Memacu 2020 Bersama GrabFood
Dapatkan pelbagai penambahbaikan baru dan tingkatkan pendapatan anda!
Kami amat menghargai rakan-penghantar perintis seperti anda dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan GrabFood, dan membantu kami menjadi platform pilihan mereka.
Mulai 17 Februari 2020
Untuk makluman anda, mulai 17 Feb 2020 semua rakan-penghantar GrabFood akan dibahagikan kepada dua kumpulan – GrabFood (Perintis) dan GrabFood (Bike).
GrabFood (Perintis)
Sebagai tanda penghargaan kepada rakan-penghantar perintis kami, semua rakan-penghantar yang aktif sebelum 17 Feb 2020 akan dimasukkan ke dalam jenis perkhidmatan GrabFood (Perintis) dan akan terus menikmati struktur insentif yang sedia ada.
GrabFood (Bike)
Rakan-penghantar yang berikut pula akan dimasukkan ke dalam jenis perkhidmatan GrabFood (Bike) dan akan menikmati struktur insentif yang berbeza;
- Rakan-penghantar pasif*
- Rakan-penghantar baru yang diaktifkan mulai 17 Feb 2020
*Rakan-penghantar yang telah diaktifkan sebelum 31 Disember 2019 tetapi tidak pernah melengkapkan sebarang penghantaran sebelum 11:59pm, 15 Februari 2020.
Kami akan sentiasa memastikan semua rakan-penghantar di dalam kedua-dua jenis perkhidmatan akan sentiasa mendapat peluang menjana pendapatan yang kompetitif. Berikut merupakan senarai ciri-ciri yang telah dan akan dilancarkan untuk membantu meningkatkan pendapatan anda:
Pesanan Back2Back
Ini membantu anda untuk menerima tempahan secara berterusan dan mengurangkan masa menunggu anda.
Untuk maklumat lanjut mengenai Pesanan Back2Back, sila tekan sini.
Jarak pick up lebih dekat
Kami mendengar maklum balas dari anda mengenai jarak pick up yang jauh dan telah mengambil langkah untuk mengurangkan radius pick up. Kami akan sentiasa memperbaiki ciri ini dari masa ke semasa untuk anda.
Pembukaan Kawasan Rawang, Sg Buloh, Kajang dan Bangi
Lebih kawasan-kawasan operasi = lebih pesanan GrabFood! Anda berpeluang untuk meningkatkan pendapatan anda dengan pembukaan kawasan-kawasan baru ini! Kami juga telah memanjangkan waktu perkhidmatan GrabFood Lembah Klang kepada 7am-2am.
Pembukaan Jenis Perkhidmatan Baru
Kami telah melancarkan GrabBike (Beta) di kawasan-kawasan terpilih di Lembah Klang dan membuka jenis perkhidmatan GrabExpress untuk rakan-penghantar GrabFood. Inisiatif ini diambil untuk mempelbagaikan peluang pendapatan anda terutamanya di luar waktu puncak GrabFood.
Kami juga telah memperkenalkan 2 perkhidmatan baru melalui GrabFood iaitu GrabMart dan GrabFood Cake Fleet. Semua rakan-penghantar Regular Fleet di Lembah Klang sudah boleh menerima pesanan GrabMart sejak 18 November 2019. Untuk menyertai GrabFood Cake Fleet, sila daftar dan lengkapkan latihan di GrabAcademy.
GrabBenefits untuk Rakan-Penghantar
Tebus pelbagai ganjaran dari GrabBenefits di aplikasi pemandu anda. Capai peringkat Platinum dan nikmati pelbagai ganjaran hebat seperti diskaun pelancongan, penyelenggaraan kenderaan dan banyak lagi. Dapatkan maklumat lanjut di sini atau kunjungi GrabBenefits di aplikasi pemandu anda.
Insurans Rakan-Penghantar
Kini anda boleh menghantar tanpa rasa bimbang. Memperkenalkan Insurans Perjalanan Grab dan Insurans Bulanan 24/7 GrabBenefits, eksklusif untuk rakan-penghantar. Pastikan anda melengkapkan sekurang-kurangnya 30 penghantaran pada bulan sebelumnya dan memiliki kadar pembatalan (CR) kurang dari 10% untuk menikmati perlindungan menyeluruh dari kedua-dua produk insurans ini. Maklumat lanjut di sini.
Panggilan Percuma VOIP
Anda boleh menghubungi pelanggan tanpa sebarang caj. Hanya pastikan anda mempunyai sambungan internet dan anda boleh berhubung dengan pelanggan untuk mengesahkan lokasi penghantaran atau urusan lain secara percuma. Maklumat lanjut di sini.
Penambahbaikan Pesanan Sekaligus
Dengan Pesanan Sekaligus, masa yang diluangkan untuk melengkapkan pesanan-pesanan anda bakal dikurangkan. Ini bermakna anda dapat melengkapkan lebih banyak pesanan, justeru menjana lebih pendapatan!
Untuk meningkatkan kekerapan anda menerima pesanan sekaligus, kami akan melancarkan dua penambahbaikan baru:
- Anda boleh menerima lebih daripada dua pesanan* daripada satu restoran yang sama di dalam satu pesanan sekaligus.
- Anda boleh menerima pesanan daripada beberapa restoran di dalam satu pesanan sekaligus.
*Sehingga 4 pesanan maksimum buat masa ini. Jumlah ini mungkin berubah di masa hadapan bergantung kepada maklum balas dan penilaian lanjut.
Sila pastikan anda melengkapkan pengambilan dan penghantaran mengikut urutan yang tertera di dalam aplikasi pemandu. Untuk maklumat lanjut mengenai Pesanan Sekaligus, sila tekan sini.
Untuk makluman anda, bonus penghantaran untuk penghantaran kedua dan seterusnya di dalam satu pesanan sekaligus akan dikurangkan sebanyak RM2.*
Contoh: Jika bonus penghantaran untuk masa tersebut adalah RM3, pesanan kedua dan seterusnya di dalam pesanan sekaligus anda adalah RM1.
Walau bagaimanapun, pendapatan anda akan kekal kompetitif dengan pesanan sekaligus. Dengan ciri ini, anda bakal mendapat lebih pendapatan untuk setiap minit anda luangkan membuat penghantaran.
Di samping itu, anda akan menerima bayaran untuk jarak perjalanan dan usaha anda bagi melengkapkan pesanan kedua dan seterusnya.
Sila rujuk jadual di bawah untuk maklumat lanjut
Perubahan akan dilancarkan secara berperingkat mulai minggu-minggu seterusnya.
*Sekiranya bonus penghantaran pada masa tersebut kurang dari RM2, anda tidak akan menerima bonus penghantaran untuk pesanan kedua and seterusnya dalam pesanan sekaligus.
Masa menunggu di restoran bakal dikurangkan
Kami sedang menguji beberapa ciri untuk mengurangkan masa menunggu pesanan di restoran. Anda bakal boleh menyiapkan lebih banyak pesanan dengan ciri-ciri ini
Nantikan perkembangan lanjut dari kami.
Lebih promosi GrabFood
Kami akan melancarkan lebih banyak kempen-kempen promosi untuk meningkatkan permintaan pesanan GrabFood untuk anda. Di samping itu, kami akan melancarkan pelbagai cara baru untuk pelanggan membuat pesanan makanan. Nantikan perkembangan selanjutnya daripada kami pada masa terdekat.
Perluasan kawasan operasi GrabBike (Beta)
Kami akan memperluaskan kawasan operasi GrabBike (Beta). Ini akan membantu anda menjana lebih pendapatan dengan tempahan GrabBike (Beta) di luar waktu sibuk GrabFood. Tekan sini untuk borang pendaftaran GrabBike (Beta).