Tabiat kewangan yang baik untuk berhadapan waktu sukar

1. Buat Bajet Perbelanjaan Anda

Setiap orang memerlukan bajet, tidak kira pendapatan mereka. Senaraikan perbelajaan penting anda, seperti pembayaran sewa atau pinjaman anda, bil eletrik, dan bahan makanan. Kemudian, sertakan sekali dengan langganan yang lain. Setelah kesemuanya disenaraikan, anda boleh mula untuk mengurangkan barang-barang yang mungkin tidak penting. 

2. Elakkan Pembelian Impuls (tidak dirancang)

Anda harus merancang dan hanya membeli apa yang anda perlukan. Buat masa ini, adalah lebih penting untuk menjimatkan setiap ringgit kerana apabila berjimat, anda juga memperoleh balik wang ringgit. 

Buat senarai semak barang yang boleh menjadi keperluan atau kehendak untuk keperluan rumah anda. Dengan berbuat demikian, anda mempunyai senarai keutamaan barang keperluan yang anda perlukan.

3. Bayar Bil Anda Lebih Awal

Apabila anda membayar bil lebih awal, anda mengelak risiko daripada membayar lewat seterusnya dikenakan caj lebihan ataupun paling dashyat, diberi notis pemotongan. 
 
Membayar bil lewat menjejaskan skor kredit anda. Memiliki skor kredit yang tinggi dianggap baik untuk mendapatkan pinjaman daripada bank ataupun institusi kewangan yang lain.

3. Bayar Bil Anda Lebih Awal

Apabila anda membayar bil lebih awal, anda mengelak risiko untuk lupa bayar lewat seterusnya dikenakan caj lewat ataupun paling dashyat, diberi notis pemotongan.
 
Membayar bil lewat menjejaskan skor kredit anda. Memiliki skor kredit yang tinggi dianggap baik bagi kebanyakan bank dan pemberi pinjaman.

4. Nikmati Pembayaran yang Fleksibel

Melakukan pembelian bijak menggunakan kaedah ini memberikan pelbagai faedah seperti potongan rebat dan diskaun yang disediakan oleh platform atau rakan niaga. Ia menawarkan pembayaran yang fleksibel tanpa faedah, tanpa kos pendahuluan, dan tanpa fi selagi anda membayar tepat pada masanya. 

5. Bersedia untuk Segala Kemungkinan 

Manfaatkan peluang keemasan ini untuk menikmati insentif bersubsidi daripada kerajaan di bawah program PenjanaGig oleh Perkeso untuk melindungi anda semasa membuat tugasan penghantaran ataupun menghantar penumpang. Ingin ketahui lebih lanjut? Tekan sini

6. Cari Tawaran Terbaik

Membeli secara pukal dapat menjimatkan wang anda, sama ada barang keperluan yang anda dan keluarga anda kerap gunakan seperti ubat gigi, gel mandian dll.

Nantikan juga jualan promosi bulanan (8.8, 9.9, 10.10, 11.11, 12.12). Pengguna yang bijak juga akan menggabungkannya dengan baucar lain. 

Adakah anda sudah bersedia untuk menjana ringgit anda?

 

Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan