GrabForGood: Break the silence to empower lives

Janji kami untuk menyokong rakan berlainan keupayaan!

Click here for the English version

Sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk menjadikan platform Grab lebih inklusif, kami telah mengadakan majlis Grab For Good buat julung-julung kalinya dengan sokongan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) pada bulan lepas! Bertujuan untuk memperkasakan rakan kami yang menggunakan platform Grab sebagai sumber rezeki di samping meraikan semangat & keazaman mereka, majlis ini telah dihadiri oleh lebih 350 rakan-pemandu, rakan-penghantar, dan rakan-niaga berlainan upaya!

Grab juga telah melancarkan beberapa inisiatif dan ciri baharu untuk membuat platform kami lebih terbuka! Ketahui lebih lanjut dengan merujuk di bawah:

1. Ciri SOS Dalam Aplikasi & Live Chat Support*

Platform Grab kini lebih selamat untuk rakan kami! Memperkenalkan Ciri SOS Dalam Aplikasi yang membolehkan rakan berlainan keupayaan untuk menghantar SMS automatik yang mengandungi lokasi mereka kepada keluarga mereka, dan juga memaklumkan pihak polis.

Kami juga akan menyediakan ciri Live Chat Support kepada rakan-pemandu pekak agar mereka boleh berkomunikasi dengan pihak Grab jika berlakunya sebarang kecemasan dan kemalangan.

*Hanya untuk rakan berlainan keupayaan

2. Bahan dalam kereta & dalam restoran

Untuk melancarkan lagi komunikasi isyarat, kami akan menambahbaik bahan dalam kereta yang sedia ada untuk rakan-pemandu! Pada mulanya dilancarkan tahun lepas, bahan ini kini akan mengandungi kad flip khas untuk rakan-pemandu pekak agar mereka boleh menggunakkannya untuk berkomunikasi dalam perkara seperti laluan navigasi dan caj tol.

Rakan-penghantar dan rakan-restoran juga akan menerima sokongan yang sama! Tahun ini, rakan-restoran akan menerima kad flip dengan soalan dan ungkapan lazim. Rakan-penghantar pekak pula akan diberikan poket telefon bimbit dengan kad yang mengandungi ungkapan yang biasa digunakan dalam urusan seharian mereka.

3. Kesedaran Penumpang & Rakan-Pemandu

Untuk meningkatkan lagi tahap kesedaran dalam kalangan penumpang, kami telah melancarkan video tutorial bahasa isyarat dalam aplikasi Grab! Untuk menonton, lancarkan aplikasi app dan skrol di bawah. Sekalung penghargaan kepada Encik Haymasuthan A/L Periasamy, Driver Representative Committee (DRC) pekak kerana telah bekerjasama untuk merealisasikan inisiatif ini!

Selain itu, kami juga akan mengendalikan latihan khusus untuk melalui GrabAcademy mengenai cara-cara untuk membantu penumpang berlainan upaya seperti penumpang yang menggunakan kerusi roda.

4. Sokongan Driver Representative Committee (DRC)

Dengan bilangan rakan berlainan upaya yang semakin meningkat di platform Grab, kami telah melantik sebahagian daripada mereka sebagai Driver and Deliver-Partner Representative Committee (DRC). Sebagai Driver Rep, rakan-rakan ini akan menghubungkan Grab dengan komuniti rakan-pemandu dan rakan-penghantar bagi memudahkan kami untuk mendapatkan maklum balas mereka mengenai platform kami.

Untuk maklumat lanjut tentang Driver and Delivery-Partner Representative Committee (DRC), tekan di sini.

5. Lebih Pendedahan untuk Rakan Grab

Untuk membantu rakan berlainan keupayaan, kami akan mempamerkan perniagaan mereka di dalam GrabFood dan GrabPay. Dengan ini, pelanggan kami boleh mengetahui lebih lanjut dan bantu mereka berkembang melalui aplikasi Grab!

Rakan-restoran ini termasuk The Bassment Cafe, Deaf-In-Business (DIB) Restaurant dan RC Deaf Missions Malaysia. Nantikan lebih banyak lagi pada masa terdekat!

Akhir kata, selari dengan matlamat kami untuk membantu rakan-rakan kami dan menyediakan peluang sama rata kepada semua di platform kami, kami akan berusaha lebih keras lagi untuk menjadikan platform Grab lebih insklusif. Kami ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Liqui Moly, Starbucks & Hospital Colombia Asia Klang di atas tajaan hadiah cabutan bertuah!

Jika anda tidak berpeluang untuk menghadiri majlis ini, jangan risau! Nantikan lebih banyak lagi pada masa akan datang.


Kemaskini dan Ciri Baru!

Cashless Midnight

Untuk menjamin keselamatan rakan-pemandu, hanya tempahan tanpa tunai akan diberikan pada masa di antara 2AM hingga 6AM, kecuali untuk tempahan JustGrab (for Airport) dan GrabCar Exec (for Airport). Ini bermaksud tempahan yang ditempah pada masa ini hanya akan boleh dibayar melalui GrabPay Wallet atau Debit/Credit card.

*Ciri ini akan dilaksanakan secara berperingkat kepada semua penumpang di Lembah Klang mulai akhir bulan October.


Ganjaran GrabBenefits – Info Bulanan

GrabBenefits adalah sebuah program yang memberikan faedah tambahan kepada rakan-pemandu dengan pelbagai pilihan ganjaran daripada rakan-niaga Grab. Ini termasuk harga yang lebih rendah untuk perkhidmatan terpilih yang akan membantu mengurangkan perbelanjaan harian anda. Hanya layari GrabBenefits di dalam aplikasi pemandu anda untuk mengetahui ganjaran yang ada.

Berikut adalah antara ganjaran menarik untuk ditebus pada bulan ini:

 

Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.

Enjoy 9% (RM8) Rebate at
AEON

  • Valid from 15 Jan 2022 – 28 Feb 2022
  • Minimum spend: RM88
  • Limited to 62,500 redemptions 
  • TWO(2) redemptions per user throughout the campaign

1. Campaign period is from 15 January 2022 (12:00am) – 28 February 2022 (11.59pm).
2. GrabPay users are eligible for a “RM8 rebate” in your “My Rewards” when you spend a minimum of RM88 on a single receipt via GrabPay Wallet.
3. The offer of “RM8 rebate” is limited to a total of 62,500 redemptions throughout the campaign period.
4. Offer is valid for TWO (2) in-store redemptions with a cap of ONE(1) redemption per user per day throughout the campaign. Shared across AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness throughout the campaign period. 
5. The “RM8 rebate” will be awarded instantly with a minimum transaction of RM88 with GrabPay at all outlets of AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, AEON Wellness; The rebate can be found under “My Rewards”. Rebate must be redeemed by clicking “use now” under “My Rewards” 30 days from the date of issuance.
6. The campaign will cease once all redemptions have been fully awarded or at the expiration of the campaign period, whichever is earlier.
7. Offer is based on a first come first served and while stocks last basis only.
8. Grab and AEON Group shall not be under any obligation to inform users, on any communication channels once the offer has been fully redeemed.
9. Offer is only available for AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness physical stores purchases at cashier counter only via GrabPay Wallet; offer is not applicable for online or GrabMart purchases.
10. Offer is not exchangeable for cash or replacements.
11. Offer is not valid with any other voucher, discount or promotion.
12. Grab and AEON Group reserve the right to alter, extend or terminate the promotion, or amend the terms and conditions at its sole discretion at any time without prior notice. In case of any disputes directly or indirectly arising from the promotion, the decision of Grab and AEON Group shall be final.
13. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and any dispute arising out of or in connection with promotion shall be referred to the exclusive jurisdiction of courts of Malaysia.
14. This rebate is non-transferable to any party.