Memperkenalkan Ciri Pesanan Back2Back Baru

Kini rakan-penghantar tidak perlu menunggu lama untuk menerima pesanan seterusnya!

Memperkenalkan Ciri Pesanan Back2Back untuk GrabFood dan GrabExpress yang membolehkan anda menerima pesanan seterusnya semasa sedang melengkapkan penghantaran yang sedia ada! Dengan ciri ini, anda boleh mengurangkan masa menunggu di antara penghantaran sambil berpeluang meningkatkan pendapatan!

Mulai 10am, 24 Oktober 2019, ciri ini akan dilancarkan kepada rakan-penghantar secara berperingkat. Anda hanya perlu mengaktifkan ciri Auto-Accept untuk menerima pesanan Back2Back.


[BARU!] Dapatkan Pesanan Sekaligus yang diperbaharui melalui Ciri Pesanan Back2Back!

Dengan Pesanan Sekaligus yang diperbaharui, anda bakal boleh menerima lebih dari satu pesanan GrabFood (sama ada dari satu restoran atau beberapa restoran dalam kawasan yang sama) untuk dihantar kepada pelanggan-pelanggan yang berdekatan dalam satu penghantaran.

 

 

Bagaimanakah ia berfungsi?

Pesanan Sekaligus bakal diterima secara automatik bergantung kepada permintaan pelanggan-pelanggan GrabFood. Anda akan menerima notifikasi dalam aplikasi pemandu. .

Dengan Pesanan Sekaligus, masa yang diluangkan untuk melengkapkan tempahan-tempahan anda bakal dikurangkan, dan anda bakal boleh melengkapkan lebih banyak penghantaran dan meningkatkan pendapatan anda.

Dapatkan lebih pendapatan dengan Pesanan Sekaligus sekarang.

*Pesanan Sekaligus yang diperbaharui akan tersedia untuk semua bandar secara berperingkat kecuali Lembah Klang, Johor Bharu, Melaka, Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu buat masa ini. Nantikan perkembangan terkini dari kami tidak lama lagi.


Bagaimana Ciri Pesanan Back2Back berfungsi?

1.  Anda akan menerima pesanan yang seterusnya semasa anda sedang melengkapkan penghantaran yang sedia ada.

2.  Lengkapkan penghantaran anda mengikut aturan yang telah ditetapkan di dalam aplikasi pemandu anda!

 

NOTA PENTING: Untuk pengguna Android, sila tekan di mana-mana bahagian skrin untuk kembali ke aplikasi navigasi anda.

 


 

Soalan Lazim

 

Ciri Pesanan Back2Back

Bagaimanakah caranya untuk mengaktifkan ciri pesanan Back2Back?

Anda hanya perlu memastikan ciri Auto Accept diaktifkan untuk menerima pesanan Back2Back. Anda hanya akan diberikan pesanan Back2Back jika anda berada berdekatan dengan titik drop-off bagi penghantaran semasa anda.

*Anda tidak akan menerima pesanan Back2Back sekiranya anda menghidupkan ciri MyDestination.

Mengapa pesanan Back2Back hanya diaktifkan semasa Auto-Accept dihidupkan?

Pesanan Back2Back hanya diaktifkan semasa Auto-Accept diaktifkan untuk melindungi keselamatan anda. Untuk makluman, anda hanya akan menerima Back2Back Job semasa dalam perjalanan ke lokasi pelanggan. Dengan Auto-Accept, anda tidak perlu melakukan apa-apa untuk mengesahkan penerimaan tempahan dan penunggangan anda tidak akan terganggu.

Saya telah menerima pesanan seterusnya semasa dalam perjalanan. Adakah saya boleh menyelesaikan pesanan kedua dahulu sekiranya ia lebih dekat/ senang?

Sila patuhi urutan pesanan yang anda terima kerana ia telah disusun untuk mengelakkan sebarang kelewatan. Anda tidak boleh melengkapkan pesanan kedua tanpa menyelesaikan pesanan pertama terlebih dahulu.

Adakah saya perlu menekan apa-apa butang untuk menerima pesanan semasa melakukan penghantaran?

Tidak, kerana pesanan akan diterima secara automatik apabila ciri Auto Accept diaktifkan. Untuk pengguna Android, sila tekan di mana-mana bahagian skrin untuk kembali ke aplikasi navigasi anda.

Apakah yang boleh saya lakukan jika saya ingin berehat?

Sekiranya anda sedang melengkapkan penghantaran semasa tetapi tidak mahu menerima lagi pesanan, sila matikan butang availability. Membatalkan pesanan Back2Back boleh menjejaskan kadar pembatalan (CR) anda. Oleh itu, sila anggap pesanan Back2Back seperti mana-mana pesanan yang biasa.

Bagaimanakah bonus pick-up akan dikira untuk pesanan Back2Back?

Bonus akan dikira berdasarkan jarak penghantaran di antara lokasi drop-off penghantaran semasa anda dengan lokasi pick-up untuk penghantaran yang seterusnya.

Saya tidak dapat menghubungi pelanggan untuk pesanan yang saya sedang lengkapkan, dan saya telah menerima tempahan seterusnya. Apakah yang patut saya lakukan?

Untuk GrabFood: Sila cuba hubungi pelanggan tersebut 3 kali. Jika masih gagal, tinggalkan makanan di tempat selamat dan maklumkan kepada pelanggan. Sila teruskan dengan pesanan yang seterusnya.

Untuk GrabExpress: Sila batalkan pesanan kedua yang anda terima melalui Back2Back Job dan hubungi khidmat pelanggan. Lakukan prosedur biasa GrabExpress (pulangkan bungkusan kepada penghantar atau Ibu Pejabat Grab).

 

[BARU!] Pesanan Sekaligus/span>

Apa itu Pesanan Sekaligus?

Melalui Pesanan Sekaligus, anda bakal menerima lebih dari satu pesanan GrabFood (dari satu restoran atau beberapa restoran di kawasan yang sama) untuk dihantar ke pelanggan-pelanggan yang berdekatan. Anda bakal menerima Pesanan Sekaligus secara automatik bergantung kepada permintaan pelanggan-pelanggan.

Adakah saya wajib melengkapkan penghantaran mengikut laluan dan urutan drop-off yang dicadangkan di dalam aplikasi pemandu?

Ya. Laluan dan urutan drop-off di dalam aplikasi pemandu telah dikira untuk memastikan penghantaran-penghantaran dilengkapkan dalam masa yang sepatutnya.

Laluan yang dicadangkan dalam aplikasi pemandu saya tidak efisien. Bagaimanakah saya boleh melaporkan masalah ini?

Terima kasih di atas maklum balas anda. Sila ikuti langkah berikut untuk kongsikannya bersama kami.

1. Tekan butang History/Riwayat

2.Pilih pesanan tersebut.

3. Pilih sebab “Inefficient route for delivery”/ “Aturan laluan tidak cekap”

 

Sebagai sebahagian daripada komuniti Grab, anda wajib mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan. Terima kasih!