Ciri Pengesahan Swafoto Pemandu

 

Memperkenalkan ciri Pengesahan Swafoto Pemandu (Driver Selfie Authentication), ciri baharu yang akan meningkatkan keselamatan akaun anda dan menghalang sebarang log masuk secara tidak sah

Dengan ciri ini, anda hanya perlu mengesahkan identiti anda dengan mengambil swafoto apabila diminta oleh aplikasi pemandu.

Ciri ini akan diaktifkan secara rawak apabila butang ‘online’ ditekan. Jangan risau, anda TIDAK akan diminta untuk mengambil swafoto semasa anda sedang menghantar penumpang atau pesanan.

Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk melengkapkan proses ini:

Langkah 1: Tekan butang ‘online’.
Langkah 2: Pastikan anda berhenti di tempat yang selamat sebelum bermula.
Langkah 3: Ikut arahan di aplikasi pemandu anda.
Langkah 4: Jika swafoto anda sepadan dengan gambar profil di dalam sistem kami, anda bakal boleh lengkapkan proses pengesahan dan mula menerima pesanan!

PERINGATAN: Jika pengesahan anda gagal berulang kali, akaun anda akan disekat

Sila isi borang temujanji untuk mengambil gambar profil baru di Grab Driver Centre (GDC) terdekat, ATAU kemaskini gambar profil anda melalui Pusat Bantuan jika bandar anda tidak mempunyai GDC.

Lembah Klang Tekan sini untuk membuat temujanji.
Johor Bahru, Pulau Pinang, Melaka, Kuantan, Ipoh, Kuching, Kota Kinabalu Tekan sini untuk membuat temujanji.
Bandar-bandar lain Tekan sini untuk mengemaskini gambar profil anda.

Anda akan diminta untuk mengambil swafoto setiap kali anda log masuk menggunakan peranti baru.

Jika anda telah melengkapkan pengesahan swafoto semasa anda log masuk, anda TIDAK perlu ambil swafoto sekali lagi apabila anda menekan butang ‘Online’.

Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk melengkapkan proses ini:

Langkah 1: Pastikan anda telah log masuk melalui Google dengan menggunakan peranti baru.
Langkah 2: Pastikan anda telah berhenti di tempat yang selamat.
Langkah 3: Ikut arahan di aplikasi pemandu dan lengkapkan proses pengesahan!

Jika swafoto anda sepadan dengan gambar profil di dalam sistem kami, anda bakal boleh log masuk ke akaun anda dengan serta-merta!

Jika anda gagal untuk mengesahkan identiti anda, sila tunggu 10 minit sebelum mengulang proses ini.


Untuk melindungi akaun anda, anda akan diminta untuk mengesahkan identiti anda secara rawak dengan mengambil swafoto selepas melengkapkan tempahan/pesanan.

💡 Nota:
1) Kemaskini ini adalah untuk rakan-pemandu dan rakan-penghantar di Lembah Klang, Johor Bahru, Pulau Pinang, Melaka, Kuantan, Ipoh, Kuching, Kota Kinabalu dan Pulau Pinang sahaja.

Langkah-langkah:

Langkah 1: Tekan butang ‘Mulakan Pengesahan Selfie’ dalam masa 15 minit.
Langkah 2: Ikut arahan di aplikasi pemandu anda.
Langkah 3: Berdasarkan pengesahan selfie anda, anda akan menerima keputusan berikut:

  • ✔️ Berjaya: Anda boleh online dan menerima pesanan!
  • Gagal: Jika anda gagal melengkapi langkah ini untuk kali pertama, anda perlu menjalani satu latihan GrabAcademy dan kuiz ringkas. Jika anda gagal untuk kali kedua, akaun anda akan digantung dan anda perlu mengunjungi Grab Driver Centre (GDC) untuk pengesahan

Sila tekan pautan di bawah untuk membuat temujanji.

Lembah Klang Tekan sini untuk membuat temujanji.
Johor Bahru, Pulau Pinang, Melaka, Kuantan, Ipoh, Kuching, Kota Kinabalu Tekan sini untuk membuat temujanji.

Soalan Lazim

Ciri keselamatan ini direka khas untuk:

  • Melindungi akaun pemandu dan identiti anda.
  • Menghalang log masuk tidak sah dan mengesan aktiviti mencurigakan.
  • Memastikan akaun pemandu Grab anda kekal selamat.

i) Apabila anda menekan butang ‘Online’ atau log masuk menggunakan peranti baru

Ciri ini akan diaktifkan secara rawak apabila anda menekan butang ‘Online’, dan setiap kali anda bertukar kepada peranti baru atau log masuk baru.

 

ii) Selepas melengkapkan tugasan (bandar terpilih sahaja)

Jika aplikasi pemandu mengesan sebarang aktiviti mencurigakan pada akaun anda, anda akan diminta untuk mengesahkan identiti anda secara rawak dengan mengambil swafoto selepas melengkapkan perjalanan. Sila harap maklum bahawa kemaskini baru ini akan dijalankan untuk rakan-pemandu dan rakan-penghantar di Lembah Klang, Johor Bahru, Melaka, Kuantan, Ipoh, Kuching, Kota Kinabalu dan Pulau Pinang sahaja.

i) Adakah saya perlu mengesahkan identiti saya setiap kali saya menekan butang ‘Online’?

Tidak, anda hanya perlu mengambil swafoto apabila diminta oleh aplikasi pemandu.

 

ii) Bolehkah saya menangguhkan proses pengesahan swafoto?

Anda tidak boleh datang online apabila anda menangguhkan proses pengesahan ini. Sila tekan butang ‘Online’ apabila anda sudah bersedia untuk mengesahkan identiti anda dan mula menerima pesanan.

 

iii) Apakah yang akan berlaku jika pengesahan identiti saya masih gagal?

Ini mungkin bermaksud swafoto anda tidak sepadan dengan gambar profil di dalam sistem kami. Sila isi borang temujanji untuk mengambil gambar profil baru di Grab Driver Centre (GDC), ATAU kemaskini gambar profil anda melalui Pusat Bantuan jika bandar anda tidak mempunyai GDC.

Lembah Klang Tekan sini untuk membuat temujanji.
Johor Bahru, Pulau Pinang, Melaka, Kuantan, Ipoh, Kuching, Kota Kinabalu Tekan sini untuk membuat temujanji.
Bandar-bandar lain Tekan sini untuk mengemaskini gambar profil anda.

 

i) Adakah saya perlu mengesahkan identiti saya setiap kali saya log masuk ke akaun saya menggunakan peranti baru?

Ya, anda perlu melengkapkan pengesahan swafoto pemandu setiap kali anda log masuk ke akaun anda.

 

ii) Apakah yang boleh saya lakukan sekiranya wajah saya tidak dapat disahkan?

Ikuti langkah-langkah yang diberikan di aplikasi pemandu atau merujuk kepada panduan ini di Pusat Bantuan. Jika anda gagal untuk mengesahkan identiti anda, sila tunggu 10 minit sebelum mengulang proses ini.

i) Adakah saya perlu mengesahkan identiti saya setiap kali selepas melengkapkan tugasan?

Tidak, anda cuma perlu mengambil swafoto apabila diminta oleh aplikasi pemandu. Ini akan berlaku hanya jika sistem Grab mengesan aktiviti mencurigakan pada akaun anda.

Nota:
*Kemaskini ini adalah untuk rakan-pemandu dan rakan-penghantar di Lembah Klang, Johor Bahru, Pulau Pinang, Melaka, Kuantan, Ipoh, Kuching, Kota Kinabalu dan Pulau Pinang sahaja.

 

ii) Bolehkah saya menangguhkan proses pengesahan swafoto?

Anda perlu melengkapkan pengesahan swafoto ini dalam masa 15 minit. Jika anda menekan butang ‘Lakukannya Kemudian’, anda tidak boleh datang online untuk menerima tugasan.

Apabila anda sudah bersedia untuk mengambil swafoto, tekan butang ‘Online’ untuk melengkapkan proses ini!

 

iii) Apa akan berlaku sekiranya saya gagal melengkapkan proses pengesahan swafoto dalam masa 15 minit?

Sekiranya anda gagal melengkapkan proses ini dalam masa 15 minit, akaun anda akan digantung. Ini bermakna anda tidak boleh datang online atau menerima tempahan/pesanan.

Jika perkara ini berlaku, anda diminta untuk kunjungi Grab Driver Centre (GDC) untuk mengesahkan identiti anda. Sila tekan pautan di bawah untuk membuat temujanji.

Lembah Klang Tekan sini untuk membuat temujanji.
Johor Bahru, Pulau Pinang, Melaka, Kuantan, Ipoh, Kuching, Kota Kinabalu Tekan sini untuk membuat temujanji.

 

Sebagai sebahagian daripada komuniti Grab, anda wajib mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan. Terima kasih.