Memperkenalkan Grab e-Kitchen

Perkhidmatan penghantaran makanan baru semasa bulan puasa

Click here for the English version

[Kemaskini 23 Apr: Kami telah mengemaskini laman ini dengan lokasi e-Kitchen! Rujuk Soalan Lazim untuk info lanjut]

Dalam tempoh penjarakan sosial ini, Grab bakal bekerjasama bersama kerajaan negeri dan majlis perbandaran untuk melancarkan Grab e-Kitchen di Selangor! Mulai 24 April sehingga 23 Mei, rakan-pemandu dan rakan-penghantar GrabFood di Lembah Klang bakal menerima pesanan makanan e-Kitchen, di samping pesanan-pesanan makanan biasa.

Inisiatif ini bertujuan untuk meingkatkan peluang pendapatan kepada rakan-pemandu dan rakan-penghantar semasa bulan puasa, dan pada masa yang sama membantu rakan-niaga tempatan untuk menghantar juadah berbuka puasa kepada pelanggan.

Bagaimana ianya berfungsi?

Anda akan menerima pesanan e-Kitchen seperti pesanan GrabPasar. Anda akan diberikan pesanan dengan lebih daripada satu makanan daripada beberapa rakan-niaga. Pastikan anda tahu perkara-perkara berikut:

  • Makanan akan diletakkan di bawah nama rakan-niaga sekiranya pesanan tersebut mengandungi beberapa makanan daripada lebih dari satu rakan-niaga. Untuk melihat skrin pesanan dengan butiran ini, tekan butang ‘Arrive’ apabila anda sampai di e-Kitchen.
  • Semasa mengambil makanan dari rakan niaga, pastikan anda menyemak ID pesanan.
  • Sebelum meninggalkan e-Kitchen, pastikan anda telah mengambil semua makanan dari semua rakan-niaga.

Langkah-langkah mengambil pesanan e-Kitchen

  • Semasa mengambil pesanan e-Kitchen, anda akan menjalani pemeriksaan suhu sebelum memasuki e-Kitchen. Anda hanya akan dibenarkan masuk sekiranya suhu badan anda menepati syarat. (Kami akan mengehadkan bilangan rakan-pemandu/ rakan-penghantar di e-Kitchen dalam satu masa. Sila patuhi arahan yang diberikan oleh petugas keselamatan)
  • Tekan butang ‘Arrive’ apabila anda sampai ke lokasi rakan-niaga. Ini akan menunjukkan nombor lot jika pesanan tersebut adalah pesanan mix & match. Anda boleh semak peta yang disediakan di pintu masuk untuk mengetahui lokasi setiap rakan-niaga.
  • Semasa mengambil pesanan, pastikan bungkusan makanan tertutup dengan rapi. (Sila minta beg plastik tambahan untuk pesanan yang besar atau berat)
  • Pastikan anda telah mengambil semua makanan di paparan pesanan.

Adakah saya layak untuk menerima pesanan e-Kitchen?

Semua rakan-penghantar dan rakan-pemandu GrabFood di Lembah Klang adalah layak dan boleh mendapat pesanan ini.

Walaubagaimanapun, bagi membantu anda mengendalikan pesanan jenis ini, kami menggalakkan anda untuk melengkapkan latihan di GrabAcademy terlebih dahulu. Tekan butang di bawah untuk mula.


Soalan Lazim

Apa itu Grab e-Kitchen?

Grab e-Kitchen ialah perkhidmatan penghantaran makanan atas permintaan baru. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, kami akan melancarkan perkhidmatan ini untuk meningkatkan peluang pendapatan rakan-pemandu dan rakan-penghantar.

Oleh kerana perkhidmatan ini hanya boleh diakses melalui aplikasi Grab dan tidak menggunakan wang tunai, ia akan memastikan interaksi fizikal yang minimum di antara pembekal juadah Ramadan dan para pelanggan di rumah.

Di manakah lokasi-lokasi e-Kitchen?

Lokasi e-Kitchen di Selangor adalah seperti berikut:

Apakah waktu operasi bagiGrab e-Kitchen?

e-Kitchen bakal beroperasi mulai 2.30pm hingga 6.30pm (pesanan terakhir pada 6pm).  

Bagaimanakah saya akan menerima pesanan e-Kitchen?

Anda bakal menerima pesanan e-Kitchen seperti pesanan GrabPasar. Rakan-penghantar dan rakan-pemandu akan menerima pesanan dengan beberapa makanan dari lebih dari satu rakan-niaga. Pastikan anda mengambil semua makanan di dalam senarai sebelum meninggalkan e-Kitchen.

Di manakah e-Kitchen bakal ditawarkan kepada pelanggan?

Perkhidmatan e-Kitchen hanya akan ditawarkan di Selangor, Lembah Klang.

Apakah struktur insentif untuk perkhidmatan e-Kitchen?

Struktur insentif adalah sama seperti GrabFood.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya satu makanan atau lebih telah kehabisan stok?

Sekiranya satu makanan atau lebih telah kehabisan stok, sila maklumkan kepada kami melalui Khidmat Pelanggan. Kami akan memaklumkan kepada pelanggan untuk pihak anda mengenai pesanan tidak lengkap dan anda boleh terus mengambil makanan yang lain.

Sekiranya SEMUA makanan telah kehabisan stok, sila batalkan pesanan dan pilih sebab “Ada item yang tidak tersedia”

Adakah saya boleh menerima pesanan sekaligus untuk e-Kitchen? Dalam kata lain, adakah terdapatnya kemungkinan untuk saya mengambil lebih dari satu pesanan dalam satu masa?

Ya.

Adakah saya boleh membeli makanan untuk diri sendiri di e-Kitchen semasa mengambil pesanan untuk pelanggan?

Tidak, e-Kitchen hanya dibuka untuk pelanggan yang membeli makanan melalui aplikasi Grab. Anda tidak boleh membeli makanan di e-Kitchen.

Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.

Enjoy 9% (RM8) Rebate at
AEON

  • Valid from 15 Jan 2022 – 28 Feb 2022
  • Minimum spend: RM88
  • Limited to 62,500 redemptions 
  • TWO(2) redemptions per user throughout the campaign

1. Campaign period is from 15 January 2022 (12:00am) – 28 February 2022 (11.59pm).
2. GrabPay users are eligible for a “RM8 rebate” in your “My Rewards” when you spend a minimum of RM88 on a single receipt via GrabPay Wallet.
3. The offer of “RM8 rebate” is limited to a total of 62,500 redemptions throughout the campaign period.
4. Offer is valid for TWO (2) in-store redemptions with a cap of ONE(1) redemption per user per day throughout the campaign. Shared across AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness throughout the campaign period. 
5. The “RM8 rebate” will be awarded instantly with a minimum transaction of RM88 with GrabPay at all outlets of AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, AEON Wellness; The rebate can be found under “My Rewards”. Rebate must be redeemed by clicking “use now” under “My Rewards” 30 days from the date of issuance.
6. The campaign will cease once all redemptions have been fully awarded or at the expiration of the campaign period, whichever is earlier.
7. Offer is based on a first come first served and while stocks last basis only.
8. Grab and AEON Group shall not be under any obligation to inform users, on any communication channels once the offer has been fully redeemed.
9. Offer is only available for AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness physical stores purchases at cashier counter only via GrabPay Wallet; offer is not applicable for online or GrabMart purchases.
10. Offer is not exchangeable for cash or replacements.
11. Offer is not valid with any other voucher, discount or promotion.
12. Grab and AEON Group reserve the right to alter, extend or terminate the promotion, or amend the terms and conditions at its sole discretion at any time without prior notice. In case of any disputes directly or indirectly arising from the promotion, the decision of Grab and AEON Group shall be final.
13. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and any dispute arising out of or in connection with promotion shall be referred to the exclusive jurisdiction of courts of Malaysia.
14. This rebate is non-transferable to any party.