Tingkatkan Keberkesanan Dengan Pesanan Sekaligus

Kurang pembatalan untuk pengguna, lebih pendapatan untuk anda!

Melalui sesi maklum balas baru-baru ini, rakan-penghantar (kereta & motosikal) telah mengutarakan persoalan mengenai cara tambang pesanan sekaligus untuk perkhidmatan GrabFood, GrabMart dan GrabExpress 4 Hours dikira. 

Dengan ini kami ingin menerangkan bagaimana pengiraan tersebut dilakukan, dan bagaimana pesanan sekaligus membantu meningkatkan pendapatan anda dan pada masa yang sama mengurangkan pembatalan pesanan untuk para pengguna.

Bagaimanakah tambang dikira?

Untuk semua jenis pesanan, sama ada biasa atau sekaligus, Grab akan mengira tambang berdasarkan jarak perjalanan dan masa yang diambil untuk melengkapkan pesanan tersebut.

Tambang untuk pesanan biasa akan dikira berdasarkan jumlah yang lebih tinggi di antara:

  • Tambang asas + tambang berdasarkan jarak perjalanan
  • Tambang minimum

Tambang untuk pesanan sekaligus akan dikira berdasarkan jumlah yang lebih tinggi di antara:

  • Tambang asas + tambang berdasarkan jarak perjalanan + bonus pesanan sekaligus*
  • Tambang minimum (untuk keseluruhan pesanan, bukan untuk setiap satu pesanan berasingan)

Contoh pengiraan tambang

Dalam contoh ini, dengan melengkapkan pesanan sekaligus, rakan-penghantar akan mendapat tambang RM4 lebih tinggi dari pesanan biasa untuk: 

  • jarak perjalanan tambahan 2KM 
  • waktu menunggu tambahan untuk pesanan kedua (melalui bonus penghantaran sekaligus)

Rakan-penghantar yang melengkapkan pesanan sekaligus boleh menerima pendapatan yang lebih tinggi untuk setiap hari kerana mereka dapat melengkapkan lebih pesanan pada masa yang lebih singkat. Ini kerana:

  • Dengan pesanan sekaligus, laluan perjalanan dikongsi untuk lebih dari satu penghantaran. Ini membolehkan rakan-penghantar melengkapkan lebih banyak pesanan dalam satu perjalanan.
  • Dengan pesanan sekaligus GrabFood, masa menunggu di restoran lebih singkat berbanding pesanan biasa. Ini kerana restoran biasanya menyediakan pesanan pertama dan kedua pada masa yang sama.

Secara keseluruhan, kami sentiasa berusaha untuk memastikan anda mendapat lebih pendapatan bagi setiap minit yang anda luangkan untuk pesanan sekaligus berbanding pesanan biasa, dengan sentiasa menyelaraskan bonus pesanan sekaligus dan meningkatkan kualiti sistem padanan kami.

Sebagai sebahagian daripada komuniti Grab, anda wajib mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan. Terima kasih.