Tempahan Awal ialah tempahan yang dijadualkan oleh penumpang. Rakan-pemandu boleh menerima Tempahan Awal di bahagian Perancang Tempahan dan menerima caj penjadualan bagi setiap tempahan yang diterima.
Kelebihan
Rancang Pendapatan Anda
Anda boleh menerima tempahan
lebih awal
Lindungi Pendapatan Anda
Pampasan dibayar untuk pembatalan penumpang di saat akhir
Untuk boleh menggunakan ciri Tempahan Awal, rakan-pemandu hendaklah:
Klik butang di bawah untuk melengkapkan latihan GrabAcademy untuk ciri Tempahan Awal. Anda juga boleh mengakses latihan di bahagian GrabAcademy ini melalui aplikasi pemandu anda.
Tempahan Awal pada Perancang Tempahan
Selepas layak, rakan-pemandu akan boleh menerima Tempahan Awal melalui Perancang Tempahan dalam aplikasi pemandu Grab. Insurans e-hailing anda perlu sah untuk membenarkan anda melihat Tempahan-Tempahan Awal yang tersedia pada Perancang Tempahan. Jika anda telah opt-in untuk insurans e-hailing harian Grab, pastikan ianya telah diaktifkan.
Jika anda telah melakukan semuanya dan masih tidak dapat melihat Tempahan Awal pada Perancang Tempahan anda, ianya mungkin antara sebab-sebab berikut:
Tempahan Awal tanpa penggunaan Perancang Tempahan
Rakan-pemandu juga boleh diperuntukkan Tempahan Awal tanpa menerimanya di bahagian Perancang Tempahan. Namun begitu, anda hanya akan menerima Tempahan Awal jenis ini dalam masa 30 minit sebelum dan 15 minit selepas masa pickup yang dijadualkan. Anda masih akan menerima caj penjadualan jika anda lengkapkan tempahan ini sebagai pampasan untuk masa anda!
Setelah tempahan diperuntukkan sila pandu ke lokasi pickup secepat mungkin untuk elak daripada lambat.
Buat masa ini, Tempahan Awal ditawarkan di bandar-bandar berikut (tempahan dalam seluruh bandar):
Satu perjalanan Tempahan Awal boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu; pickup dan drop off. Untuk Tempahan Awal dalam kawasan bandar, perjalanan adalah lebih kurang sama dengan tempahan atas permintaan biasa.
Bahagian pertama iaitu pickup; bermula pada saat anda tiba di lokasi pickup. Pada hari Tempahan Awal anda, anda akan dibawa ke skrin dalam transit 30 minit sebelum masa pickup. Anda perlu online untuk aktifkan skrin dalam transit.
Jika anda offline, anda diberikan masa 5 minit untuk datang online. Jika tidak, kami akan peruntukkan tempahan ke rakan-pemandu lain (baca bahagian Polisi untuk info lanjut).
Jika penumpang anda tidak muncul 15 minit selepas masa pickup, batalkan tempahan tanpa menjejaskan CR anda dengan memilih sebab pembatalan “Penumpang Tidak Muncul”. Anda masih akan menerima caj penjadualan sebagai pampasan jika perkara ini berlaku.
Terdapat 2 jenis Tempahan Awal lapangan terbang iaitu; pickup di lapangan terbang dan drop off di lapangan terbang (harga standard lapangan terbang terpakai). Buat masa ini, Tempahan Awal lapangan terbang hanya ditawarkan di bandar-bandar berikut:
Jenis perkhidmatan ditawarkan:
Drop off di lapangan terbang SAHAJA.
Jenis perkhidmatan ditawarkan:
Drop off di lapangan terbang SAHAJA.
Jenis perkhidmatan ditawarkan:
Drop off di lapangan terbang SAHAJA.
Jenis perkhidmatan ditawarkan:
Drop off di lapangan terbang SAHAJA.
Jenis perkhidmatan ditawarkan:
Drop off di lapangan terbang SAHAJA.
Jenis perkhidmatan ditawarkan:
Untuk Tempahan Awal dengan drop off di lapangan terbang, perjalanan adalah sama seperti Tempahan Awal biasa.
Untuk Tempahan Awal dengan pickup di lapangan terbang (hanya tersedia di KLIA Terminal 1 buat masa ini), perjalanan pickup adalah sedikit berlainan kerana sistem tempahan akan dihubungkan dengan status penerbangan penumpang. Seperti biasa, pada hari Tempahan Awal anda, anda akan dibawa ke skrin dalam transit 30 minit sebelum masa pickup tetapi terdapat beberapa senario yang boleh berlaku selepas itu.
Senario 1: Masa Pickup Tempahan Awal Dilewatkan
Jangan risau, sebarang pembatalan yang anda buat selepas mana-mana notifikasi kelewatan yang muncul TIDAK akan menyebabkan penalti.
Jika penerbangan penumpang dilewatkan dan menyebabkan masa ketibaan mereka juga dilewatkan, sistem akan boleh mengesan perubahan ini secara automatik dan memberi anda notifikasi melalui aplikasi pemandu Grab.
Kadang kala apabila tempahan dilewatkan, ia boleh bertindih dengan Tempahan Awal lain yang anda telah terima, Dalam kes ini, anda juga akan menerima notifikasi tentang kemungkinan tempahan bertindih.
Berikut adalah apa yang anda boleh jangkakan apabila anda memilih untuk membatal atau menyimpan tempahan yang terkesan.
Pengiraan pembayaran masa menunggu adalah seperti berikut:
Contoh
Contoh 1: Tempahan diteruskan – masa menunggu dibayar
Dalam Contoh 1, rakan-pemandu menerima notifikasi kelewatan 30 minit sebeleum masa asal pickup, memilih untuk meneruskan tempahan dan menunggu sehingga masa pickup baru. Dalam kes ini, rakan-pemandu akan menerima pembayaran RM12 untuk masa menunggunya (10:00AM – 11:00AM).
Contoh 2: Tempahan diteruskan – masa menunggu tidak dibayar
Dalam Contoh 2, rakan-pemandu menerima notifikasi kelewatan 90 minit sebelum masa asal pickup, memilih untuk meneruskan tempahan dan menunggu sehingga masa pickup baharu. Dalam kes ini, rakan-pemandu tidak akan menerima pembayaran untuk masa menunggunya.
Contoh 3: Tempahan dibatalkan – tiada pembayaran masa menunggu
Dalam Contoh 3, rakan-pemandu menerima notifikasi kelewatan 90 minit sebelum masa pickup asal lalu membatlkan tempahan tersebut. Dalam kes ini, rakan-pemandu tidak akan dikenakan penalti dan tidak akan menerima pembayaran masa menunggu (kerana tiada masa menunggu).
Senario 2: Tempahan Awal Dibatalkan
Jika penerbangan penumpang dibatalkan, sistem akan mengesan pembatalan ini secara automatik dan akan membatalkan Tempahan Awal tersebut secara automatik untuk anda.
Jangan risau, jika anda menerima notifikasi pembatalan 60 minit sebelum masa pickup yang dijadualkan, anda boleh menerima yang berikut:
Contoh:
Dalam kes ini, rakan-pemandu akan menerima pembayaran RM12 kerana mereka menerima notifikasi pembatalan 40 minit sebelum masa pickup dijadualkan.
Dalam apa-apa situasi, jika terdapat kelewatan ataupun tidak, rakan-pemandu yang telah pickup penumpang mereka dari lapangan terbang kemudiannya boleh meneruskan perjalanan dan drop off seperti biasa (sama seperti tempahan biasa).
Rakan-pemandu yang berstatus aktif perlu melengkapkan latihan GrabAcademy mandatori untuk layak menerima Tempahan Awal. Selepas rakan-pemandu layak, rakan-pemandu mestilah mengekalkan rekod disiplin yang minimum untuk mengelak sekatan daripada menggunakan ciri ini.
Polisi Tempahan Awal ini bertindak sebagai Kod Tatalaku (Code of Conduct) untuk rakan-pemandu yang menjalankan ciri tempahan yang dijadualkan ini. Polisi ini akan menerangkan secara terperinci mengenai pelanggaran Kod Tatalaku yang boleh menyebabkan tindakan disiplin, penggantungan atau penamatan akses pengguna kepada ciri Tempahan Awal.
Amalkan Sikap Bertanggungjawab
Amalkan Sikap Beringat
Tips Ekstra!
Tempahan Awal adalah tempahan yang dijadualkan lebih awal oleh penumpang. Tempahan ini boleh diterima melalui bahagian Perancang Tempahan. Untuk jenis tempahan ini, anda akan menerima caj penjadualan untuk setiap Tempahan Awal yang anda terima (jumlah bergantung kepada jenis perkhidmatan).
Buat masa ini, Tempahan Awal hanya ditawarkan di Lembah Klang, Pulau Pinang, Langkawi, Kuching, Kota Kinabalu dan lJohor Bahru, untuk tempahan di seluruh bandar dan menuju ke lapangan terbang, pada jenis-jenis perkhidmatan berikut:
Insurans e-hailing anda perlu sah untuk membenarkan anda melihat Tempahan-Tempahan Awal yang tersedia pada Perancang Tempahan. Jika anda telah opt-in untuk insurans e-hailing harian Grab, pastikan ianya telah diaktifkan.
Jika anda telah melakukan yang di atas dan masih tidak dapat melihat Tempahan Awal pada Perancang Tempahan anda, ianya mungkin antara sebab-sebab berikut:
Anda digalakkan untuk datang lebih awal dari masa tempahan dijadualkan. Sila ambil maklum bahawa anda akan dibawa ke skrin dalam transit 30 minit sebelum masa pick up untuk Tempahan Awal. Anda juga perlu online untuk aktifkan skrin dalam transit.
PENTING: Jika anda offline, anda diberikan masa 5 minit untuk datang online. Jika tidak, kami akan peruntukkan tempahan ke rakan-pemandu lain dan caj komitmen RM12 akan ditolak dari dompet tunai anda.
Tip: Jika anda perlukan lebih dari 30 minit untuk tiba di lokasi pickup, mulakan perjalanan anda ke lokasi pickup dengan lebih awal. Berkomunikasi secara jelas dengan penumpang anda melalui ciri GrabChat dan/atau Hubungi mereka.
Rakan-pemandu akan disekat dari menggunakan ciri Tempahan Awal jika mereka mengamalkan perkara berikut:
Sila pastikan anda semak butiran tempahan (tarikh, lokasi, & masa pickup) dengan teliti untuk memastikan anda boleh memberi komitmen sebelum menerima Tempahan Awal.
Oleh kerana caj penjadualan telah dimasukkan ke dalam tambang, Bonus Far Pickup tidak terpakai untuk tempahan awal.
Buat masa ini, Tempahan Awal lapangan terbang tersedia seperti berikut:
Ya, seperti Tempahan Awal biasa, anda akan diberikan caj penjadualan (ditanggung oleh penumpang) seperti biasa dan ia telah termasuk dalam tambang. Jumlahnya juga berbeza mengikut jenis perkhidmatan.
Untuk Tempahan Awal dengan pickup di lapangan terbang (hanya tersedia di KLIA Terminal 1 buat masa ini), anda akan menerima pembayaran masa menunggu (RM12 untuk satu jam pertama, RM4 setiap jam untuk jam-jam seterusnya, dan jumlah pembayaran keseluruhan dihadkan pada RM20) jika anda menerima notifikasi kelewatan kurang dari 60 minit sebelum masa pickup asal di lapangan terbang.
Untuk Tempahan Awal dengan drop off di lapangan terbang, pembayaran masa menunggu tersebut tidak diberi.
Untuk Tempahan Awal dengan pickup di lapangan terbang (hanya tersedia di KLIA Terminal 1 buat masa ini), anda TIDAK akan dikenakan penalti untuk pembatalan yang anda lakukan selepas notifikasi kelewatan muncul pada aplikasi pemandu Grab anda.
Jika ada 30 minit lagi sebelum masa pickup yang dijadualkan dan Tempahan Awal anda:
G-02 Ground Floor, Block A,
Axis Business Campus,
No 13A & 13B Jalan 225,
Section 51A, Petaling Jaya,
46100 Selangor.
Business Registration:
MyTeksi Sdn. Bhd. - 201101025619
GrabCar Sdn. Bhd. - 201401013360
1. Campaign period is from 15 January 2022 (12:00am) – 28 February 2022 (11.59pm).
2. GrabPay users are eligible for a “RM8 rebate” in your “My Rewards” when you spend a minimum of RM88 on a single receipt via GrabPay Wallet.
3. The offer of “RM8 rebate” is limited to a total of 62,500 redemptions throughout the campaign period.
4. Offer is valid for TWO (2) in-store redemptions with a cap of ONE(1) redemption per user per day throughout the campaign. Shared across AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness throughout the campaign period.
5. The “RM8 rebate” will be awarded instantly with a minimum transaction of RM88 with GrabPay at all outlets of AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, AEON Wellness; The rebate can be found under “My Rewards”. Rebate must be redeemed by clicking “use now” under “My Rewards” 30 days from the date of issuance.
6. The campaign will cease once all redemptions have been fully awarded or at the expiration of the campaign period, whichever is earlier.
7. Offer is based on a first come first served and while stocks last basis only.
8. Grab and AEON Group shall not be under any obligation to inform users, on any communication channels once the offer has been fully redeemed.
9. Offer is only available for AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness physical stores purchases at cashier counter only via GrabPay Wallet; offer is not applicable for online or GrabMart purchases.
10. Offer is not exchangeable for cash or replacements.
11. Offer is not valid with any other voucher, discount or promotion.
12. Grab and AEON Group reserve the right to alter, extend or terminate the promotion, or amend the terms and conditions at its sole discretion at any time without prior notice. In case of any disputes directly or indirectly arising from the promotion, the decision of Grab and AEON Group shall be final.
13. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and any dispute arising out of or in connection with promotion shall be referred to the exclusive jurisdiction of courts of Malaysia.
14. This rebate is non-transferable to any party.