Menu Driver Sign-Up

Pengemaskinian Polisi Perkhidmatan

Click here for the English version

Kami sentiasa mendengar maklum balas anda dan pada tahun lepas kami telah membuat pelbagai pernambahbaikan untuk memberi anda perkhidmatan yang lebih baik. Lebih banyak sebab pembatalan diperkenalkan supaya Kadar Pembatalan anda tidak akan menjejaskan.

Kemudian untuk melindungi anda daripada pengalaman negatif ini, kami juga memperkenalkan Pampasan Pembatalan untuk pembatalan “Penumpang Tidak Muncul” dan pembatalan lambat.

Walau bagaimanapun, kami memahami bahawa ini tidak cukup untuk mengurangkan jumlah pembatalan yang anda alami semasa memandu.

Oleh itu, pada akhir bulan *Mac 2019, untuk mengurangkan pembatalan oleh penumpang supaya pendapatan anda dilindungi, Pampasan Pembatalan akan dicajkan kepada penumpang apabila:

  1. Penumpang membatal tempahan selepas 5 minit; atau
  2. Penumpang tidak muncul untuk tempahan mereka dan anda membatal tempahan tersebut dengan menggunakan sebab “Penumpang Tidak Muncul”.

Pampasan ini akan dimasukkan ke dalam Dompet Tunai anda supaya masa anda di jalan raya dipampaskan dengan setimpal. Sila ambil perhatian, anda tidak akan layak untuk sebarang pampasan jika anda tidak bergerak ke arah penumpang, atau jika anda mengambil masa terlalu lama untuk tiba.

*Polisi pembatalan ini akan bermula di Lembah Klang pada 25 Mac 2019 dan di bandar-bandar lain pada 27 Mac 2019.

PENTING: Sila hanya tekan pada ‘I’ve Arrived’ apabila anda sudah sampai ke lokasi pick up 

Sekiranya anda tekan pada ‘I’ve Arrived’ sebelum anda sampai ke lokasi pick up, anda akan menerima mesej notifikasi bahawa anda belum lagi sampai. Sila pastikan anda hanya tekan ‘Yes’ di mesej notifikasi apabila anda sudah sampai di lokasi pick up untuk layak mendapat pampasan pembatalan.


Kutipan Pampasan Penalti Penumpang

Sekiranya anda melihat “Penalti penumpang” pada skrin Pembayaran untuk tempahan tunai, pastikan anda mengutipnya!

Pampasan ini adalah dari tempahan tunai penumpang anda sebelumnya. Penumpang ini sama ada membatalkan tempahan mereka lambat atau mereka tidak muncul untuk tempahan terakhirnya, itu sebabnya anda akan mengutip pampasan ini bagi pihak rakan-pemandu terdahulu. Grab akan menolak jumlah ini dari Dompet Kredit anda selepas trip.

Sebagai perlindungan, tempahan dengan “Penalti penumpang” tidak akan menjejaskan Kadar Penilaian (DR) anda. Ini membolehkan anda mengutip pampasan tanpa bimbang ia akan menjejaskan kadar penilaian anda.

     


Soalan Lazim

Apakah jumlah Pampasan Pembatalan?

Jumlah pampasan adalah berdasarkan jenis perkhidmatan dan bandar anda. Untuk maklumat tersebut, sila rujuk kepada jadual insentif mingguan bandar anda yang dihantar setiap petang hari Ahad melalui notifikasi dalam aplikasi.

Bagi rakan-pemandu di Lembah Klang, Penang dan Kota Kinabalu, sila tekan sini untuk melihat jumlah pampasan di “key changes” untuk bandar anda.

Apakah “Penumpang Penalti”?

Ini adalah pampasan dari tempahan penumpang anda sebelumnya. Sila mengutipnya kerana Grab akan menolak jumlah ini dari Dompet Kredit anda selepas trip.

Apa akan berlaku jika saya terlupa untuk mengutip pampasan “Penumpang Penalti”?

Grab masih akan menolak jumlah ini dari Dompet Kredit anda. Walau bagaimanapun, sila hubungi Khidmat Pelanggan Grab supaya kami boleh membantu anda.

Bagaimana jika penumpang enggan membayar pampasan “Penumpang Penalti”?

Tolong elakkan daripada menghadapi penumpang. Laporkan melalui Pusat Bantuan “My Passenger didn’t pay” selepas trip tamat supaya kami dapat membantu anda.

Bagaimana jika penumpang memberikan saya 1 bintang kerana saya mengutip pampasan “Penumpang Penalti”?

Jangan risau, tempahan dengan “Penumpang Penalti” tidak akan diambil kira untuk Kadar Penilaian anda.

Penumpang membatalkan tempahan mereka selepas 5 minit tetapi saya tidak menerima apa-apa pampasan. Mengapa?

Ini mungkin kerana anda tidak bergerak ke arah penumpang, atau anda mengambil masa terlalu lama untuk tiba. Pastikan anda tiba di lokasi pick up pada masa tepat.