Memperkenalkan Jenis Perkhidmatan GrabMart

Perkhidmatan penghantaran barangan harian

Click here for English Version

Memperkenalkan GrabMart, perkhidmatan penghantaran barangan harian baru untuk rakan-penghantar di bandar terpilih!

Dengan GrabMart, rakan-penghantar bakal berpeluang untuk menerima lebih banyak lagi jenis pesanan. Di samping itu, anda tidak perlu menunggu pesanan ini disiapkan seperti pesanan GrabFood.

Adakah yang perlu dilakukan untuk menerima pesanan ini?

Pesanan GrabMart akan diberikan kepada semua rakan-penghantar motosikal dan kereta di bandar terpilih yang mempunyai jenis perkhidmatan GrabFood.

  • Rakan-penghantar (motosikal): perkhidmatan GrabFood dan GrabMart akan sentiasa aktif di bahagian jenis perkhidmatan pada sepanjang masa.
  • Rakan-penghantar (kereta): anda boleh mematikan jenis perkhidmatan GrabFood dan GrabMart mengikut keperluan anda.

Bagaimanakah pesanan GrabMart akan dipaparkan?

Kod pesanan GrabMart akan dimulakan dengan kod “GM” di dalam Jobcard anda. Contoh:

 

Jangan lupa untuk lengkapkan pesanan Grabmart anda seperti pesanan GrabFood. Periksa senarai pesanan dan sahkan bilangan semua barangan sebelum anda meninggalkan rakan-niaga GrabMart.


Soalan Lazim

Apa itu GrabMart?

GrabMart ialah perkhidmatan penghantaran barangan harian atas permintaan (on-demand). Penghantaran GrabMart melibatkan barangan runcit, hadiah dan barangan lain. Pesanan ini bukannya makanan daripada rakan-niaga restoran.

Anda perlu lengkapkan penghantaran GrabMart seperti bagaimana anda melengkapkan penghantaran GrabFood.

Siapakah yang layak untuk menerima pesanan GrabMart?

Pesanan GrabMart akan diberikan kepada semua rakan-penghantar yang mempunyai perkhidmatan GrabFood di bandar terpilih.

Di manakah GrabMart akan ditawarkan?

GrabMart akan ditawarkan di kawasan-kawasan operasi perkhidmatan GrabFood di  Lembah Klang, Johor Bahru, Melaka, Ipoh, Negeri Sembilan, Penang, Kuching, Kota Kinabalu, Kuantan, Miri, Sungai Petani dan Alor Setar.

Apakah struktur insentif dan pembayaran GrabMart?

Pembayaran dan struktur insentif GrabMart adalah sama seperti GrabFood.


Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.