Menu Driver Sign-Up

Gunakan masa di dalam kereta dengan sepenuhnya

Bosan dengan muzik yang sama di radio?

Click here for the English version

Sekiranya anda ingin membaca buku atau mempelajari benda baharu, anda boleh cuba buku audio dan podcast! Dengan buku audio/ podcast, anda boleh mengakses pelbagai buku audio dan podcast menggunakan beberapa aplikasi di dalam telefon bimbit anda. Mudah sahaja, pastikan telefon bimbit anda telah dihubungkan dengan kereta anda dan anda boleh terus mendengar!

Buku Audio

Spotify

Spotify bukan sekadar aplikasi untuk anda strim muzik. Buka aplikasi Spotify dan tekan ‘Semak Imbas’ dan pergi ke bahagian bawah sehingga anda melihat bahagian ‘Word’ yang akan memberikan anda akses ke kandungan bukan muzik. Di sini, anda boleh menikmati buku versi audio seperti buku kelas, cerpen, puisi dan sebagainya. Anda juga boleh mempelajari bahasa asing seperti Bahasa Arab dan Perancis daripada koleksi bahasa Spotify.

* Aplikasi boleh dimuat turun daripada Apple App Store dan Google Play Store

Blinkist

Jika anda lebih gemar untuk mendengar versi pendek sesebuah buku, aplikasi Blinkist adalah pilihan terbaik untuk anda. Aplikasi Blinkist akan meringkas idea penting daripada lebih 2,000 buah buku bukan fiksyen yang terlaris dalam subjek pemasaran, kewangan & pelaburan, sejarah, perkembangan peribadi dan lain-lain. Pelan percuma akan memberikan anda akses kepada satu buku yang dipilih secara automatik dalam satu hari. Buku ini boleh dibaca dan didengar dalam tempoh masa 15 minit.

* Aplikasi boleh dimuat turun daripada Apple App Store dan Google Play Store

Podcast

Stitcher

Strim lebih daripada 100,000+ podcast yang merangkumi pelbagai kategori seperti masyarakat dan budaya, sains & perubatan, berita & politik dan lain-lain lagi. Anda boleh muat turun aplikasi dan dengar podcast secara percuma. Namun, versi premium aplikasi ini berharga USD4.99/sebulan akan memberikan anda lebih banyak akses kepada kandungan bebas iklan, podcast premium, episod bonus dan banyak lagi.

* Aplikasi boleh dimuat turun daripada Apple App Store dan Google Play Store


Program Save with Grab

Kepada rakan-pemandu yang telah berjaya opt in ke dalam Program Save with Grab, jangan lupa untuk membuat caruman ke KWSP agar anda boleh menikmati sehingga 3 kali lebih banyak simpanan persaraan!

Jika anda tidak berpeluang untuk opt in, jangan risau! Anda boleh melakukannya pada kitaran seterusnya tahun hadapan untuk mendapatkan sumbangan tambahan daripada Grab. Tekan di sini untuk maklumat lanjut.

*Tertakluk kepada terma dan syarat