Click here for the English Version
Pada masa lapang, Bob mula bekerja sebagai rakan-penghantar Grab untuk kumpulkan duit bagi majlis perkahwinannya. Semakin lama dia bekerja dan berborak dengan rakan-rakan Grab, dia dapat tahu pelbagai cara dia boleh meningkatkan pendapatan dan jimat perbelanjaan pada masa yang sama. Dengan mengikuti petua-petua yang dikongsi , Bob berjaya kumpulkan duit yang diperlukan dalam masa yang singkat!
Di sini, kami ingin pamerkan beberapa tip yang Bob telah kongsikan dengan kami, supaya anda boleh lebih bermanfaat apabila anda bekerja bersama Grab!

Kami akan mengemaskini Jadual Insentif setiap minggu dengan kadar baru. Jadual Time Booster bagi rakan-pemandu dan Bonus Prestasi bagi rakan-penghantar akan memberitahu anda pada waktu bila anda dapat peroleh lebih untuk setiap tempahan/pesanan yang dilengkapkan!
Anda akan dapat notifikasi pada Grab Driver app anda apabila Jadual Insentif dikemaskini setiap hari Ahad.

Kenal kawan atau ahli keluarga yang mungkin berminat bekerja sebagai rakan-pemandu atau rakan-penghantar? Dapatkan ganjaran* setiap kali anda rujuk rakan baru melalui Program Rujukan Grab.
Bagaimana untuk merujuk rakan baru? Rujuk dan ikuti langkah-langkah di pautan ini dan anda akan menerima pembayaran apabila mereka lengkapkan jumlah tempahan/pesanan yang ditetapkan!
Anda juga berpeluang menerima bayaran apabila anda rujuk seorang rakan-pemandu tidak aktif untuk kembali online melalui Program Return2Grab.
*Jumlah ditentukkan mengikut bandar asal anda.

Selain daripada GrabFood, kami juga menawarkan perkhidmatan GrabMart dan GrabExpress kepada rakan-penghantar. Apabila anda mengambil pelbagai perkhidmatan, anda akan dapat lebih peluang untuk menerima lebih pesanan dan meningkatkan pendapatan!
Bagi rakan-penghantar yang hanya membuat perkhidmatan GrabFood, anda juga layak untuk menerima pesanan GrabMart dan GrabExpress jika perkhidmatan tersebut tersedia di bandar anda. Anda cuma perlu lengkapkan Latihan GrabMart atau Latihan GrabExpress pada bahagian GrabAcademy dalam app Pemandu Grab anda!

Rakan-pemandu juga layak untuk menerima pesanan GrabFood, GrabMart dan GrabExpress di atas perkhidmatan GrabCar. Mengambil beberapa jenis perkhidmatan akan menambah kepelbagaian apabila dalam perjalanan anda!
Jika anda merupakan seorang rakan-pemandu yang cuma mengambil pesanan sebagai penghantar, anda layak menerima bayaran balik untuk kos proses peraturan e-hailing, supaya anda dapat mulakan perkhidmatan GrabCar dengan lebih mudah! Tekan di sini untuk maklumat lanjut tentang bayaran balik peraturan e-hailing.

Terdapat pelbagai tawaran dan ganjaran eksklusif bagi rakan Grab di bahagian GrabBenefits dalam app Pemandu Grab anda. Nikmati tawaran hebat atas barangan seperti minyak enjin dan produk kebersihan yang akan membantu anda jimat perbelanjaan dengan setiap penebusan!
Anda juga layak untuk mengambil bahagian dalam program penjimatan petrol dari stesen minyak rakan kongsi kami. Program ini membolehkan anda kumpulkan mata yang boleh digunakan untuk rebat petrol dan jimatkan perbelanjaan dalam jangka masa panjang!
Kami sentiasa mengemas kini tawaran-tawaran kami di GrabBenefits, jadi jangan lupa menyemaknya di app anda!
Terima kasih Bob untuk tip-tip menarik ini! 🙋🏻♂️
Kindly be reminded that all members of the Grab community are required to follow the Code of Conduct and Terms of Services.