Ciri Miri Airport Queue

Click here for the English version

Untuk memberikan anda pengalaman yang lebih lancar, telus, dan selamat kepada rakan-pemandu yang menunggu tempahan di Lapangan Terbang Miri, kami akan memperkenalkan Ciri Miri Airport Queue!

Ciri ini hanya akan diaktifkan jika anda menunggu tempahan di Kawasan Menunggu yang telah disediakan di Airport Road Commercial Centre.

Ciri Miri Airport Queue akan diperkenalkan kepada semua rakan-pemandu mulai 3pm, 24 September 2019.

// Peringatan semasa menunggu untuk tempahan anda:

  • Sila pastikan anda bersedia untuk terima tempahan apabila angka giliran anda adalah 5 dan ke bawah.
  • Selepas anda telah menerima tempahan, sila buat pick up dengan kadar segera di Kawasan Pick Up. Anda diingatkan untuk tidak menunggu penumpang anda di Kawasan Pick Up atau Drop Off. Pastikan mereka sudah bersedia dan sedang menunggu anda.
  • Anda dilarang menghalang aliran lalu lintas.
  • Pastikan anda menjaga persekitaran anda. Jangan membuang sampah merata-rata.
  • Sila letakkan kereta di zon yang ditetapkan sahaja.

// Untuk pengalaman menunggu yang lebih baik:

  • Aktifkan Wi-Fi pada telefon anda untuk meningkatkan ketepatan lokasi..
  • Kami syorkan anda untuk memilih dan mengaktifkan hanya 1 jenis perkhidmatan sahaja pada aplikasi pemandu anda untuk mengelakkan kehilangan nombor kedudukan giliran anda.
  • Semak untuk memastikan aplikasi anda tidak terkunci atau dalam mod standby.
  • Apabila anda telah menerima tempahan, sila gunakan GrabChat untuk memaklumkan kepada penumpang Expected Time of Arrival (ETA) anda.

// Pembatalan daripada penumpang

  1. Anda dilarang meminta penumpang membatalkan tempahan TANPA SEBAB YANG MUNASABAH. Jika anda didapati melakukan perkara tersebut, tindakan yang sewajarnya boleh dikenakan.
  2. Untuk mengelakkan pembatalan, pastikan anda sentiasa membalas panggilan/mesej GrabChat dan juga memaklumkan kepada penumpang lokasi anda.

// Baki minima dompet kredit

Sila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi dalam Dompet Kredit anda untuk menerima tempahan di Lapangan Terbang Miri. Jumlah minima yang diperlukan berbeza mengikut jenis perkhidmatan anda.

Contoh 1: Jika anda mengaktifkan jenis perkhidmatan GrabCar, JustGrab atau GrabTaxi, anda perlukan baki minima sebanyak RM10 untuk menerima tempahan yang mempunyai tambang RM50 dan ke bawah.

Contoh 2: Jika anda mengaktifkan jenis perkhidmatan GrabCar 6-seater atau JustGrab 6-seater, anda perlukan baki minima sebanyak RM15 untuk menerima tempahan yang mempunyai tambang RM75 dan ke bawah.


Dimanakah Kawasan Menunggu?

Gambar 1: Kawasan Menunggu Miri Queue

Sila rujuk peta di atas.

  • Hijau – Kawasan Pick Up
  • Oren – Kawasan Menunggu

Rakan-pemandu hanya boleh mendapatkan tempahan apabila mereka berada di kawasan ini.


Bagaimanakah ciri ini berfungsi? 

Siapa cepat, dia dapat! Ini bermakna rakan-pemandu yang paling awal sampai di Kawasan Menunggu akan diberikan tempahan terlebih dahulu. Rakan-pemandu yang tiba kemudian di kawasan ini akan diletakkan di dalam sistem giliran dan hanya akan menerima tempahan apabila giliran mereka sampai.

Anda akan diberitahu tentang nombor giliran melalui aplikasi pemandu di bahagian notifikasi.


Perlindungan Trip Jarak Pendek

Mulai 12PM, 10 Disember 2019, anda akan ditempatkan dalam giliran yang lebih pendek jika anda memenuhi kedua-dua syarat ini:

  • Jarak trip yang dilengkapkan adalah 6KM* atau kurang (*mengikut sistem pemetaan Grab).
  • Kembali ke kawasan menunggu giliran dalam tempoh 25 minit dari masa anda menerima tempahan di Lapangan Terbang Miri.

*Sebagai contoh, jika anda menerima satu tempahan pada 6PM, anda harus pick up/drop off penumpang dan kembali ke kawasan menunggu sebelum 6:25PM.


Adakah ciri ini diguna pakai untuk semua jenis perkhidmatan?

Ciri ini tertakluk kepada JustGrab, GrabCar, GrabCar 6-seater dan GrabTaxi. Rakan-pemandu boleh mengaktifkan kedua-dua jenis perkhidmatan tetapi kami menggalakkan anda untuk mengaktifkan satu jenis perkhidmatan sahaja untuk mengelakkan kehilangan nombor giliran.


Bagaimanakah rakan-pemandu akan dimaklumkan tentang kedudukan giliran mereka?

Apabila anda berada di Kawasan Menunggu, anda akan menerima notifikasi melalui aplikasi pemandu untuk memberitahu anda kedudukan giliran anda jika anda online. Setelah pemberitahuan yang pertama telah dikeluarkan, anda akan dimaklumkan setiap kali kedudukan anda berubah sehinggalah anda mendapat tempahan.

Anda juga boleh melihat nombor giliran anda melalui notifikasi dalam aplikasi. Apabila nombor giliran anda berubah, inbox anda akan dikemaskini secara automatik untuk menunjukkan mesej dalam aplikasi anda.

Setiap mesej giliran akan dipadam selepas 2 jam. Oleh itu, pastikan anda menyemak inbox anda untuk pengumuman yang tidak berkenaan dengan tempahan Lapangan Terbang Miri.

*Gambar di atas adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja


Apa akan berlaku jika saya tidak mendapat nombor giliran?

  • Pastikan anda berada di tempat yang betul.
  • Bergantung kepada rangkaian telefon, anda mungkin akan mengalami kelewatan dalam menerima notifikasi. Kami menasihati anda untuk menunggu sekurang-kurangnya 10 minit sebelum menghubungi kami melalui Pusat Bantuan.
  • Anda juga boleh melihat nombor giliran anda melalui bahagian notifikasi.

Bolehkah giliran saya diturunkan/ditolak ke bawah?

Ya. Giliran anda boleh diturunkan untuk mana-mana jenis perkhidmatan apabila:

  1. Anda membatalkan lebih daripada SATU (1) tempahan.
  2. Jika anda offline ataupun memutuskan sambungan ‘available for jobs’ lebih daripada 5 minit.
  3. Jika anda meninggalkan Kawasan Menunggu tanpa sebuah tempahan untuk lebih daripada 5 minit.

Apakah yang akan terjadi kepada giliran saya jika penumpang yang membatalkan tempahan?

  1. Jika anda telah meninggalkan Kawasan Menunggu untuk mengambil penumpang dan penumpang tersebut membatalkan tempahan, kedudukan giliran anda bagi jenis perkhidmatan yang dibatalkan akan tetap kekal di atas jika anda kembali ke kawasan-kawasan tersebut dalam masa 10 minit.
  2. Walau bagaimanapun, nombor giliran anda bagi jenis perkhidmatan yang lain akan ditolak ke bawah. Oleh itu, kami sangat mengalakkan anda untuk hanya memilih satu jenis perkhidmatan sahaja.

 


Sila harap maklum bahawa semua ahli komuniti Grab diwajibkan untuk mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan.

Enjoy 9% (RM8) Rebate at
AEON

  • Valid from 15 Jan 2022 – 28 Feb 2022
  • Minimum spend: RM88
  • Limited to 62,500 redemptions 
  • TWO(2) redemptions per user throughout the campaign

1. Campaign period is from 15 January 2022 (12:00am) – 28 February 2022 (11.59pm).
2. GrabPay users are eligible for a “RM8 rebate” in your “My Rewards” when you spend a minimum of RM88 on a single receipt via GrabPay Wallet.
3. The offer of “RM8 rebate” is limited to a total of 62,500 redemptions throughout the campaign period.
4. Offer is valid for TWO (2) in-store redemptions with a cap of ONE(1) redemption per user per day throughout the campaign. Shared across AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness throughout the campaign period. 
5. The “RM8 rebate” will be awarded instantly with a minimum transaction of RM88 with GrabPay at all outlets of AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, AEON Wellness; The rebate can be found under “My Rewards”. Rebate must be redeemed by clicking “use now” under “My Rewards” 30 days from the date of issuance.
6. The campaign will cease once all redemptions have been fully awarded or at the expiration of the campaign period, whichever is earlier.
7. Offer is based on a first come first served and while stocks last basis only.
8. Grab and AEON Group shall not be under any obligation to inform users, on any communication channels once the offer has been fully redeemed.
9. Offer is only available for AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness physical stores purchases at cashier counter only via GrabPay Wallet; offer is not applicable for online or GrabMart purchases.
10. Offer is not exchangeable for cash or replacements.
11. Offer is not valid with any other voucher, discount or promotion.
12. Grab and AEON Group reserve the right to alter, extend or terminate the promotion, or amend the terms and conditions at its sole discretion at any time without prior notice. In case of any disputes directly or indirectly arising from the promotion, the decision of Grab and AEON Group shall be final.
13. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and any dispute arising out of or in connection with promotion shall be referred to the exclusive jurisdiction of courts of Malaysia.
14. This rebate is non-transferable to any party.