Rang Undang-Undang Pekerja Gig Malaysia 2025 (Akta 872) memperkukuh perlindungan bagi pekerja gig dengan mengiktiraf secara rasmi pekerjaan mereka serta menetapkan hak-hak yang lebih jelas dalam ekonomi gig.
Antara perkara utama untuk pekerja gig termasuk:
PENGIKTIRAFAN KONTRAK
Perjanjian secara lisan, bertulis atau tersirat diiktiraf di sisi undang-undang.
KESELAMATAN SOSIAL
Perkerja gig diwajibkan mendaftar dan mencarum dengan PERKESO bagi tujuan perlindungan sosial.
KADAR BAYARAN ADIL
Penubuhan majlis perundingan tripartit yang terdiri daripada wakil pekerja, platform dan kerajaan yang berperanan untuk mengemukakan syor mengenai kadar pendapatan minimum serta dasar berhubung isu-isu yang timbul dalam ekosistem ekonomi gig.
PERLINDUNGAN DARIPADA PENAMATAN TIDAK ADIL
Pekerja gig tidak boleh ditamatkan perkhidmatan tanpa alasan yang munasabah.
PENYELESAIAN PERTIKAAN
Sebuah Tribunal Pekerja Gig akan ditubuhkan bagi membantu menyelesaikan pertikaian.
Sebagai Rakan Pemandu dan Rakan Penghantar Grab:
Apa yang Anda Nikmati Hari Ini
✅ Perlindungan PERKESO dengan caruman bersama oleh Grab
✅ Terma Perkhidmatan yang jelas
✅ Rangka kerja pendapatan yang adil dan telus
✅ Sistem amaran yang adil sebelum penamatan
✅ Saluran rayuan dan penyelesaian pertikaian
Bagaimana Grab Akan Menyokong Anda Apabila Akta ini Berkuat Kuasa
✍ Bimbingan proses pendaftaran ke dalam sistem kerajaan (apabila tersedia)
✍ Proses potongan caruman wajib PERKESO yang mudah untuk rakan penghantar/pemandu
✍ Dasar yang selaras dengan piawaian kawal selia baharu
✍ Proses rayuan dan tatatertib yang diperkukuh
✍ Sokongan berterusan melalui saluran Rakan Grab
Apa yang Anda Nikmati Hari Ini
Bagaimana Grab Akan Menyokong Anda Apabila Akta ini Berkuat Kuasa
✅ Perlindungan PERKESO dengan caruman bersama oleh Grab
✅ Terma Perkhidmatan yang jelas
✅ Rangka kerja pendapatan yang adil dan telus
✅ Sistem amaran yang adil sebelum penamatan
✅ Saluran rayuan dan penyelesaian pertikaian
✍ Bimbingan proses pendaftaran ke dalam sistem kerajaan (apabila tersedia)
✍ Proses potongan caruman wajib PERKESO yang mudah untuk rakan penghantar/pemandu
✍ Dasar yang selaras dengan piawaian kawal selia baharu
✍ Proses rayuan dan tatatertib yang diperkukuh
✍ Sokongan berterusan melalui saluran Rakan Grab
*Maklumat lanjut terdapat dalam Soalan Lazim (FAQ) di bawah
Sumbangan Grab Bagi Para Rakan
Sepanjang tahun lalu, Grab telah memperuntukkan lebih daripada
RM10 JUTA
untuk melindungi dan memperkasa para rakan:
>RM4 JUTA
dalam perlindungan insurans percuma untuk semua rakan pemandu dan penghantar, bagi memastikan setiap perjalanan dilindungi
>RM3 JUTA
caruman secara sukarela PERKESO bagi rakan pemandu dan penghantar yang aktif
>40,000
para rakan diperkasa melalui kursus peningkatan kemahiran menerusi GrabAcademy
Dengar Daripada Para Rakan Kami
Berita dan Perkembangan Terkini
BHARIAN.COM.MY
Grab Malaysia peruntuk lebih RM10 juta bagi memperkukuh Program GrabBenefits bagi Rakan Pemandu dan Penghantar
SCOOP.MY
Grab menggariskan tiga prinsip utama bagi Rang Undang-Undang Pekerja Gig: fleksibiliti, keseimbangan dan kerjasama
SCOOP.MY
Platform gig menyokong sesi libat urus Kementerian Sumber Manusia berhubung cadangan Akta Pekerja Gig
Grab Malaysia peruntuk lebih RM10 juta bagi memperkukuh Program GrabBenefits bagi Rakan Pemandu dan Penghantar
Grab menggariskan tiga prinsip utama bagi Rang Undang-Undang Pekerja Gig: fleksibiliti, keseimbangan dan kerjasama
Platform gig menyokong sesi libat urus Kementerian Sumber Manusia berhubung cadangan Akta Pekerja Gig
Soalan Lazim
Rang Undang-Undang Pekerja Gig Malaysia 2025 (Akta 872) merupakan perundangan baharu yang dirangka bagi menyediakan perlindungan kepada individu yang bekerja secara bebas. Akta ini mengiktiraf pekerja gig di sisi undang-undang, sekali gus memastikan mereka mempunyai hak yang jelas, dengan tujuan mewujudkan ekonomi gig yang lebih adil dan terjamin. APAKAH MAKSUDNYA BAGI MEREKA YANG TERLIBAT DALAM PEKERJAAN GIG:
|
Secara tentatif, kementerian telah menetapkan tarikh pelaksanaan pada 31 Mac 2026. |
Pewartaan Rang Undang-Undang Pekerja Gig Malaysia pada 31 Disember 2025 merupakan satu langkah ke hadapan dalam memperkukuh kebajikan tenaga kerja gig negara. Matlamat rang undang-undang ini selari dengan komitmen yang telah kami pegang selama lebih sedekad: memastikan kesejahteraan dan keselamatan rakan pemandu serta rakan penghantar kami. Pendirian kami kekal teguh: Kami menyokong peraturan yang baik, bukan peraturan yang tergesa-gesa. Keutamaan kami adalah untuk memastikan bahawa rangka kerja perundangan baharu ini dapat diterjemahkan kepada pengalaman yang praktikal, mudah dan lancar bagi para rakan kami di lapangan. Kami telah melalui peralihan yang kompleks sebelum ini, termasuk semasa pelaksanaan peraturan e-hailing pada tahun 2019, di mana kami bekerjasama rapat dengan rakan pemandu untuk memenuhi keperluan baharu, dan usaha ini berterusan sehingga kini. Ini mencerminkan komitmen kami terhadap peraturan yang praktikal dan boleh dilaksanakan di lapangan. Kami komited untuk menyumbang pengalaman kami dalam merealisasikan visi kerajaan, dan bekerjasama bagi memacu pertumbuhan inklusif dalam ekonomi digital Malaysia. |
Matlamat rang undang-undang ini mencerminkan komitmen yang telah kami pegang selama lebih sedekad: memastikan kesejahteraan dan keselamatan rakan pemandu serta rakan penghantar kami.
Inisiatif sedia ada kami, merangkumi perlindungan insurans yang komprehensif, alat keselamatan serta program peningkatan kemahiran melalui GrabAcademy, sentiasa didorong oleh kepercayaan kami untuk membina ekosistem gig yang adil dan mampan.
Antara usaha yang telah kami laksanakan setakat ini adalah:
- Perlindungan PERKESO bersubsidi dengan caruman bersama oleh Grab
- Perjanjian Terma Perkhidmatan yang jelas
- Rangka kerja pendapatan yang adil dan telus
- Sistem amaran yang adil sebelum penamatan
- Saluran rayuan dan penyelesaian pertikaian
Apabila perincian lanjut diumumkan, kami akan membangunkan:
- Bimbingan proses pendaftaran ke dalam sistem kerajaan (apabila tersedia)
- Proses potongan yang mudah bagi menguruskan caruman wajib PERKESO untuk para rakan
- Pengukuhan dasar rayuan dan tatatertib bagi memastikan keselarasan dengan penanda aras khusus yang ditetapkan oleh rang undang-undang
Kami berkongsi matlamat yang sama seperti yang digariskan dalam akta ini, melalui komitmen berterusan terhadap kesejahteraan rakan pemandu dan rakan penghantar kami sejak lebih sedekad yang lalu. Kami juga telah melalui peralihan yang kompleks sebelum ini, termasuk semasa pelaksanaan peraturan e-hailing pada tahun 2019, di mana kami bekerjasama rapat dengan rakan pemandu untuk memenuhi keperluan baharu, dan usaha ini berterusan sehingga kini.
Ini mencerminkan komitmen kami terhadap peraturan yang praktikal dan boleh dilaksanakan di lapangan. Tumpuan segera kami, melalui kerjasama dengan kerajaan, adalah untuk:
- Membimbing proses pendaftaran PERKESO
- Menyediakan proses potongan caruman PERKESO yang mudah dan tanpa kesulitan
- Menyediakan rangka kerja pendapatan yang jelas
- Terus mengekalkan dasar tatatertib progresif
- Memastikan penyelesaian pertikaian mudah diakses melalui saluran rayuan sedia ada
Grab menggalakkan pendekatan yang lebih inklusif dan berasaskan data bagi akta ini, yang dibangunkan melalui input daripada kedua-dua pihak iaitu pekerja gig dan platform, dan bukannya dikenakan secara sepihak.
Laman web ini berfungsi sebagai sumber rujukan utama bagi pendirian, komitmen dan tindakan berterusan Grab berhubung Akta 872. Untuk maklumat lanjut mengenai akta tersebut, sila layari laman web Kementerian Sumber Manusia.
Laman web dikemas kini pada 27 Mac 2026