Transaksi lebih jelas dan teratur

 

Kami telah dengar maklum balas tentang paparan pendapatan dan transaksi yang tidak konsisten bagi jenis perkhidmatan yang ada. Ini membuatkannya sukar untuk difahami. Oleh itu, mulai 26 April 2021*, kami akan melaksanakan beberapa perubahan untuk membuatkannya lebih jelas dan mudah.

Perubahan ini akan menyeragamkan pengalaman anda untuk tempahan GrabFood, GrabMart, GrabExpress dan pengangkutan. Kesemua tempahan Grab kini akan memfokuskan pada pendapatan, bagi melancarkan lagi pengalaman anda menggunakan platform Grab.

*Perubahan ini akan dilaksanakan secara berperingkat.


1. Lihat pendapatan bersih anda secara jelas

Pendapatan bersih adalah jumlah pendapatan selepas komisen* ditolak daripada tambang. Ini tidak termasuk tip atau mana-mana bonus yang dikira dalam jumlah pendapatan anda.

Perubahan ini akan dibuat secara keseluruhan bagi aplikasi pemandu Grab, dari skrin ‘Dalam-Transit’ hinggalah ke skrin ‘Butiran Tugasan’ (rujuk skrin di Tab 1: Pendapatan Bersih).

Dengan perubahan ini, anda boleh fokus pada tempahan anda kerana anda tidak perlu membuat pengiraan lagi. Oleh itu, jangan risau jika jumlah anda lebih rendah daripada biasa. Tiada perubahan kepada cara pendapatan anda dikira. Ia masih akan dikira berdasarkan masa dan jarak perjalanan melengkapkan tempahan.

*Komisen adalah 20% untuk pengangkutan dan GrabExpress. Untuk GrabFood dan GrabMart, komisen tidak ditolak untuk tip/bonus.


2. Transaksi tunai yang lebih tepat

Anda kini akan diberikan arahan yang jelas bagi jumlah wang yang patut anda kutip. Dengan ini, anda boleh dapatkan jumlah yang tepat bagi tempahan tunai anda.

[NOTA PENTING]:

  • Untuk tempahan tunai, sila kutip jumlah keseluruhan yang dipaparkan di dalam resit tambang akhir (rujuk skrin di tab 2: Transaksi Tunai).
  • Pada skrin ‘Dalam Transit’, anda boleh tekan ‘Lagi’ untuk melihat ringkasan resit yang juga akan memaparkan jumlah wang tunai yang perlu dikutip daripada penumpang/pelanggan anda.

*Hanya tempahan tanpa tunai sahaja akan dikira secara automatik, jadi anda tidak perlu mengutip apa-apa daripada penumpang/pelanggan anda.


3. Transaksi dompet yang mudah dirujuk

  • Pendapatan bersih, tip dan pembayaran spot bonus akan dipaparkan dengan lebih teratur.
  • Kami telah membuatkannya lebih mudah bagi anda untuk mengenal pasti penyelarasan transaksi tunai anda untuk jumlah wang tunai yang anda perlu kutip daripada penumpang/pelanggan (rujuk skrin di Tab 3: Transaksi Dompet).

Sila harap maklum perubahan berikut, yang akan dilaksanakan secara keseluruhan bagi aplikasi pemandu anda:

Untuk tempahan pengangkutan, anda boleh melihat pendapatan bersih pada skrin-skrin ini:

Contoh:
Tambang: RM 65
Komisen (RM 65 x 20%): RM 13

Pendapatan Bersih: RM 65 – RM 13 = RM52

Tambang dan komisen akan dipaparkan di Butiran Pendapatan di bahagian ‘Butiran Tugasan’.

Untuk pesanan GrabFood/GrabMart, anda akan lihat pendapatan bersih pada skrin-skrin ini:

Untuk pesanan GrabExpress, anda akan lihat pendapatan bersih pada skrin-skrin ini:

Contoh:
Tambang: RM 5
Komisen (RM 5 x 20%): RM 1

Pendapatan Bersih: RM 5 – RM 1 = RM 4

Tambang dan komisen akan dipaparkan di Butiran Pendapatan di bahagian ‘Butiran Tugasan’.

[PENTING] Untuk tempahan tunai, sila kutip jumlah keseluruhan yang dipaparkan di ‘Lagi’ dan skrin ‘Resit Tambang’:

[PENTING] Untuk pesanan tunai* bagi GrabFood, sila kutip jumlah keseluruhan yang dipaparkan di skrin ‘Resit’:

Anda boleh lihat label yang jelas untuk pendapatan bersih, tip, pembayaran spot bonus, penolakan komisen, dan transaksi lain di bahagian riwayat dompet:


Pembayaran balik tol (untuk rakan-penghantar kereta sahaja)

Untuk membuat tuntutan bayaran tol dan parking* bagi penghantaran GrabFood, GrabMart dan GrabExpress, pastikan anda menyimpan resit/penyata TnG selepas anda melengkapkan penghantaran.

Tekan sini untuk menghantar tuntutan anda melalui Pusat Bantuan.

*Tuntutan dihadkan kepada RM10 untuk setiap resit.


Reka bentuk baharu penyata mingguan

Kami akan mengemaskini reka bentuk penyata mingguan! Anda boleh lihat pendapatan bersih untuk setiap jenis perkhidmatan di dalam penyata anda. Berikut adalah cara ia akan dipaparkan:


Sebagai sebahagian daripada komuniti Grab, anda wajib mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan. Terima kasih.