Program Grab Mesra Fuel Savers

Nikmati rebat petrol sehingga RM37 apabila anda berbelanja di stesen Petronas!

Click here for the English version

Sebagai sebahagian daripada inisiatif kami untuk mengurangkan beban kos petrol anda, kami telah bekerjasama dengan Petronas untuk memberikan rebat petrol melalui Program Grab Mesra Fuel Savers.

Dari 1 Ogos 2020 hingga 31 Julai 2021, rakan-pemandu dan rakan-penghantar berstatus Silver, Gold & Platinum di seluruh negara akan menerima mata ganjaran Mesra tambahan yang boleh digunakan sebagai rebat petrol, dengan berbelanja* di mana-mana stesen Petronas!

*Leret kad Mesra untuk layak mendapatkan mata ganjaran Mesra


Bagaimana cara program ini berfungsi?

Capai jumlah perbelanjaan bulanan minimum dengan mengisi minyak atau berbelanja di Kedai Mesra untuk menerima mata ganjaran Mesra di samping mata ganjaran 3x biasa pelanggan Petronas terima.

Setelah anda capai jumlah perbelanjaan minimum, mata ganjaran Mesra tambahan akan dikreditkan ke dalam kad Mesra anda pada bulan seterusnya dan anda boleh guna mata ini sebagai rebat petrol

Berikut adalah struktur rebat:

Untuk terma & syarat, tekan di sini.


Bagaimanakah cara untuk mendaftar ke program ini*?

  1. Kunjungi bahagian GrabBenefits dalam aplikasi pemandu anda
  2. Cari ‘Grab Fuel Savers Programme
  3. Tekan ‘Opt-in’ (anda hanya perlu opt in sekali sahaja)
  4. Masukkan nombor kad Mesra
  5. Tekan ‘Hantar’

*Jika anda telah opt in sebelum ini, anda tidak perlu lakukannya lagi. Belanja di stesen Petronas dan nikmati rebat petrol mulai 1 Ogos 2020!


Soalan Lazim

1. Siapakah yang layak untuk menyertai Program Mesra Fuel Savers Grab?

Semua rakan-pemandu & rakan-penghantar berstatus Silver, Gold dan Platinum layak untuk menyertai Program Mesra Fuel Savers Grab. Anda cuma perlu berbelanja jumlah minimum bulanan RM100, RM450 atau RM80 untuk layak menerima mata ganjaran Mesra tambahan!

2. Saya tidak mempunyai kad Mesara. Dimanakah boleh saya dapatkan kad ini?

Anda boleh dapatkan kad Mesra di mana-mana stesen Petronas.

3. Apakah yang saya perlu lakukan untuk layak mendapatkan mata ganjaran tambahan?

Untuk layak, anda MESTI leret kad Mesra untuk setiap kali anda mengisi minyak atau berbelanja di Kedai Mesra.

Setelah anda capai jumlah bulnana minimum RM100, RM450 atau RM800, mata ganjaran tambahan akan dikreditkan secara automatik ke dalam kad Mesara anda pada bulan seterusnya. Setelah dikreditkan,anda boleh gunakan mata ini sebagai rebat petrol apabila anda mengisi minyak.

4. Adakah saya akan mendapat mata ganjaran untuk perbelanjaan di kedai Mesra?

Ya, pembelian barangan lain di Kedai Mesra KECUALI semua pembelian tambah nilai, rokok dan barangan lain yang tidak layak untuk mata ganjaran.

5. Adakah semua stesen Petronas terlibat dalam program ini?

Ya, semua stesen Petronas di seluruh negara terlibat dengan program ini.

6. Bolehkah saya dapatkan mata jika saya terlupa untuk leret Kad Mesra semasa berbelanja?

Malangnya, jika anda terlupa untuk leretkan kad anda, anda akan tidak akan dapat mata ganjaran. Sila leret Kad Mesra untuk layak menerima mata ganjaran Mesra.

7. Bilakah mata ganjaran bonus akan dikreditkan ke dalam Kad Mesra saya?

Mata ganjaran yang diterima akan dikreditkan pada bulan yang seterusnya.

8. Jika saya opt in pada 10 Januari, dari tempoh bilakah perbelanjaan saya akan mula dikira?

Perbelanjaan anda akan dikira bermula dari 1 Januari dan akan berakhir pada 31 Januari. Jika anda mencapai jumlah perbelanjaan minimum bulanan pada bulan Januari, anda akan menerima mata ganjaran bonus anda pada bulan Februari.

9.Saya telah menggantikan kad Mesra saya yang hilang dengan kad Mesra yang baru. Bagaimana untuk saya mengemaskini nombor kad Mesra saya yang baru untuk program ini?

Sila hantarkan nombor kad baru anda melalui Pusat Khidmat Pelanggan. Sila rujuk pautan di bawah:

https://help.grab.com/driver/en-my/360030903651-I-have-lost-my-Mesra-card


Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.