Pertolongan Kecil, Besar Impaknya
Click here for the English version
Sebagai rakan-pemandu yang sedang bekerja, anda ingin memenuhi keperluan penumpanganda; mengambil mereka dari lokasi A ke lokasi B. Walau bagaimanapun, anda mungkin akan mendapat penumpang yang mempunyai kecacatan fizikal. Untuk memastikan pengalaman mereka adalah selesa, penumpang ini memerlukan lebih perhatian dan penjagaan.
Tekan sini untuk berkongsi video ini dengan Whatsapp
Tanya Sebelum Memberi Bantuan
Sentiasa tawarkan bantuan. Meskipun demikian, kami tidak sepatutnya melakukan sesuatu tanpa bertanya atau menunjukkan bahawa kami hendak membantu terlebih dahulu. Menghormati sempadan seseorang amat penting.
Membantu Penumpang Pekak
Anda harus pandang terus kepada penumpang dan bercakap dengan nada biasa. Jangan menganggap anda tidak boleh berkomunikasi dengan penumpang pekak; mereka mungkin sedang membaca bibir anda. Anda boleh menolong berkomunikasi dengan lebih baik dengan menulis di atas sekeping kertas; menulis kata-kata yang mudah dan senang difahami. Bersabar kerana mereka juga cuba memahami anda.
Membantu Penumpang Buta
Tawarkan bantuan dengan bertanya bagaimana anda boleh membantu kerana hanya mereka memahami apa yang terbaik untuk keperluan mereka. Berikan arahan yang jelas kepada penumpang supaya mereka dapat memahami dengan lebih senang. Sebagai contoh, “tangga adalah 5 langkah ke depan di sebelah kiri”.
Membantu Penumpang yang Kecacatan Fizikal
Letakkan kereta anda dalam keadaan yang paling mudah dinaiki oleh penumpang anda. Sentiasa meminta kebenaran penumpang sebelum menyentuh bantuan mobiliti mereka (kerusi roda, tongkat dan lain-lain). Berhati-hati dengan bantuan mobiliti mereka kerana peralatan tersebut amat penting kepada mereka. Apabila anda membantu penumpang anda berjalan ke kereta, jangan tergesa-gesa; ikuti kelajuan mereka.
Ganjaran GrabAllStars – Info Bulanan
GrabAllStars adalah sebuah program yang memberikan faedah tambahan kepada rakan-pemandu dengan pelbagai pilihan daripada pelbagai rakan-niaga Grab. Ini termasuk harga yang berpatutan bagi perkhidmatan untuk mengurangkan perbelanjaan harian anda.
Berikut adalah antara ganjaran yang menarik untuk ditebus pada bulan ini:
Berita Terkini dan Ciri-ciri Baharu
Pengemaskinian GrabCorner
Kini, anda boleh membuat lebih banyak lagi dengan GrabCorner — kami telah menambah beberapa bahagian baru seperti mengetahui waktu solat yang seterusnya dan berkongsi pandangan anda melalui soalan kaji selidik dari masa ke masa!
Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.