Daftar dalam Program Potongan Zakat & kami akan uruskan yang selebihnya!
Tekan sini terjemahan Bahasa Inggeris
Sebagai usaha kami untuk menjadi aplikasi pilihan harian anda, kami telah bekerjasama dengan pelbagai agensi zakat bagi memperkenalkan Program Potongan Zakat!
Menerusi program ini, rakan kongsi Muslim boleh menunaikan zakat dengan lebih mudah terus daripada pendapatan bersama Grab. Hanya perlu mendaftar, dan potongan akan bermula pada bulan berikutnya.
🤝 Agensi Zakat yang Terlibat & Manfaatnya:
Kuala Lumpur/ Selangor
- Pusat Pungutan Zakat MAIWP (PPZ): Skim Kafalah Muzakki-Khairat Kematian
- Lembaga Zakat Selangor (LZS): Siddik-Bantuan Pendidikan
Pahang
Pulau Pinang
Perak
Kedah
Melaka
- Zakat Melaka: Agihan Zakat
Sabah
Adakah Saya Perlu Membayar Zakat?
Ya, jika pendapatan tahunan anda melebihi jumlah Nisab, anda diwajibkan membayar zakat.
Jika pendapatan anda di bawah Nisab, pembayaran zakat adalah pilihan tetapi sangat digalakkan.
Zakat Anda, Pilihan Anda?
Sila pilih cara sumbangan zakat anda:
1. Caruman Tetap:
- 2.5% dipotong daripada pendapatan bersih bulanan anda (kadar zakat standard).
2. Caruman Fleksibel: NEW!
- Memperkenalkan pilihan baharu bagi menggalakkan pemandu dan rakan penghantar yang berpendapatan di bawah RM2,500 sebulan untuk menyertai “Program Potongan Zakat Fleksibel”.
- Sumbangan boleh dibuat mengikut pilihan anda dengan jumlah minimum RM10.
- Program ini hanya tersedia untuk LZS, PPZ, PKZP dan MUIS.
Penafian
- Sekiranya anda telah memilih untuk potongan zakat sebanyak 2.5% setiap bulan, anda tidak layak untuk menyertai program ini (bagi mengelakkan potongan berganda).
- Pendaftaran dilakukan secara bulanan. Sekiranya anda tidak mendaftar, ia akan dianggap sebagai tidak berminat.
- Pendaftaran adalah berdasarkan bandar tempat tinggal anda.
- Sumbangan minimum ialah RM10, bersifat sukarela.
- Potongan akan dibuat pada 28hb setiap bulan sekiranya baki dompet tunai mencukupi, dan pembayaran akan dipindahkan ke agensi zakat pada minggu pertama bulan berikutnya.
- Program ini hanya terbuka untuk LZS, PPZ, PKZP, dan MUIS. Semua sumbangan zakat adalah sukarela dan tertakluk kepada terma dan syarat.
Langkah 1 : Sertai Program
Langkah 2 : Pengesahan
Anda akan dimaklumkan sama ada pendaftaran anda berjaya sebelum atau pada 5 haribulan bulan berikutnya.
Langkah 3: Potongan Zakat Bermula
Kami akan memotong 2.5% daripada pendapatan bersih anda dari dompet tunai pada bulan berikutnya.
Nota: Untuk Penang & Kedah, sumbangan minimum adalah RM10 atau 2.5% (mana-mana yang lebih tinggi).
Pilihan Potongan Fleksibel
Potongan dibuat setiap 28hb sekiranya Rakan Grab mempunyai baki yang mencukupi di dalam wallet tunai dan bayaran akan disalurkan ke pusat zakat pada minggu pertama bulan berikutnya.
Contoh: Jika anda mendaftar pada November 2019, pendapatan bersih anda pada Disember 2019 layak untuk sumbangan zakat yang akan dipotong pada Januari 2020.
Soalan Lazim
Saya belum pernah mendaftar zakat sebelum ini. Apa yang perlu saya buat?
Jangan risau! Setelah anda mendaftar dalam Program Potongan Zakat, anda secara automatik akan didaftarkan untuk Zakat Pendapatan.
Akaun saya berdaftar di Kuantan (Pahang), tapi saya memandu di Kuala Lumpur. Ke mana zakat saya akan disalurkan?
Anda digalakkan untuk menunaikan zakat di agensi zakat di bandar tempat anda bekerja. Namun, jika bandar Grab yang didaftarkan adalah Pahang, sumbangan zakat anda akan disalurkan ke PKZP.
Jika anda ingin menukar ke Pusat Pungutan Zakat MAIWP (PPZ), sila isi borang ini.
Saya sudah membayar zakat melalui agensi lain. Apa yang perlu saya buat sekarang?
Jika sumbangan zakat anda yang sedia ada berkaitan dengan nombor IC baru anda, kami akan menyelaraskan pendapatan Grab anda ke akaun tersebut.
Jika anda menggunakan ID lain (contohnya, IC lama, ID Polis), berikan maklumat tersebut dalam borang pendaftaran supaya sumbangan anda dapat digabungkan dengan betul.
Bolehkah saya keluar dari program ini?
Ya, anda boleh keluar pada bila-bila masa dengan mengisi borang disini, tetapi sumbangan bulan semasa akan tetap diproses.
Contoh: Jika anda keluar pada 16 Mac 2020, kami akan tetap memotong 2.5% daripada pendapatan bersih anda untuk bulan Mac pada bulan April 2020. Potongan zakat hanya akan berhenti pada bulan Mei 2020.
Jika anda ingin menyumbang lebih daripada 2.5% daripada pendapatan bulanan, anda juga boleh berbuat demikian melalui pautan yang disediakan di atas.
Bagaimana saya mengira pendapatan bersih saya?
Pendapatan bersih = Jumlah tambang yang dikutip tolak komisen Grab (jika ada).
Bilakah tarikh akhir untuk mendaftar?
Anda perlu mendaftar sebelum akhir bulan untuk mula membuat sumbangan pada bulan berikutnya.
Potongan akan bermula pada bulan selepas pendaftaran.
Contoh: Daftar sebelum 28 November, potongan untuk pendapatan Disember akan dibuat pada Januari.
Adakah ada had umur untuk menyertai?
Tiada had umur untuk membuat sumbangan. Asalkan anda rakan kongsi Muslim Grab, anda layak menyertai tanpa mengira umur.
Ke mana sumbangan saya akan disalurkan?
Zakat anda akan dihantar terus ke agensi zakat yang anda pilih setiap bulan.
Apa akan berlaku jika saya disekat/dihentikan atau tidak mempunyai baki yang mencukupi?
Jika perkara ini berlaku, potongan akan berhenti secara automatik pada bulan berikutnya, dan anda akan dikeluarkan dari program ini.
Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.