Nikmati Mata Ganjaran Bonus dengan Program Mesra Fuel Savers Grab!

Dibuka untuk rakan-pemandu Silver, Gold & Platinum

Click here for the English version

Sebagai sebahagian daripada komitmen #BetterEveryday Grab, kami akan memperkenalkan Program Mesra Fuel Savers Grab! Program dengan kerjasama Petronas ini akan diperkenalkan untuk membantu mengurangkan kos petrol yang ditanggung oleh rakan-pemandu.

Rakan-pemandu* kini boleh menikmati mata ganjaran bonus di samping 3x mata ganjaran Mesra yang telah dikumpul** setiap kali anda mengisi petrol atau membeli barangan di mana-mana kedai Mesra.  

*Khas untuk rakan-pemandu Silver, Gold & Platinum di seluruh negara
**Leretkan kad Mesra anda untuk mengumpulkan mata ganjaran


Bagaimanakah program ini berfungsi?

Senang sahaja, anda hanya perlu mengisi petrol atau berbelanja di kedai Mesra sehingga mencapai jumlah minimum bulanan untuk layak mendapat mata ganjaran bonus. Anda akan menerima mata ganjaran bonus anda di dalam kad Mesra pada bulan berikutnya. Mata ganjaran tersebut boleh digunakan sebagai rebat untuk pebelanjaan petrol anda! Penerangan lanjut di jadual berikut:


Bagaimanakah untuk saya mendaftar?

  1. Buka aplikasi pemandu Grab anda dan tekan ‘GrabBenefits’
  2. Tekan baucar ‘Grab Fuel Savers Programme’
  3. Tekan ‘Simpan Manfaat Ini’ 
  4. Tekan ‘Gunakan Sekarang’ 
  5. Isi borang dan kemudian tekan ‘Opt in’
  6. Anda boleh mula berbelanja dan dapatkan mata ganjaran bonus anda bulan depan.

 


Soalan Lazim

1. Siapakah yang layak untuk menyertai Program Mesra Fuel Savers Grab?

Semua rakan-pemandu Silver, Gold dan Platinum layak untuk menyertai Program Mesra Fuel Savers Grab. Anda cuma perlu berbelanja sehingga mencapai jumlah minimum bulanan dan anda akan layak menerima mata ganjaran bonus!

2. Apakah perbezaan di antara Program Mesra Fuel Savers Grab yang lama dan yang baru?

Kami telah meningkatkan jumlah mata ganjaran bonus yang akan anda terima selepas anda berbelanja sebanyak RM300 dan RM600. Maklumat lanjut di jadual berikut:

3: Di mana saya boleh mendapatkan Kad Mesra?

Sila kunjungi mana-mana stesen PETRONAS untuk mendaftar bagi mendapatkan Kad Mesra.

4: Bagaimanakah saya boleh layak mendapatkan mata ganjaran bonus?

Rakan-pemandu MESTI meleretkan Kad Mesra untuk setiap pengisian atau pembelian di Kedai Mesra.

Apabila anda telah berbelanja sebanyak RM300 atau RM600, mata ganjaran bonus akan dikreditkan ke dalam Kad Mesra anda secara automatik pada bulan seterusnya.

5: Adakah saya akan mendapat mata ganjaran untuk perbelanjaan di kedai Mesra?

Selain pembelian petrol, anda juga layak untuk menerima mata ganjaran untuk pembelian barangan lain di kedai Mesra KECUALI semua pembelian tambah nilai, rokok dan barangan lain yang tidak layak untuk mata ganjaran.

6: Adakah semua stesen Petronas terlibat dengan program ini?

Semua stesen petronas di seluruh negara terlibat dengan program ini.

7: Bagaimana jika saya terlupa untuk meleret kad semasa pembelian?

Jika anda terlupa untuk meleretkan kad anda, anda akan tidak dapat mengumpulkan mata ganjaran untuk pembelian tersebut.

8: Bilakah mata ganjaran bonus akan dikreditkan ke dalam Kad Mesra saya?

Anda akan menerima mata ganjaran bonus anda pada bulan seterusnya.  

9: Jika saya opt in pada 10 Januari, dari bilakah perbelanjaan saya akan mula dikira?

Perbelanjaan anda akan dikira bermula dari 1 Januari sehingga 31 Januari. Jika anda mencapai jumlah perbelanjaan minimum bulanan pada bulan Januari, anda akan menerima mata ganjaran bonus anda pada bulan Februari.

10. Saya telah menggantikan kad Mesra saya yang hilang dengan kad Mesra yang baru. Bagaimana untuk saya mengemaskini nombor kad Mesra saya yang baru untuk program ini?

Sila hantarkan nombor kad baru anda melalui Pusat Khidmat Pelanggan. Sila tekan pautan di bawah:

https://help.grab.com/driver/en-my/115015914128-I-have-other-inquiries-about-GrabAllStars

 

Sila tekan sini untuk terma dan syarat.