Buat Panggilan Tanpa Kerisauan

Click here for English version

Memperkenalkan VOIP (Voice Over Internet Protocol)! Satu ciri baru yang membolehkan rakan-pemandu dan juga penumpang untuk membuat panggilan tanpa sebarang kos tambahan. Anda boleh menghubungi penumpang anda hanya dengan menggunakan data anda. Ini juga akan melindungi privasi anda kerana penumpang anda tidak dapat melihat nombor telefon pemanggil.

Apakah manfaat menggunakan ciri ini?

Jimat wang untuk caj panggilan

Panggilan telefon adalah lebih murah apabila dibuat dengan menggunakan data, pastikan anda telah melanggani pelan data. Dengan itu, anda tidak perlu bimbang tentang penggunaan minit pelan suara anda apabila anda perlu menghubungi penumpang.

Nombor telefon anda tidak akan dikongsi

Kedua-dua telefon nombor anda dan penumpang tidak akan dikongsi. Dalam perkataan lain, anda tidak dapat melihat nombor telefon penumpang dan mereka juga tidak dapat melihat nombor telefon anda.


Bagaimana mengaktifkan ciri ini?

  1. Apabila panggilan perlu dibuat, tekan pada butang ‘Data Call’ di sebelah butang Chat.
  2. Untuk batalkan panggilan, tekan pada butang ‘Tamat Panggilan’.
  3. Apabila penumpang anda sedang menghubungi anda, anda akan melihat paparan panggilan masuk yang menunjukkan nama penumpang anda.

Perkara Penting Yang Perlu Diperhatikan

Panggilan VOIP hanya boleh dibuat melalui sambungan internet yang aktif. Sekiranya data anda tidak diaktifkan atau telefon anda tidak disambung kepada WiFi, hanya panggilan biasa boleh dibuat dan bayaran akan dikenakan oleh syarikat telekomunikasi anda.

Semak sambungan internet anda jika anda terima mesej yang menyatakan ‘Tiada Internet.’ Tekan pada ‘Buat Panggilan Telefon Biasa’ untuk panggilan biasa. Bayaran adalah diperlukan kerana data tidak digunakan untuk panggilan biasa.


Soalan Lazim

Mengapakah saya tidak dapat melihat nombor telefon apabila panggilan sedang dibuat?

Semua panggilan akan dibuat melalui sambungan internet dan bukannya panggilan biasa.

Mengapakah saya tidak dapat membuat panggilan melalui internet?

Anda dengan penumpang anda perlu mempunyai versi aplikasi Pemandu Grab/Grab yang terkini supaya ciri ini boleh digunakan.

Apakah yang akan berlaku apabila saya berada dalam kawasan liputan yang kurang baik?

Sekiranya data anda telah diaktifkan, anda masih boleh membuat panggilan menerusi VOIP. Walaubagaimanapun, anda boleh membuat panggilan biasa dengan tidak mengaktifkan data anda.

Apakah yang akan berlaku apabila sambungan internet adalah tidak aktif?

Anda boleh membuat panggilan menerusi panggilan biasa.

Bolehkah saya membuat panggilan menerusi internet selepas tamat trip untuk sebarang isu Hilang & Jumpa?

Pada masa ini, panggilan Hilang & Jumpa akan dibuat menerusi panggilan biasa (menerusi panggilan telefon dengan ciri number masking).

 Apakah akan berlaku sekiranya panggilan diputuskan disebabkan internet menjadi tidak aktif?

Panggilan anda akan ditamatkan. Anda boleh membuat panggilan semula dengan menekan ikon ‘telefon’ pada paparan tempahan. Anda boleh membuat panggilan menerusi panggilan biasa.

Bolehkah saya menggunakan panggilan internet untuk semua perkhidmatan Grab?

Tidak, ciri ini hanya terdapat untuk perkhidmatan Pengangkutan pada masa ini. Kami sedang berusaha untuk menjadikan ciri ini boleh didapati pada GrabExpress dan GrabFood. Tunggu berita baik kami.

Mengapakah saya dapat melihat ‘panggilan percuma’ pada skrin apabila panggilan dibuat. Tetapi, saya dikenakan bayaran untuk penggunaan data saya?

‘Panggilan Percuma’ digunakan untuk menunjukkan bahawa caj tidak akan dikenakan untuk panggilan telefon. Walau bagaimanapun, caj untuk penggunaan data akan dikenakan kerana panggilan dibuat dengan menggunakan data.

 Saya tidak mahu menggunakan data saya untuk panggilan. Bagaimanakah saya menukar kepada panggilan biasa?

Pada masa sekarang, kami tidak mempunyai keupayaan untuk menukar semula kepada tetapan asal. Ciri ini membantu untuk melindungi privasi telefon nombor anda dan kami cadangkan anda menggunakan ciri ini.

Bagaimanakah kami mengelakkan daripada terlebih guna data? (Contoh: penggunaan data RM40 lebih untuk rakan-pemandu)

Ciri ini tidak didapati pada masa ini.