Menu Driver Sign-Up

Dapatkan sehingga 3x lebih banyak simpanan persaraan*!

Opt in ke Program Save with Grab

Click here for the English version

Sebagai salah satu inisiatif Better365, kami akan bekerjasama dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membantu rakan-pemandu dengan simpanan persaraan anda!

Mulai 16 Ogos 2018, kami akan memperkenalkan Program Save with Grab, eksklusif untuk rakan-pemandu bekerja sendiri berstatus Gold dan Platinum yang membuat caruman ke akaun KSWP di bawah i-Saraan.

Apa itu i-Saraan?

Program Save with Grab akan memberikan rakan-pemandu sumbangan tambahan 5% daripada Grab jika pemandu mengekalkan status Gold atau Platinum!

Cara program ini berfungsi

Contoh:

Kitaran 1: Julai 2018 – Disember 2018

Kitaran 2: Januari 2019 – Julai 2019

Nota Penting:

  1. Sumbangan 5% Grab adalah tertakluk kepada status GrabAllStars rakan-pemandu untuk tempoh 4 daripada 6 bulan.
  2. Sumbangan 5% Grab akan dimasukkan ke dalam akaun KWSP pada bulan Januari & Julai manakala sumbangan 15% kerajaan akan dimasukkan pada bulan Mac & September.
  3. Sumbangan 15% daripada Kerajaan and 5% daripada Grab hanya tertakluk untuk pemandu berumur 55 tahun ke bawah.
  4. Pembayaran sumbangan Grab akan dilakukan setiap 6 bulan iaitu satu kitaran  (Januari – Jun & Julai – Disember).
  5. Caruman yang disyorkan untuk mendapat RM330 selepas 2 kitaran adalah RM1,680.

Berapa banyakkah simpanan persaraan yang boleh saya dapat dalam masa 10 tahun?

Bagaimanakah cara untuk opt in ke dalam Program Save with Grab?

  1. Pastikan anda mempunyai mendaftarkan untuk i-Saraan di mana-mana kaunter KWSP.
  2. Log masuk ke dalam akaun anda di GrabAllStars.com.
  3. Opt in baucar Program Save with Grab.
  4. Isi nombor KWSP anda. Akui terma & syarat dan hantar.
  5. Anda boleh mula mencarum melalui i-Saraan setelah mendaftar dan kekalkan status Gold atau Platinum.

Bagaimanakah saya boleh layak untuk mendapat sumbangan 5% daripada Grab?

  1. Buat caruman ke akaun KSWP di bawah i-Saraan.
  2. Kekalkan status Gold/Platinum untuk 4 daripada of 6 bulan (Julai – Disember)
  3. Rakan-pemandu yang tidak layak untuk menerima sumbangan 15% daripada Kerajaan tidak layak menerima sumbangan 5% daripada Grab

Soalan Lazim

Saya belum lagi mendaftar untuk i-Saraan. Apakah yang saya perlu lakukan?

Anda boleh berkunjung ke mana-mana kaunter KWSP untuk mendaftar. Setelah anda mendaftar, anda boleh mula mencarum ke EPF akaun melalui i-Saraan.

Berapa lamakah tempoh satu kitaran?

Satu kitaran akan berlangsung selama 6 bulan (Januari – Jun, Julai – Disember). Sebaliknya, oleh kerana ini merupakan kitaran pertama, ia akan berlangsung dari Ogos – Disember 2018 dan rakan-pemandu harus mengekalkan status Gold atau Platinum GrabAllStars selama 4 daripada 5 bulan.

Bilakah tarikh terakhir untuk opt-in ke dalam program ini?

Rakan-pemandu perlu opt-in sebelum 30 September 2018.

Bagaimanakah sumbangan penuh RM330 akan dimasukkan ke dalam akaun KWSP saya?

Sumbangan penuh RM330 akan dimasukkan ke dalam akaun KWSP dalam tempoh masa 3 bulan selepas berakhirnya Kitaran 1 dan Kitaran 2.

Saya mencarum ke akaun KWSP saya di bawah iSaraan. Adakah saya layak menerima sumbangan 5% daripada Grab?

Rakan-pemandu masih perlu mendapat dan mengekalkan status Gold atau Platinum dalam GrabAllStars untuk layak menerima sumbangan 5% daripada Grab. Pemandu juga perlu menghantar nombor KWSP yang sah kepada GrabAllStars.com.

Bolehkah saya mendaftar untuk i-Saraan jika saya mempunyai sumbangan bulanan daripada majikan saya?

i-Saraan adalah sebuah program yang dibuka untuk semua rakyat Malaysia yang memenuhi kriteria. Rakan-pemandu yang mencarum di bawah i-Saraan secara sukarela boleh berbuat demikian tetapi tidak akan menerima sumbangan 15% daripada kerajaan dan sumbangan 5% daripada Grab.

Apakah had umur untuk program ini?

Program Save with Grab Programme ini hanya dibuka untuk semua rakan-pemandu yang bekerja sendiri berumur 55 tahun ke bawah.

Untuk terma & syarat, tekan di sini.

Liputan media:

https://www.thestar.com.my/tech/tech-news/2018/08/09/grab-mou-with-epf-lets-drivers-save/

https://paultan.org/2018/08/10/epf-grab-sign-mou-to-promote-i-saraan-to-drivers/

http://www.sinchew.com.my/node/1782646