Grab sedang mengemaskini polisi pembatalan perkhidmatan kami

For the English version of this post, please click here.

Pembatalan perkhidmatan adalah suatu yang mengecewakan, sama ada bagi penumpang yang sedang menunggu kenderaan mereka untuk memenuhi temu janji penting, atau seorang pemandu yang telah berusaha untuk mengambil penumpang di lokasi yang ditetapkan.

Bagi kemudahan penumpang, kami menyediakan insentif dan penalti bagi mengelakkan pemandu membuat pembatalan yang tidak sepatutnya.

Sungguhpun demikian, kami juga sedar bahawa Grab berperanan sebagai sumber pendapatan kepada rakan pemandu kami. Oleh itu, apabila penumpang membuat pembatalan pada saat-saat akhir atau tidak berada di lokasi pengambilan yang ditetapkan, pemandu terlibat akan mengalami kerugian petrol bahan bakar serta terlepas peluang untuk meraih pendapatan yang mungkin diperoleh daripada penumpang lain.

Apabila anda membuat pembatalan perkhidmatan dalam tempoh 5 minit, anda menyediakan ruang bagi pemandu terbabit untuk menyediakan khidmat kepada penumpang lain. Malah, anda juga menerima manfaat serupa apabila penumpang lain membuat perkara yang sama. Setiap pelanggan akan dapat menaiki kenderaan mereka lebih pantas jika pendekatan sama diambil.

Sehubungan itu, Grab akan mengemaskini polisi pembatalan perkhidmatan kami, berkuat kuasa 18 Mac 2019. Anda tidak akan dikenakan caj jika anda membuat pembatalan anda dalam masa 5 minit selepas tempahan anda diterima oleh rakan-pemandu kami. Sungguhpun demikian, penumpang akan dikenakan caj pembatalan minimum bernilai antara RM3 hingga RM5, berdasarkan dua situasi di bawah:

  1. Sekiranya anda membatalkan perkhidmatan melepasi tempoh 5 minit selepas pengesahan pemandu diterima atau
  2. Sekiranya pemandu anda membatalkan perkhidmatan mereka setelah menunggu lebih dari 5 minit untuk anda tiba ke lokasi pengambilan (atau 3 minit untuk perkhidmatan GrabShare).
Servis Caj Pembatalan
GrabCar, JustGrab, JustGrab (for Airport), GrabShare, GrabTaxi (Metered and Executive), GrabCar (Mandarin), GrabCar Plus RM 3
GrabCar (6-seater), JustGrab (6-seater), JustGrab (10-Seater) RM 4
GrabCar (Premium), GrabCar Luxe (Vellfire for Airport) RM 5

Pembaharuan ini akan masih memberikan penumpang fleksibiliti untuk membatalkan tempahan yang dibuat, pada masa sama memastikan pemandu diberi ganti rugi bagi usaha dan masa yang diluangkan untuk ke lokasi anda.

 


Soalan-soalan lazim

1. Apakah polisi pembatalan perkhidmatan yang telah dikemaskini?

Kami sedar bahawa rancangan boleh berubah. Oleh itu, melangkah ke hadapan, kesemua pembatalan perkhidmatan yang dibuat dalam tempoh 5 minit selepas pengesahan pemandu adalah percuma.

Namun demikian, sekiranya anda membuat pembatalan selepas 5 minit (atau 3 minit untuk perkhidmatan GrabShare) setelah menerima pengesahan pemandu, anda akan dicaj antara RM3 dan RM5 (tertakluk pada tempahan perkhidmatan).

Setelah tiba di lokasi yang ditetapkan, pemandu akan menunggu anda sehingga 5 minit (atau 3 minit bagi perkhidmatan GrabShare). Sekiranya anda tidak berada di lokasi terlibat pada masa tersebut dan pemandu memutuskan untuk membatalkan perkhidmatan kepada anda, anda akan dikenakan caj antara RM3 dan RM5 RM5.

Nota : Bagi setiap tempahan, anda mungkin dicaj antara RM3 hingga RM5 bagi pembatalan perkhidmatan lewat ATAU antara RM3 hingga RM5 kerana tidak berada di lokasi pada waktu yang dijanjikan. Namun caj tidak dikenakan bagi kedua-duanya pada masa yang sama.

2. Bagaimanakah polisi pembatalan perkhidmatan ini berbeza berbanding yang sebelum?

Kami telah mengemaskini polisi berkaitan dengan mengambil kira sebab penumpang memutuskan untuk membatalkan kenderaan yang ditempah serta maklum balas yang diterima daripada rakan pemandu kami. Berdasarkan itu, kami telah membuat penambahbaikan terhadap sistem kami bagi membenarkan fleksibiliti yang lebih besar kepada para penumpang, pada masa yang sama memastikan agar masa serta usaha yang telah dibuat oleh rakan pemandu kami diberi perhatian.

3. Bagaimanakah caj pembatalan perkhidmatan ini dilaksanakan?

Sekiranya anda menggunakan GrabPay, amaun yang  terlibat akan ditolak secara langsung daripada baki Kredit GrabPay atau kad kredit/debit anda. Bagi penumpang yang menggunakan tunai, caj tersebut akan ditambah secara automatik pada kadar tambang perjalanan anda yang berikutnya. Pemandu kenderaan seterusnya itu akan dimaklumkan untuk mengumpul caj tersebut bagi pihak Grab untuk dibayar kepada pemandu perkhidmatan yang sebelum ini dibatalkan.

4. Adakah hasil caj pembatalan ini akan disalurkan ke Grab?

100% daripada hasil yang diraih akan diberikan kepada pemandu apabila anda membuat pembatalan perkhidmatan mereka melepasi had masa yang ditetapkan atau tiba lewat di lokasi bagi perjalanan anda. Ini merupakan ganti rugi kepada pemandu terlibat bagi masa mereka berada di jalan untuk menyampaikan perkhidmatan yang ditempah penumpang.

Kami menjangkakan penambahbaikan ini akan memberi kesan kepada kurang daripada 1% jumlah tempahan kami memandangkan sebahagian besar penumpang tidak berubah fikiran selepas tempahan dibuat. Hanya pastikan anda memainkan peranan untuk tepat pada masa dan mematuhi tempahan yang dibuat apabila anda telah bersedia untuk ke lokasi seterusnya!

5. Baiklah, tetapi bagaimana sekiranya saya membuat pembatalan kerana pemandu yang ditetapkan tidak bergerak dari suatu lokasi atau mengambil masa yang terlalu lama untuk tiba? Adakan saya akan dikenakan caj?

Kami menggalakkan agar anda berhubung dengan pemandu terlibat sama ada membuat panggilan terus kepada mereka atau melalui GrabChat. Beliau mungkin tersangkut dalam kesesakan jalan raya atau terlepas simpang untuk ke lokasi anda.

Sungguhpun demikian, sekiranya anda berasa terdapat keperluan untuk membuat pembatalan kerana ia mengambil masa yang lebih lama daripada makluman masa ketibaan, anda tidak akan dikenakan caj pembatalan.

Sepertimana kami berupaya memaparkan lokasi semasa pemandu anda, kami juga mampu mengesan sekiranya pemandu tidak bergerak ke arah anda.

Caj pembatalan perkhidmatan juga dikecualikan jika pemandu anda tidak tiba dalam tempoh 5 minit selepas paparan pertama anggaran waktu ketibaan. Contohnya, jika anda diperuntukkan seorang pemandu yang berada hanya 3 minit dari lokasi anda, tetapi anda telah menunggu selama lebih 8 minit, maka anda tidak akan dikenakan caj pembatalan perkhidmatan.

6. Pemandu saya membatalkan perkhidmatan beliau sebaik sahaja tiba ke lokasi dan tidak menunggu saya. Adakah saya masih dikenakan caj tersebut?

Tidak. Kesemua pemandu dikehendaki menunggu sekurang-kurangnya selama 5 minit (atau 3 minit bagi khidmat GrabShare) sebelum caj dikenakan. Sekiranya pemandu anda membatalkan perkhidmatan sebelum waktu menunggu berakhir, anda tidak akan dikenakan caj. Jangan risau, penalti akan dikenakan kepada pemandu terbabit jika perkara ini berlaku.

Kami di Grab sentiasa memperkenalkan penambahbaikan terhadap sistem kami berdasarkan maklum balas yang diterima daripada pengguna sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan untuk memacu #bettereveryday bagi semua.

7. Bagaimanakah jika pemandu saya mengatakan bahawa dia telah tiba tetapi tidak berada di lokasi pick-up saya? Adakah saya akan dikenakan caj kerana ‘tidak muncul’?

Kami mempunyai mekanisme di dalam aplikasi yang dapat membantu menentukan samaada pemandu berada di lokasi pick-up anda atau tidak. Dalam situasi seperti ini, anda tidak akan dikenakan caj untuk ‘tidak muncul’.

8. Saya sudah menunggu pemandu saya tetapi dia tidak lansung muncul pada waktu yang dipaparkan dalam aplikasi Grab. Adakah saya akan dikenakan caj jika saya membatalkan perjalanan saya?

Caj pembatalan juga akan dikecualikan jika pemandu anda tidak tiba dalam masa 10 minit selepas masa ketibaan pertama yang dipaparkan. Sebagai contoh, jika anda diberikan pemandu yang lokasi mereka 3 minit dari anda dan anda telah menunggu lebih dari 13 minit, caj pembatalan anda akan diketepikan.

9. Pemandu saya menelefon saya dan meminta saya batalkan tempahan saya, dan ini mengakibatkan saya dikenakan caj. Apa yang perlu saya buat?

Kami memohon maaf di atas kejadian ini dan kami ambil serius apabila ia berlaku kepada penumpang kami. Apabila menghadapi kejadian ini sila beritahu kami melalui ‘Help Centre’, pusat bantuan dalam aplikasi kami. Setiap kes akan disiasat dan kami akan membayar balik caj pembatalan dengan kod promo dalam tempoh 2 hari bekerja sekiranya anda dikenakan caj secara tidak adil.

10. Jika anda mengenakan caj ke atas penumpang bagi pembatalan yang dibuat selepas 5 minit, tidakkah patut anda juga mengenakan caj ke atas pemandu?

Sila maklum bahawa kami sudahpun mempunyai proses untuk memastikan pemandu tidak membatalkan pengambilan anda. Setiap pemandu bertanggungjawab ke atas pembatalan yang mereka buat. Pemandu yang membatalkan dengan kerap akan dihalang dari mendapat pengambilan penumpang buat sementara waktu, dan ini dapat membawa kepada penggantungan.

11. Saya yakin saya telah dikenakan caj secara tidak adil. Apa yang boleh saya lakukan?

Sekiranya anda percaya bahawa anda dikenakan caj secara tidak adil, hubungi kami melalui ‘Help Centre’, pusat bantuan dalam aplikasi kami. Sekiranya siasatan kami menunjukkan bahawa anda tidak patut dikenakan caj, kami akan membayar balik caj pembatalan dengan kod promo kepada anda.

Enjoy 9% (RM8) Rebate at
AEON

  • Valid from 15 Jan 2022 – 28 Feb 2022
  • Minimum spend: RM88
  • Limited to 62,500 redemptions 
  • TWO(2) redemptions per user throughout the campaign

1. Campaign period is from 15 January 2022 (12:00am) – 28 February 2022 (11.59pm).
2. GrabPay users are eligible for a “RM8 rebate” in your “My Rewards” when you spend a minimum of RM88 on a single receipt via GrabPay Wallet.
3. The offer of “RM8 rebate” is limited to a total of 62,500 redemptions throughout the campaign period.
4. Offer is valid for TWO (2) in-store redemptions with a cap of ONE(1) redemption per user per day throughout the campaign. Shared across AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness throughout the campaign period. 
5. The “RM8 rebate” will be awarded instantly with a minimum transaction of RM88 with GrabPay at all outlets of AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, AEON Wellness; The rebate can be found under “My Rewards”. Rebate must be redeemed by clicking “use now” under “My Rewards” 30 days from the date of issuance.
6. The campaign will cease once all redemptions have been fully awarded or at the expiration of the campaign period, whichever is earlier.
7. Offer is based on a first come first served and while stocks last basis only.
8. Grab and AEON Group shall not be under any obligation to inform users, on any communication channels once the offer has been fully redeemed.
9. Offer is only available for AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness physical stores purchases at cashier counter only via GrabPay Wallet; offer is not applicable for online or GrabMart purchases.
10. Offer is not exchangeable for cash or replacements.
11. Offer is not valid with any other voucher, discount or promotion.
12. Grab and AEON Group reserve the right to alter, extend or terminate the promotion, or amend the terms and conditions at its sole discretion at any time without prior notice. In case of any disputes directly or indirectly arising from the promotion, the decision of Grab and AEON Group shall be final.
13. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and any dispute arising out of or in connection with promotion shall be referred to the exclusive jurisdiction of courts of Malaysia.
14. This rebate is non-transferable to any party.