Selamat Datang ke GrabRent

 

Bagi membantu anda mempelbagaikan peluang pendapatan, kami akan melancarkan GrabRent di bandar anda tidak lama lagi! Rujuk di bawah untuk info lanjut.

GrabRent adalah perkhidmatan pengangkutan di mana penumpang boleh menempah GrabCar (berserta pemandu) untuk jangka masa tertentu.

🕵️ Perkara anda perlu anda tahu:

  • Penumpang boleh menempah GrabRent selama minima 4 jam.
  • Penumpang boleh menempah kereta 4 tempat duduk atau 6 tempat duduk untuk GrabRent.
  • Anda perlu memandu untuk jenis tempahan ini.
  • Dengan kelonggaran sekatan perjalanan, perkhidmatan ini akan digunakan oleh penumpang yang ingin dipandu untuk tempoh masa beberapa jam!
  • Sebelum memulakan tempahan GrabRent, hubungi penumpang untuk ketahui rancangan perjalanan mereka. Semasa tempahan, penumpang mungkin akan meminta anda untuk berhenti atau singgah.
  • Jenis perkhidmatan ini hanya ditawarkan di bandar terpilih dan tidak wajib. Namun, aktifkannya jika anda boleh berikan perkhidmatan secara berterusan untuk sekurang-kurangnya 4 jam untuk menambah peluang pendapatan.
  • Buat masa ini, tempahan hanya akan diperuntukkan untuk perjalanan dalam bandar anda sahaja. Ini bermaksud pick-up/drop-off akan dilakukan dalam bandar yang sama & anda tidak perlu keluar daripada bandar anda.

Syarat


Lengkapkan latihan untuk layak bagi tempahan GrabRent. Tekan butang di bawah untuk bermula.

Sebagai alternatif, kunjungi bahagian GrabAcademy dalam aplikasi pemandu untuk memulakan latihan.

🚨 Peringatan: Latihan & jenis perkhidmatan ini hanya untuk rakan-pemandu terpilih sahaja. Jenis perkhidmatan ini akan diaktifkan terus apabila ini diletakkan dalam akaun anda. 


💡 Nota penting:

  • Hanya bayaran tanpa tunai akan ditawarkan untuk jenis tempahan ini.
  • Jika anda aktifkan jenis perkhidmatan GrabRent, tempahan akan diterima secara automatik (auto-accepted). Tambang akan dikenakan komisen 20%.
  • Tambang tidak termasuk caj parkir atau tol. Caj ini boleh ditambah setelah tempahan berakhir.
  • Sekiranya penumpang ingin menamatkan tempahan GrabRent lebih awal daripada masa yang ditetapkan, anda boleh melengkapannya dan menerima tambang penuh.


⚠️Peringatan: Rakan-pemandu akan dikira tidak layak untuk jenis perkhidmatan ini jika mereka tidak menjaga kelakukan. Patuhi panduan perkhidmatan pengangkutan di sini.


Soalan Lazim

Jumlah yang dipaparkan pada skrin tempahan adalah tambang keseluruhan tempahan.

Jumlah ini tidak termasuk caj parkir atau tol. Jika anda dikenakan caj-caj ini, masukkannya apabila tempahan berakhir.

Bilangan penumpang akan bergantung kepada jenis kereta yang ditempah:

Mulai 14 September, hanya penumpang dengan status MySejahtera “Risiko Rendah” atau “Kontak Kasual (Tidak bergejala)” dibenarkan untuk menempah perkhidmatan pengangkutan kami.

Jika mereka mempunyai status lain, anda boleh batalkan tempahan. Untuk info lanjut, tekan sini.

Anda boleh melengkapkan tempahan lebih awal daripada masa yang ditetapkan dan menerima tambang penuh (tertakluk kepada 20% komisen)

Untuk keselamatan anda, kami hanya membenarkan pembayaran tanpa tunai untuk tempahan GrabRent.

Jika anda tidak bersedia dan tidak mahu menerima tempahan GrabRent, anda boleh mematikan jenis perkhidmatan ini.

Namun, aktifkannya jika anda boleh berikan perkhidmatan secara berterusan untuk sekurang-kurangnya 4 jam untuk menambah peluang pendapatan.

 

Tidak, anda hanya perlu melengkapkan tempahan di dalam bandar anda sahaja. Jika penumpang anda meminta anda untuk memandu di luar bandar anda, anda boleh batalkan tempahan tersebut dengan menghubungi Khidmat Pelanggan melalui aplikasi pemandu anda.

Sebagai sebahagian daripada komuniti Grab, anda wajib mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan. Terima kasih.