tetapi, sesetengah penumpang mungkin akan mengambil kesempatan ciri ini dengan bersinggah terlalu lama di satu lokasi. Kami menggalakkan anda untukmengingatkan penumpang dengan sopan pada permulaan tempahan multi-stop ride bahawa anda hanya boleh menunggu selama 3 minit di perhentian tambahan.

Sekiranya penumpang anda bersinggah di perhentian tambahan lebih dari 3 minit, sila hubungi kami dan kami akan membatalkan trip tersebut bagi pihak anda. Jangan bimbang! Kadar pembatalan anda tidak akan terjejas.

Situasi C – Penumpang tidak membayar

Kadang-kala, kami mungkin akan bertembung dengan penumpang yang tergesa-gesa dan tidak sengaja keluar dari kereta tanpa membayar. Pada masa lain, mereka mungkin terlupa bahawa mod pembayaran mereka adalah tunai.

Sekiranya anda menghadapi situasi seperti ini, anda boleh melaporkannya di sini. Anda dinasihatkan untuk tidak mengejar penumpang anda kerana meninggalkan kenderaan anda tanpa pengawasan mungkin akan menyebabkan masalah yang lebih besar.

 

Situasi di atas hanyalah sesetengah isu biasa yang kadang-kala dialami oleh rakan-pemandu. Anda sentiasa boleh merujuk kepada artikel ini sekiranya anda perlu berdepan dengan situasi sukar seperti ini. Walau bagaimanapun, kami sentiasa ada di sini untuk anda! Anda boleh melayari Pusat Bantuan di sini atau melalui aplikasi pemandu Grab, dan khidmat pelanggan Grab sentiasa bersedia untuk membantu jika anda memerlukan bantuan lanjut.


Berita Terkini dan Ciri-ciri Baharu

Ciri Tipping Tanpa Tunai

Kami telah melancarkan ciri tipping untuk penumpang. Sekarang, penumpang boleh memberi tip kepada rakan-pemandu untuk perkhidmatan yang cermerlang. Tekan sini untuk ketahui lebih!

Pengemaskinian Polisi Pembatalan

Mulai 25 Mac 2019, Pampasan Pembatalan RM3 akan dikenakan atas penumpang apabila mereka membatalkan tempahan selepas 5 minit atau mereka tidak muncul untuk tempahan mereka dan anda membatal tempahan tersebut dengan “Passenger no-show”. Tekan sini untuk mengetahui lebih jika penumpang bayar dengan tunai.

Rekaan Baru Job Card

Rekaan Job Card baru boleh didapati mulai 18 March 2019.

Untuk perkhidmatan GrabShare, (hanya di Lembah Klang) ikon penumpang akan menunjukkan bilangan penumpang yang akan menaiki kereta anda.


Gong Xi Sama-Sama Reunion 2019

Tahun ini, sambutan Tahun Baru Cina telah diadakan di 24 bandar di bawah operasi Grab. Sambutan ini telah memberi kami peluang untuk berkenalan dengan rakan-pemandu di seluruh negara kerana Tahun Baru Cina adalah tentang bersama .

Jika anda ingin ketahui lebih tentang sambutan tersebut, tekan sini.


Ganjaran GrabAllStars – Info Bulanan

GrabAllStars adalah sebuah program yang memberikan faedah tambahan kepada rakan-pemandu dengan pelbagai pilihan daripada pelbagai rakan-niaga Grab. Ini termasuk harga yang berpatutan bagi perkhidmatan untuk mengurangkan perbelanjaan harian anda.

Berikut adalah antara ganjaran yang menarik untuk ditebus pada bulan ini:

 

Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.

Enjoy 9% (RM8) Rebate at
AEON

  • Valid from 15 Jan 2022 – 28 Feb 2022
  • Minimum spend: RM88
  • Limited to 62,500 redemptions 
  • TWO(2) redemptions per user throughout the campaign

1. Campaign period is from 15 January 2022 (12:00am) – 28 February 2022 (11.59pm).
2. GrabPay users are eligible for a “RM8 rebate” in your “My Rewards” when you spend a minimum of RM88 on a single receipt via GrabPay Wallet.
3. The offer of “RM8 rebate” is limited to a total of 62,500 redemptions throughout the campaign period.
4. Offer is valid for TWO (2) in-store redemptions with a cap of ONE(1) redemption per user per day throughout the campaign. Shared across AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness throughout the campaign period. 
5. The “RM8 rebate” will be awarded instantly with a minimum transaction of RM88 with GrabPay at all outlets of AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, AEON Wellness; The rebate can be found under “My Rewards”. Rebate must be redeemed by clicking “use now” under “My Rewards” 30 days from the date of issuance.
6. The campaign will cease once all redemptions have been fully awarded or at the expiration of the campaign period, whichever is earlier.
7. Offer is based on a first come first served and while stocks last basis only.
8. Grab and AEON Group shall not be under any obligation to inform users, on any communication channels once the offer has been fully redeemed.
9. Offer is only available for AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness physical stores purchases at cashier counter only via GrabPay Wallet; offer is not applicable for online or GrabMart purchases.
10. Offer is not exchangeable for cash or replacements.
11. Offer is not valid with any other voucher, discount or promotion.
12. Grab and AEON Group reserve the right to alter, extend or terminate the promotion, or amend the terms and conditions at its sole discretion at any time without prior notice. In case of any disputes directly or indirectly arising from the promotion, the decision of Grab and AEON Group shall be final.
13. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and any dispute arising out of or in connection with promotion shall be referred to the exclusive jurisdiction of courts of Malaysia.
14. This rebate is non-transferable to any party.