Daftar sebagai rakan-pemandu Grab sebelum 31 Mac 2020 dan nikmati RM500 kredit memandu PERCUMA! Tekan sini untuk mengetahui lebih.

Komitmen Grab untuk melancarkan peralihan melalui peraturan e-hailing

Kementerian pengangkutan telah mengumumkan mulai 12 Oktober 2019, semua rakan pemandu wajib memiliki dokumen-dokumen berikut bagi mematuhi peraturan:

Apa itu lesen PSV?

Lesen PSV adalah sejenis lesen memandu vokasional yang membolehkan pemegangnya untuk memandu kenderaan untuk tujuan pengangkutan. Rakan-pemandu e-hailing kini diwajibkan untuk mempunyai lesen PSV.

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan lesen PSV?

Langkah (1) – Lulus pemeriksaan kesihatan berdasarkan piawaian JPJ L8A

  1. Layari laman ini dan muat turun Borang Permohonan Lesen Vokasional JPJ l8a
  2. Kunjungi mana-mana klinik atau Grab Driver Center (bukan Kiosk) dan lakukan Pemeriksaan Kesihatan untuk Lesen PSV. Klinik akan tahu langkah-langkah yang diperlukan untuk pemeriksaan ini – jika tidak, tunjukkan borang JPJ L8A. Rujuk laman berikut (https://www.grab.com/my/driver/centre/) untuk ketahui jika bandar anda mempunyai Grab Driver Center.

Langkah (2) – Lengkapkan latihan PSV dan ujian PSV

  1. Kunjungi mana-mana institut memandu dan bawa bersama kad pengenalan, lesen memandu dan borang JPJ L8A.
  2. Daftar untuk latihan 6 jam di institut memandu tersebut.
  3. Anda perlu membuat bayaran apabila anda mendaftar untuk latihan. Jumlah kos akan berbeza mengikut institut memandu. Kami akan membayar balik sehingga RM120 untuk kos ini. Sila rujuk “Terma dan Syarat bagi Pakej Pikul Bersama” di bahagian Soalan Lazim untuk maklumat lanjut tentang cara untuk mendapatkan bayaran balik.
  4. Setelah anda melengkapkan latihan, anda boleh mendaftar bagi ujian 1 jam bertulis PSV.
  5. Setelah melengkapkan latihan dan ujian, institut memandu akan memberikan anda dokumen berikut untuk digunakan pada langkah seterusnya:
  1. Sijil JPJL2C (Sijil Latihan)  
  2. Sijil JPJL12 (Sijil Ujian PSV)
  1. Anda diingatkan untuk menjelaskan kesemua saman yang ada sebelum memulakan latihan.

Langkah (3) – Buat permohonan lesen PSV di pejabat JPJ

  1. Kunjungi mana-mana pejabat JPJ dan bawa bersama dokumen berikut untuk memohon lesen PSV:
  • Kad pengenalan (asal atau salinan)
  • Lesen Memandu CDL (asal atau salinan)
  • Borang JPJL8A (Borang Pendaftaran dan Kesihatan)
  • Borang JPJL2C (Sijil Latihan)  
  • Sjili JPJL12 (Sijil Ujian PSV)
  • Gambar berwarna x 1 (latar belakang putih) berukuran 25 mm x 32 mm
  1. Dapatkan lesen PSV anda di cawangan JPJ anda berdaftar. Tarikh kutipan akan berbeza mengikut cawangan.
  2. Sesetengah institut memandu akan membantu anda dengan kesemua proses. Oleh itu, sila semak dengan pihak institut memandu semasa anda menjalani langkah (2).

Langkah (4) – Hantar Lesen PSV

  1. Hantar lesen PSV yang anda dapatkan daripada lesen PSV untuk bayaran balik di borang-borang berikut:
  1. Rakan-pemandu BARU – (https://register.grab.com/my)
  2. Rakan-pemandu SEDIA ADA semenanjung Malaysia  – (https://grb.to/pakejpikul)
  3. Rakan-pemandu SEDIA ADA Sarawak – (https://grb.to/borneo)
  4. Rakan-pemandu SEDIA ADA Sabah – (https://grb.to/Sabah)

(Untuk rakan-pemandu Borneo sahaja: jika kenderaan anda berusia lebih daripada 3 tahun, anda perlu menjalani pemeriksaan PUSPAKOM sebelum mendapatkan EVP)

Apa itu Permit Kenderaan E-hailing (EVP)?

Setelah mendapatkan lesen PSV, langkah seterusnya adalah untuk mendapatkan EVP. EVP ialah satu permit untuk beroperasi sebagai rakan-pemandu e-hailing.

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan EVP?

Langkah (1) – Hantar butiran kenderaan anda kepada Grab

  1. Pastikan anda mempunyai butiran kenderaan berikut:
  • Gambar geran kenderaan
  • Nama pemilik kenderaan
  • Nombor casis,
  • Jenis kenderaan,
  • Kapasiti tempat duduk
  1. Hantar butiran kenderaan anda di borang berikut:
  1. Setelah kami menerima dokumen ini, Grab akan memohon untuk EVP bagi pihak anda. (bernilai RM110)
  2. Setelah EVP anda diluluskan dan anda telah mendapatkan insurans e-hailing, anda akan menerima notifikasi daripada Grab memaklumkan bahawa akaun anda telah diaktifkan. Anda boleh merujuk nombor EVP anda di bahagian profil pemandu.

  1. Setelah diaktifkan, anda perlu mengambil pelekat e-hailing anda (2 pelekat setiap pemandu) di kiosk terdekat atau GDC di bandar anda. Pelekat perlu dipaparkan di cermin depan dan belakang kereta.

 

Imej: Pelekat e-hailing

Langkah 3: Insurans e-Hailing

Apa itu Insurans e-hailing?

Insurans e-hailing adalah satu lagi syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan. Ini adalah berasingan daripada insurans motor persendirian dan akan memberikan pelindungan kepada tempahan e-hailing.

Ini akan memberi pelindungan kepada anda untuk kerosakan atau kehilangan kenderaan anda, liabiliti kepada penumpang atau pihak ketiga, di samping pelindungan kemalangan semasa anda beroperasi sebagai rakan-pemandu e-hailing.

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan tambahan insurans e-hailing?

  1. Anda mempunyai dua pilihan:
  • Pilihan 1: Opt-in untuk Insurans Harian Grab (GDI) di mana anda hanya perlu membayar semasa anda dalam talian. Maklumat lanjut di sini.
  • Pilihan 2: Beli e-hailing tahunan tambahan daripada pembekal insurans anda.
  1. Jika pembekal insurans anda tidak menawarkan pilihan 1 atau 2, anda perlu bertukar kepada pembekal insurans yang menawarkan insurans e-hailing.
  2. Setelah anda mempunyai insurans e-hailing, lesen PSV dan EVP di samping syarat lain, sila hantar permohonan di laman pendaftaran.
  3. Sila nantikan mesej melalui emel atau SMS yang mengesahkan bahawa akaun anda telah diaktifkan.

Setelah akaun anda diaktifkan, anda boleh menjalani pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM.

Hanya kenderaan berusia 3 tahun dan ke atas sahaja perlu menjalani pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM.

Jika kenderaan anda berusia kurang dari 3 tahun, anda tidak perlu menjalani pemeriksaan PUSPAKOM dan mula memandu sehinggalah kenderaan anda mencecah usia 3 tahun.

Apa itu pemeriksaan PUSPAKOM?

Pemeriksaan ini adalah satu pemeriksaan yang dilakukan oleh PUSPAKOM untuk mengesahkan kenderaan anda layak untuk beroperasi sebagai kenderaan e-hailing. Ini adalah salah satu syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan untuk menjadi rakan-pemandu e-Hailing jika kenderaan anda berusia 3 tahun ke atas.

Bagaimanakah cara untuk melengkapkan pemeriksaan PUSPAKOM?

a) Anda perlu mempunyai dokumen berikut:

  • Permit Kenderaan E-hailing (EVP)
  • Salinan asal kad pendaftaran kereta
  • Salinan asal sijil pemilikan kereta
  • Pemadam Api 1kg – sama ada either Karbon Dioksida (CO2) atau Jenis Serbuk Kering. Anda boleh mendapatkannya di kedai peralatan berdekatan anda.
  • Segi Tiga Amaran berukuran 16’ x 2’ (405 mm x 51 mm)

b) Buat temu janji dengan pusat PUSPAKOM di sini: https://www.puspakom.com.my/appointment/. 

  • Apabila mendaftar, pilih ‘Individual’ sebagai Account type
  • Apabila membuat temu janji, pilih‘Persendirian e-hailing’ untuk Kelas Kegunaan dan ‘Berkala Pertama e-Hailing’ untuk jenis pemeriksaan

c) Setelah anda melengkapkan pemeriksaan, anda boleh menerima dokumen dan cakera yang mengesahkan kenderaan anda layak untuk e-hailing.

Setelah anda melengkapkan kesemua langkah yang diperlukan untuk menjadi seorang rakan-pemandu e-hailing, berikut adalah perkara yang anda patut tahu untuk memastikan anda mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan:

Pastikan anda melakukan perkara berikut semasa memandu:

  1. Memaparkan pelekat e-Hailing di cermin depan dan belakang kenderaan anda
  2. Mempunyai lesen PSV
  3. Mempunyai cakera PUSPAKOM di cermin depan kenderaan (untuk kenderaan 3 tahun ke atas)
  4. Ketahui mana untuk mencari nombor EVP anda.

*Untuk Sarawak, anda perlu mempunyai cetakan EVP anda. Anda boleh kunjungi Grab Driver Centre untuk mencetakkannya. Jika bandar anda tidak mempunyai Grab Driver Centre, anda akan menerima e-mel atau mesej dalam aplikasi dengan maklumat lanjut.

 


Apa itu Pakej Pikul Bersama dan apakah terma & syarat untuk mendapat bayaran balik?

Pakej Pikul Bersama adalah inisiatif oleh Grab untuk membantu rakan-pemandu dalam menjalani proses peraturan apabila ia diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan pada tahun 2019.

Setakat ini (Januari 2020), berikut adalah bayaran balik satu kali sahaja yang ditawarkan oleh Grab kepada rakan-pemandu:

  • Sehingga RM120 untuk lesen PSV (latihan + ujian)
  • RM70 untuk pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM pertama

Anda perlu menghantar dokumen yang berkaitan dan resit untuk mendapat bayaran balik.

Bayaran balik akan dibayar ke dalam dompet tunai anda setelah kami mengesahkan dokumen anda*.

*Pengesahan dokumen akan mengambil masa 10 hari bekerja dari masa pengesahan.

Adakah saya perlu mendapatkan cukai kenderaan baru/ Lesen Kenderaan Motor (LKM)?

Tidak, anda tidak perlu memperbaharui cukai kenderaan anda.

Jika saya ditahan semasa mengambil penumpang, bagaimanakah cara untuk membuktikan bahawa saya adalah seorang pemandu e-hailing?

Semenanjung Malaysia & Sabah: Sila tunjukkan nombor EVP anda yang dipaparkan pada seksyen profil pemandu di aplikasi pemandu.

Sarawak: Sila tunjukkan cetakan EVP anda kepada pihak berkuasa.

Adakah saya dibenarkan untuk meletakkan sebarang iklan pada kenderaan saya?

Pembalut kereta (car wrap) atau sebarang jenis iklan lain ada dibenarkan untuk kenderaan yang telah berdaftar dan sah untuk perkhidmatan e-hailing sekiranya tiada pindaan baru dari pihak JPJ.

Berapakah harga insurans ini?

Untuk Insurans Harian Grab, sila rujuk pada bahagian 3 di sini.

Jika anda sudah mendapatkan insurans e-hailing tahunan, sila hubungi pembekal anda untuk pertanyaan mengenai harga.

Bolehkah saya memandu untuk Grab dengan insurans kenderaan persendirian sahaja?

Tidak boleh. Kementerian Pengangkutan telah mewajibkan semua kenderaan e-hailing mesti memiliki insurans e-hailing tambahan. Oleh itu, rakan-pemandu WAJIB membeli insurans e-hailing tambahan, bersama dengan insurans kereta biasa untuk terus memandu dengan Grab mulai 12 Julai 2019.

Apakah jenis kereta-kereta yang layak untuk perkhidmatan Grab selepas peraturan e-hailing baru ini dikuatkuasakan?

Semua kereta yang digunakan untuk e-hailing perlu memiliki sekurang-kurangnya 3 bintang untuk penilaian ASEAN NCAP atau yang setara dengannya DAN berusia tidak lebih dari 9 tahun. Buat masa ini semua kereta yang diterima ke platform Grab mematuhi piawaian ASEAN NCAP.

Walau bagaimanapun, trak pickup tidak akan dibenarkan untuk menyertai perkhidmatan e-hailing kecuali di Sabah dan Sarawak.

Adakah kereta hatchback layak untuk e-hailing?

Ya, sekiranya kereta tersebut mempunyai sekurang-kurang tiga bintang berdasarkan penilaian ASEAN NCAP (sila rujuk di atas)

Adakah semua kereta wajib menjalani pemeriksaan PUSPAKOM?

Tidak, hanya kereta berusia lebih dari 3 tahun sahaja yang perlu menjalani pemeriksaan PUSPAKOM.

Berapakah kos pemeriksaan ini?

Caj RM70 akan dikenakan untuk pemeriksaan pertama. Pemeriksaan tahunan seterusnya akan dicaj RM55.

Bagaimana cara untuk mendaftarkan kereta saya bagi pemeriksaan?

Sila kunjungi pusat PUSPAKOM berdekatan anda. Sila rujuk senarai di sini.

Berapakah lama masa yang akan diambil untuk pemeriksaan ini?

Selepas pendaftaran, pemeriksaan akan mengambil masa sehingga satu jam.

(Sila rujuk di sini)

Apakah yang akan diperiksa oleh PUSPAKOM?

Untuk kereta berusia lebih dari tiga tahun, PUSPAKOM akan menjalankan pemeriksaan berikut:

  1. Pemeriksaan pengenalan kenderaan
  2. Bahagian luar dan dalam kenderaan
  3. Bahagian bawah kenderaan
  4. Cermin gelap

Sia rujuk di sini untuk senarai penuh pemeriksaan.

Apakah peralatan yang perlu ada di dalam kenderaan saya?

  1. Pemadam api (1kg)
  2. Kit bantuan kecemasan (untuk kenderaan 7 tempat duduk)
  3. Penanda amaran segitiga

*Untuk kereta berusia 3 tahun sahaja. Untuk pusat PUSPAKOM yang berdekatan, tekan sini.

Panduan temujanji: sini.

Panduan pemeriksaan E-hailing: sini.

Piawaian kenderaan: sini.