Menu Driver Sign-Up

Ciri Number Masking

Click for the English version

Grabbers yang dihormati, kami teruja untuk mengumumkan berita tentang ciri Number Masking (Pelindung Nombor) terkini, untuk mempertingkatkan lagi keselamatan platform kami. Number Masking akan memastikan nombor telefon anda tersembunyi apabila memanggil penumpang anda.

Bersama GrabChat, iaitu alat mesej dalam aplikasi kami, ini akan membantu anda untuk:

  • Mempunyai ketenangan fikiran yang lebih baik: Melindungi privasi anda dan penumpang
  • Meringankan beban pada dompet anda: Meningkatkan pengalaman dan mengurangkan bil telefon anda apabila menghubungi penumpang asing (laluan nombor maya ke talian tempatan cth: +6016 386 8936)

Anda tidak perlu berbuat apa-apa! Untuk memanggil, hanya tekan butang “Call” seperti biasa:

  1. Tekan pada ikon “Call” di dalam aplikasi pemandu anda seperti biasa
  2. Ini akan membuka pendail telefon asal anda dan memaparkan nombor maya bermula dengan “016” (cth: +6016 386 8936)
  3. Tekan butang call untuk memanggil penumpang anda
  4. Penumpang akan menerima panggilan memaparkan nombor maya

Penting:

Pastikan anda memanggil dari nombor telefon yang sama seperti didaftarkan dengan Grab!

Jika anda memanggil dari peranti yang berbeza, jangan risau, ikut panduan langkah demi langkah ini untuk mengemas kini nombor telefon anda sebelum 30 November 2017:

Pilihan 1: Isi borang permohonan ini supaya ejen kami boleh mengemaskini nombor telefon anda dalam masa 24 jam. Anda akan diminta untuk menjawab beberapa soalan untuk mengesahkan butiran akaun anda.

ATAU

Pilihan 2: Panggil bantuan talian hotline kami 1300 80 5858 untuk mengemaskini nombor telefon anda. Ejen kami perlu mengesahkan butiran akaun anda.

Semua settings aplikasi pemandu yang lain tidak akan diubah.


Petua penyelesaian masalah berguna semasa panggilan:

1. Saya tidak dapat membuat panggilan

  • Semak dan pastikan bahawa nombor telefon yang anda gunakan adalah sama dengan yang didaftarkan dengan Grab
  • Semak isyarat rangkaian anda
  • Cuba mendial sekali lagi

2.  Saya tidak boleh mendengar suaranya kerana volum terlalu rendah:

  • Semak setting volum anda
  • Semak sambungan anda ke sebarang mikrofon luaran / bebas tangan
  • Semak sebarang perbezaan tanpa menggunakan mikrofon luaran / bebas tangan

3. Terdapat lag semasa perbualan:

  • Semak isyarat rangkaian anda
  • Semak sebarang perbezaan apabila mendail semula

4. Keherotan suara semasa panggilan:

  • Semak isyarat rangkaian anda
  • Semak sebarang perbezaan apabila mendail semula

Jika semua gagal, kembali ke GrabChat untuk mesej penumpang anda.

Sekiranya anda selalu menghadapi masalah di atas, sila hubungi talian sokongan kami 1300 80 5858 dan berikan butiran tempahan kepada kami.