Penolakan komisen baharu untuk tempahan tanpa tunai

Perubahan untuk memberikan anda lebih banyak peluang menambah pendapatan!

Click here for the English version

Mulai 10 Okt 2019*, komisen untuk tempahan tanpa tunai akan ditolak daripada tambang anda dan bukannya daripada dompet kredit. Ini bermakna rakan-pemandu masih boleh menerima tempahan (tanpa tunai sahaja) walaupun baki dompet kredit anda di bawah baki minima yang ditetapkan!

*Pengemaskinian ini akan dilaksanakan secara berperingkat

Bagaimanakah cara penolakan baharu ini dilakukan?

Apabila baki dompet kredit di bawah baki minima yang ditetapkan, anda masih akan boleh menerima tempahan tanpa tunai. Komisen untuk tempahan akan ditolak daripada tambang anda, bukannya dari dompet kredit.

Nota penting: Untuk terus mendapatkan tempahan tunai tanpa sebarang gangguan, sila pastikan anda mempunyai baki kredit minima seperti yang ditetapkan*. Rakan-pemandu boleh menambah niali kredit wallet di mana-mana kedai 7-Eleven di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, tekan di sini.

*Syarat baki minima dompet kredit adalah seperti berikut:

i) JustGrab, JustGrab (for Airport), GrabCar. GrabShare, GrabCar Plus & GrabCar Exec: RM10

ii) GrabCar (6-seater), GrabCar Premium: RM15

iii) GrabCar (Exec for Airport): RM40

Bagaimanakah cara penolakan ini akan ditunjukkan?

Seiring dengan perubahan baharu ini, kami akan menambah beberapa transaksi, Berikut adalah bagaimana sejarah transaksi dompet anda akan dipaparkan:

 


Soalan Lazim

1. Bagaimanakah saya akan dimaklumkan jika saya terpilih untuk program perintis?

Anda akan menerima notifikasi daripada Grab yang memaklumkan anda telah dipilih untuk menjadi sebahagian daripada program perintis. Pandu seperti biasa dan terus terima tempahan tanpa tunai walaupun baki dompet anda kurang daripada baki minima yang ditetapkan.

2. Apakah impak perubahan ini kepada dompet kredit saya?

Semasa tempahan, komisen akan ditolak daripada dompet kredit anda. Walau bagaimanapun, setelah tempahan dilengkapkan, jumlah ini akan dipindahkan semula daripada dompet tunai (daripada tambang) ke dompet kredit anda.

3. Saya dapati baki dompet kredit saya adalah negatif semasa tempahan? Bolehkah perkara ini berlaku?

Dengan perubahan ini, baki dompet kredit anda boleh mencecah di bawah RM0 pada sementara waktu untuk membolehkan anda menerima lebih banyak tempahan apabila baki kredit anda kurang daripada baki minima. Jangan risau, baki dompet kredit akan dikembalikan kepada jumlah sebelum ini apabila tempahan telah dilengkapkan.

4. Bagaimanakah cara untuk saya membaca sejarah transaksi dompet kredit dan tunai saya dengan perubahan baharu ini?

Di samping tambahan kepada transaksi komisen dan pembayaran, sejarah transaksi anda kini akan mengandungi dua transaksi tambahan untuk setiap tempahan tanpa tunai:

a) Penolakan jumlah komisen daripada dompet kredit

b) Pembayaran jumlah tambang dan jumlah komisen yang dipindahkan secara automatik dari dompet tunai ke dompet kredit

Kedua-dua transaksi ini akan merujuk kepada pemindahan/top-up komisen daripada dompet tunai ke dompet kredit.

Contoh:

Tempahan tambang RM10 dengan komisen 20%

Langkah 1: RM2 ditolak dari dompet kredit setelah tempahan diterima

Langkah 2a: RM10 akan dimasukkan ke dalam dompet kredit setelah tempahan dilengkapkan

Langkah 2b: Pemindahan automatik RM2 dari dompet tunai ke dompet kredit

5. Mengapakah komisen yang ditolak daripada dompet kredit belum lagi dipindahkan setelah tempahan dilengkapkan?

Dalam sesetengah kes, pemindahan komisen akan tertangguh atau tidak berjaya. Walau bagaimanapun, ini tidak akan menjejaskan pendapatan anda. Jika pemindahan yang tidak berjaya/tertangguh menyebabkan baki kredit anda berada di bawah baki minima yang ditetapkan, sila tambah nilai dompet agar anda boleh terus menerima tempahan.

6. Adakah saya masih diperlukan untuk menambah nilai dompet kredit saya?

Ya, mengekalkan baki dompet kredit yang mencukupi adalah penting bagi anda untuk terus menerima tempahan dalam platform Grab. Oleh kerana anda hanya akan menerima jumlah tempahan tanpa tunai yang terhad dengan perubahan penolakan komisen ini, sila tambah nilai dompet kredit apabila baki anda berada di bawah baki kredit minima.