Ramah mesra secara atas talian di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Grab

Siapa kata kita tidak boleh sambut sama-sama walaupun berjauhan?

Click here for the English version

Untuk kebanyakan orang, sambutan Tahun Baru Cina tahun ini rasa sangat berbeza berbanding tahun sebelumnya. Bagi Grab, ini bermakna kami tidak berpeluang untuk beramah mesra dengan keluarga Grab kami secara fizikal seperti selalu.

Walau bagaimanapun, sambutan perayaan tidak akan lengkap jika tidak diraikan bersama-sama! Oleh itu, kami telah mengadakan sambutan pada tahun ini atas talian melalui Rumah Terbuka Tahun Baru Cina. Jika anda tidak berpeluang untuk menghadirinya, ketahui lebih lanjut tentang majlis ini di bawah:

Sambutan penuh ‘Huat’: Mengalu-alukan tahun baru secara maya 🏮

Walaupun sambutan tahun ini dibuat secara maya, ia tetap meriah seperti tahun sebelumnya! Disiarkan secara langsung melalui Kumpulan Facebook Rakan Grab, rumah terbuka ini telah dihadiri oleh Sean Goh dan Rashid Shukor, di mana kedua-duanya sempat memberikan kata-kata penghargaan kepada semua rakan kerana telah banyak berkorban untuk berkhidmat kepada negara.

Di samping itu, kakitangan Grab Driver Centre bersama Driver Representative Committees (DRCs) juga telah memberikan ucapan dengan cara mereka tersendiri. Mereka telah membuat kompilasi video di mana mereka telah melaungkan ‘Gong Xi Fa Cai’ sambil mendoakan keberkatan kepada semua penonton.

Tahniah kepada semua pemenang Anugerah Everyday Heroes Award! Untuk melihat senarai penuh, tekan gambar.

Kami juga telah mengambil peluang ini untuk mengiktiraf beberapa rakan yang telah banyak berbakti pada tahun lepas melalui Anugerah Everyday Heroes. Anugerah ini diberikan bagi menghargai usaha ahli komuniti yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang kepada penumpang dan pelanggan, dengan membantu mereka bergerak dan mendapatkan makanan/barangan dapur dengan selamat. Di samping itu, beberapa penonton juga telah memenangi hadiah! Ihsan penaja, barangan seperti telefon bimbit, baucar petrol, bluetooth earphone, dan barangan Grab yang belum pernah diagihkan telah diberikan sepanjang majlis ini.

Di samping itu, majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan persembahan. Penonton telah dihiburkan dengan permainan muzik daripada rakan-rakan kami yang sungguh berbakat. Sekalung penghargaan buat Raymond Balachandran, Michael Chow Chee Hoong, Mohamad Farid Bin Mohamad Tajudin, dan Mohammad Azlan Bin Said kerana telah menyerikan lagi majlis!

Penghibur yang telah memeriahkan rumah terbuka 🤘

Sebagai penutup, kami sangat berbesar hati kerana masih dapat meraikan sambutan Tahun Baru Cina kali ini bersama anda. Sekali lagi, tahniah kepada semua pemenang Anugerah Everyday Heroes. Anda adalah adiwira kami di jalan raya! Kepada mereka yang telah memenangi hadiah, kami harap anda gembira dengan hadiah yang kami sediakan.

Buat penaja yang telah menjayakan majlis ini, GrabPay, Shell, dan Maxxis Tyres, kami sangat hargai sokongan padu anda. Akhir sekali, terima kasih kepada penonton yang telah bersama kami dari awal hinggalah ke akhir siaran langsung. Selamat tinggal dan jumpa lagi tahun hadapan!


Tidak sempat meraikan tahun baru bersama kami di rumah terbuka? 😢

Jika anda terlepas rumah terbuka kami ini, jangan risau! Tonton rakaman di Kumpulan Facebook Rakan Grab di bawah:

Belum lagi menjadi ahli? Sertai sekarang dengan mengisi butiran anda di sini. Kami akan masukkan anda dalam kumpulan setelah kami sahkan butiran anda!


Membawa pulang perayaan ke rumah sendiri 🍲🎊

Sediakan Yee Sang and lipat tanglung kertas di rumah anda sendiri!

Walaupun perayaan mungkin berbeza tahun ini, namun tradisi masih perlu dikekalkan! Sebelum mengadakan rumah terbuka, kami telah merakam beberapa video tutorial untuk membantu komuniti kami merasai sambil menghargai tradisi Tahun Baru Cina di rumah mereka sendiri!

Sediakan salah satu santapan makan malam perjumpaan tahun baru, Yee Sang, untuk orang tersayang anda atau belajar cara melipat tanglung kertas untuk hiasan rumah melalui video tutorial ini:


Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.

Enjoy 9% (RM8) Rebate at
AEON

  • Valid from 15 Jan 2022 – 28 Feb 2022
  • Minimum spend: RM88
  • Limited to 62,500 redemptions 
  • TWO(2) redemptions per user throughout the campaign

1. Campaign period is from 15 January 2022 (12:00am) – 28 February 2022 (11.59pm).
2. GrabPay users are eligible for a “RM8 rebate” in your “My Rewards” when you spend a minimum of RM88 on a single receipt via GrabPay Wallet.
3. The offer of “RM8 rebate” is limited to a total of 62,500 redemptions throughout the campaign period.
4. Offer is valid for TWO (2) in-store redemptions with a cap of ONE(1) redemption per user per day throughout the campaign. Shared across AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness throughout the campaign period. 
5. The “RM8 rebate” will be awarded instantly with a minimum transaction of RM88 with GrabPay at all outlets of AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, AEON Wellness; The rebate can be found under “My Rewards”. Rebate must be redeemed by clicking “use now” under “My Rewards” 30 days from the date of issuance.
6. The campaign will cease once all redemptions have been fully awarded or at the expiration of the campaign period, whichever is earlier.
7. Offer is based on a first come first served and while stocks last basis only.
8. Grab and AEON Group shall not be under any obligation to inform users, on any communication channels once the offer has been fully redeemed.
9. Offer is only available for AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness physical stores purchases at cashier counter only via GrabPay Wallet; offer is not applicable for online or GrabMart purchases.
10. Offer is not exchangeable for cash or replacements.
11. Offer is not valid with any other voucher, discount or promotion.
12. Grab and AEON Group reserve the right to alter, extend or terminate the promotion, or amend the terms and conditions at its sole discretion at any time without prior notice. In case of any disputes directly or indirectly arising from the promotion, the decision of Grab and AEON Group shall be final.
13. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and any dispute arising out of or in connection with promotion shall be referred to the exclusive jurisdiction of courts of Malaysia.
14. This rebate is non-transferable to any party.