Piala Grab: PUBG Mobile

Meraikan kemeriahan pertandingan sukan rasmi pertama kami!

Click here for the English version

Di Grab, kami percaya bahawa aktiviti seperti sukan dan permainan video boleh mengeratkan hubungan di dalam sebuah komuniti. Oleh itu, kami telah menganjurkan Piala Grab, pertandingan rasmi kami pada bulan lepas, khas untuk rakan-pemandu dan rakan-penghantar.

Untuk Piala Grab yang pertama, kami telah menjemput rakan Grab untuk beraksi di medan pertempuran atas talian PUBG Mobile, iaitu satu permainan video popular dalam kalangan komuniti Grab.

Pertarungan untuk menjadi juara ⚔️

Winner winner chicken dinner: antara aksi-aksi hebat semasa Piala Grab berlangsung!

Dalam pertandingan ini, rakan-pemandu dan rakan-penghantar telah berganding bahu bersama ahli pasukan masing-masing dan bersaing di dalam permainan video PUBG Mobile dengan format battle royale”. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 peringkat yang melibatkan 127 pasukan di mana setiap pasukan dianggotai oleh 4 orang pemain aktif.

Pada Peringkat Kumpulan yang berlangsung selama 5 hari, pasukan-pasukan dibahagikan kepada 8 kumpulan dan bertarung sesama sendiri dalam 3 pusingan. 16 pasukan terbaik, dengan mata tertinggi di peringkat ini kemudiannya bertanding di Peringkat Akhir bagi merebut peluang untuk menjadi 5 pasukan terbaik yang kami cari.

16 pasukan terbaik yang bertanding di Peringkat Akhir!

Di penghujung Peringkat Akhir, Pasukan 118 (terdiri daripada 3 rakan-pemandu Johor Bahru dan 1 rakan-penghantar Lembah Klang) telah dinobatkan sebagai juara, meraih 105 mata dan memenangi hadiah bernilai lebih RM17,900! Bukan itu sahaja, kami juga telah memberikan ganjaran kepada pemain-pemain dengan ‘killtertinggi untuk setiap perlawanan. Pemain-pemain ini diberikan hadiah istimewa dan juga dianugerahkan gelaran “Top Predator”.

Di samping itu, kami telah menyiarkan perlawanan peringkat akhir secara langsung di kumpulan Facebook rasmi Rakan Grab dan Rakan Penghantar Grab. Rakan yang tidak berpeluang untuk menyertai pertandingan telah dapat menonton dan menyokong pasukan kegemaran mereka sambil mendengar ulasan daripada hos kami, Yonny dan Emi. Selain daripada menyaksikan kehebatan pemain-pemain, penonton yang bertuah juga telah memenangi hadiah eksklusif melalui sesi giveaway kami.

Antara hadiah yang diberikan semasa sesi giveaway

Sebagai penutup, kami ingin mengucapkan tahniah kepada 5 pasukan terbaik di atas pencapaian mereka. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Celcom, penaja utama kami yang telah membantu menjayakan Piala Grab tahun ini.

Kepada semua pemain dan juga penonton, terima kasih di atas sokongan padu anda. Jumpa lagi pada tahun hadapan!

Ingin memberikan maklum balas anda? Kongsikannya di sini!


Terlepas siaran langsung Peringkat Akhir? 📺

Jika anda tidak sempat untuk menonton siaran langsung, anda boleh menonton rakamannya dalam Kumpulan Facebook Rakan Grab kami! Tekan sini untuk menyertai kumpulan. Setelah anda masuk, tekan butang ‘play’!


Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.

Enjoy 9% (RM8) Rebate at
AEON

  • Valid from 15 Jan 2022 – 28 Feb 2022
  • Minimum spend: RM88
  • Limited to 62,500 redemptions 
  • TWO(2) redemptions per user throughout the campaign

1. Campaign period is from 15 January 2022 (12:00am) – 28 February 2022 (11.59pm).
2. GrabPay users are eligible for a “RM8 rebate” in your “My Rewards” when you spend a minimum of RM88 on a single receipt via GrabPay Wallet.
3. The offer of “RM8 rebate” is limited to a total of 62,500 redemptions throughout the campaign period.
4. Offer is valid for TWO (2) in-store redemptions with a cap of ONE(1) redemption per user per day throughout the campaign. Shared across AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness throughout the campaign period. 
5. The “RM8 rebate” will be awarded instantly with a minimum transaction of RM88 with GrabPay at all outlets of AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, AEON Wellness; The rebate can be found under “My Rewards”. Rebate must be redeemed by clicking “use now” under “My Rewards” 30 days from the date of issuance.
6. The campaign will cease once all redemptions have been fully awarded or at the expiration of the campaign period, whichever is earlier.
7. Offer is based on a first come first served and while stocks last basis only.
8. Grab and AEON Group shall not be under any obligation to inform users, on any communication channels once the offer has been fully redeemed.
9. Offer is only available for AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness physical stores purchases at cashier counter only via GrabPay Wallet; offer is not applicable for online or GrabMart purchases.
10. Offer is not exchangeable for cash or replacements.
11. Offer is not valid with any other voucher, discount or promotion.
12. Grab and AEON Group reserve the right to alter, extend or terminate the promotion, or amend the terms and conditions at its sole discretion at any time without prior notice. In case of any disputes directly or indirectly arising from the promotion, the decision of Grab and AEON Group shall be final.
13. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and any dispute arising out of or in connection with promotion shall be referred to the exclusive jurisdiction of courts of Malaysia.
14. This rebate is non-transferable to any party.