Click here for English version
Menjelang hari raya, ramai di kalangan anda bakal pulang ke kampung halaman.
Kepada yang akan memandu, kami ingin mengingatkan anda untuk memastikan kenderaan anda berada dalam keadaan yang baik untuk perjalanan jauh supaya anda kekal selamat di jalan raya pada musim perayaan ini.
Tekanan Angin Tayar
Jika anda mula mengalami kesukaran untuk mengendalikan stereng anda dengan lancar, atau kereta anda mula kelihatan lebih rendah daripada kebiasaan, masanya telah tiba adalah untuk anda berkunjung ke stesen minyak dan mengisi angin tayar kereta anda. Anda boleh merujuk kepada jumlah psi yang disyorkan di pintu sebelah pemandu atau di dalam manual pengguna.
Brek kereta
Brek adalah antara bahagian yang paling penting di dalam sebuah kereta dalam memastikan keselamatan pemandu dan penumpang. Perhatikan keadaan brek kereta melalui celahan rim tayar atau dengar jika brek anda mengeluarkan bunyi nyaring semasa anda memberhentikan kenderaan
Minyak Enjin
Pastikan kereta anda tidak tersadai di tepi jalan pada musim perayaan ini disebabkan masalah enjin terlalu panas. Pastikan minyak enjin anda sentiasa cukup dan bersih supaya suhu enjin anda sentiasa terkawal terutamanya untuk perjalanan yang jauh. Periksa tahap minyak enjin anda menggunakan dipstick dan tambahkan minyak ke dalam enjin jika perlu.
Jadualkan penyelenggaran kereta
Anda juga digalakkan untuk menghantar kereta untuk penyelenggaran bagi mengelakkan kenderaan anda dari mengalami kerosakan semasa perjalanan yang jauh. Pastikan anda mengambil langkah-langkah di atas sebelum memulakan perjalanan anda ke kampung untuk memastikan kenderaan anda berada dalam keadaan yang terbaik. Jadikan keselamatan anda dan orang yang tersayang keutamaan utama anda di musim perayaan ini.
Sekiranya anda ingin teruskan menjana pendapatan dengan Grab sementara berada di bandar yang berlainan, ciri Multi-city Support membolehkan anda menerima tempahan di seluruh Malaysia*, termasuk kampung halaman anda.
*Tertakluk kepada terma & syarat
Bazar Ramadan 2019 #LebihEratLebihBerkat
Kami telah menawarkan makanan dan minuman percuma kepada rakan-pemandu & rakan-penghantar di Bazar Ramadan di seluruh negara. Sesetengah rakan-penghantar juga telah menerima pemberian Kurma sementara menunggu untuk mengambil makanan daripada rakan niaga Grab.
Naik Taraf Profil Pemandu Baru
Kini anda boleh melihat penilaian semasa dan tip untuk meningkatkan penilaian pemandu anda di bahagian profil. Dapatkan lencana dengan pencapaian baru anda dan ketahui pandangan penumpang terhadap anda. Dengan ciri baru ini, anda akan dapat memastikan bahawa penumpang anda berpuas hati dengan perkhidmatan anda untuk setiap trip.
Sila kemaskini aplikasi pemandu anda kepada versi terkini untuk menikmati ciri baru ini.
Ganjaran GrabAllStars – Info Bulanan
GrabAllStars adalah sebuah program yang memberikan faedah tambahan kepada rakan-pemandu dengan pelbagai pilihan ganjaran daripada rakan-niaga Grab. Ini termasuk harga yang lebih rendah untuk perkhidmatan terpilih yang akan membantu mengurangkan perbelanjaan harian anda.
Berikut adalah antara ganjaran menarik untuk ditebus pada bulan ini:
Untuk rakan-pemandu Lembah Klang, anda boleh menebus ganjaran ini melalui GrabBenefits.
Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.