Tip penjagaan diri semasa pandemik

Harungi masa sukar ini dengan tips-tips dari kami

Click here for the English version

Semasa pandemik Covid-19 ini, perasaan resah dan gelisah adalah sesuatu yang normal.

Jika anda mengalami masalah ini, luangkan sedikit masa untuk menjaga kesihatan dan emosi anda dengan mengamalkan tip penjagaan diri di bawah!


Fizikal 💪

  • Rehat: Tidur yang mencukupi penting untuk menjaga kesihatan fizikal dan sistem imun. Dapatkan rehat yang cukup dan pastikan anda tidak berjaga hingga lewat malam kerana menonton siri tv atau filem kegemaran anda!
  • Senaman: Amalan penjarakan sosial tidak sepatutnya menghalang anda dari bersenam. Lakukan senaman ringkas di rumah jika anda tidak mahu bersenam di luar.
  • Ambil angin: Jika boleh, luangkan masa di luar rumah dengan berjalan-jalan di taman terdekat. Perubahan pemandangan boleh membantu tetapi jangan lupa memakai topeng muka!
  • Lembapkan kulit anda: Dalam tempoh ini, ramai di kalangan anda kerap menggunakan cecair pembasmi kuman atau membasuh tangan. Untuk mengelakkan kulit anda daripada kering, gunakan losyen!

Mental 🧠

  • Hiburkan diri: Mendengar muzik adalah salah satu cara yang baik untuk menghiburkan diri! Mainkan lagu kegemaran untuk menceriakan mood anda atau dengar podcast dan anda mungkin akan mempelajari sesuatu yang baru!
  • Nyahaktif: Berita buruk boleh merungsingkan fikiran anda. Oleh itu, matikan telefon pintar atau TV untuk seketika bagi melakukan digital detox. Sebaliknya, lakukan aktiviti yang anda gemari seperti membaca buku, beriadah ataupun berkebun.
  • Berhubung: Penjarakan sosial boleh membuat anda berasa sunyi dan terasing. Di samping menghantar mesej, hubungilah orang tersayang anda untuk bertanya khabar ataupun berborak. Ianya baik untuk kesihatan mental anda!
  • Meditasi: Berehatlah seketika untuk bermeditasi ataupun bersembahyang bagi mengurangkan stress. Senaman pernafasan juga baik untuk menangani perasaan resah!

Nutrisi 🥗

  • Kekal Hidrat: Minumlah air dengan secukupnya untuk kekal hidrat. Kurangkan pengambilan kafein. Sebagai alternatif, minumlah teh!
  • Diet seimbang: Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam pemakanan anda untuk diet yang seimbang. Sukakan snek? Pastikan anda kawal pengambilannya.
  • Memperkaya: Selain diet yang seimbang, ambil makanan tambahan seperti vitamin untuk memperkuatkan lagi sistem imun anda.

Perlukan makanan tambahan? 💊

Mencari vitamin, ubat atau produk kesihatan? Kunjungi kedai CentroMaxx hari ini atau layar laman mereka di sini!


Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.