Subsidi penjagaan anak eksklusif dengan Projek Cita-Nita

Dibuka untuk rakan-pemandu wanita Ipoh dengan anak berumur 1-4 tahun!

Click here for the English version

Jika anda berminat untuk memandu dengan Grab tetapi mempunyai anak kecil di rumah, kami ada berita baik untuk anda! Memperkenalkan Projek Cita-Nita, sebuah inisiatif bersama oleh Kerajaan Negeri Perak & Grab untuk memperkasakan ibu-ibu yang memandu di plaform Grab dengan memberikan subsidi penjagaan anak! Dengan program ini, rakan-pemandu wanita boleh mendaftar anak mereka di TASKA terpilih pada harga subsidi, bagi menikmati lebih fleksibiliti dan kebebasan untuk bekerja!

Program ini akan dijalankan dari 1 September 2019 hingga 31 Ogos 2020 (tempoh 12 bulan) di TASKA terpilih di Ipoh. Semua rakan-pemandu wanita di Ipoh dengan anak berusia 1-4 tahun layak untuk mendaftar!

Bagaimanakah cara program ini dijalankan?

*Penyertaan rakan-pemandu dalam program ini akan ditamatkan jika anda tidak berjaya melengkapkan syarat trip bulanan 60 trip untuk 2 bulan.

**Top up RM100 ke dompet tunai hanya akan dibuat jika anda melengkapkan jumlah trip syarat bulanan 60 trip. Ini hanya akan diberikan untuk 6 bulan pertama program ini sahaja.


Berapakah jumlah subsidi penjagaan anak yang boleh saya nikmati?

Rakan-pemandu wanita terpilih hanya perlu membayar yuran subsidi di TASKA. Jika anda telah melengkapkan syarat bulanan 60 trip, Grab akan top up RM100 ke dalam dompet tunai anda.


*Harga di atas adalah jumlah yuran setelah dikenakan subsidi (termasuk RM100 bonus daripada Grab yang akan diberikan anda melengkapkan syarat 60 trip sebulan)

Daftar sekarang!

  1. Opt in melalui borang di bawah dari 20 Julai – 21 Ogos, 2019 dan pilih TASKA anda.
  2. Muat naik sijil lahir anak anda di dalam borang.
  3. Terima mesej pengesahan selewat-lewatnya pada 23 Ogos 2019.
  4. Kunjungi TASKA pilihan pada 1 September 2019, kemukakan kad pengenalan dan bayar yuran subsidi.
  5. Lengkapkan syarat trip bulanan 60 trip untuk layak menerima bonus RM100 daripada Grab.

Terma & Syarat

  1. “Projek Cita-Nita” (“Program”) adalah sebuah program kerjasama Kerajaan Negeri Perak bersama Grabcar Sdn. Bhd (“Penganjur”).
  2. Peserta program ini (“Peserta”) akan menerima subsidi bulanan untuk TASKA terpilih, untuk tempoh masa 12 bulan.
  3. Program ini akan diadakan dari 1 September 2019 hingga 31 Ogos 2020.
  4. Peserta terpilih boleh menghantar seberapa banyak anak berumur 1-4 tahun. Walau bagaimanapun, rakan-pemandu hanya akan layak menerima sebuah sahaja jumlah subsidi bagi setiap isi rumah.
  1. Program ini terbuka kepada rakan-pemandu terpilih yang mempunyai anak berumur 1 – 4 tahun. 
  2. Peserta boleh mendaftar untuk program ini melalui pautan yang diberikan pada 20 Julai 2019. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 21 Ogos 2019.
  3. Setelah dipilih untuk program ini, peserta akan dimasukkan ke dalam kumpulan Whatsapp, dan boleh mula menghantar anak ke TASKA pilihan pada 1 September 2019.
  4. Untuk terus layak bagi program ini, peserta perlu memenuhi syarat (“Syarat”) dengan melengkapkan syarat trip bulanan 60 trip.
  5. Pemilihan peserta program ini tertakluk kepada budi bicara mutlak pihak penganjur.

Bulan Pertama (Sep’19) hingga Bulan ke-6 (Feb’19)  – Subsidi RM200 sebulan

  1. Setelah peserta berjaya opt in ke dalam program, peserta akan mendapat subsidi penjagaan RM100 daripada Kerajaan Negeri Perak. Di samping itu, RM100 tambahan akan diberikan ke dalam dompet tunai rakan-pemandu di akhir bulan, jika peserta melengkapkan syarat 60 trip sebulan. 
  2. Jika peserta tidak berjaya melengkapkan syarat trip pada sepanjang tempoh 6 bulan ini, peserta hanya akan menerima subsidi penjagaan anak daripada Kerajaan Negeri Perak sahaja.

Bulan ke-7 (Mar’19) hingga Bulan ke-12 (Aug’19) – Subsidi RM100 sebulan

  1. Dari bulan ke-7 dan seterusnya, peserta hanya akan mendapat subsidi penjagaan anak daripada Kerajaan Negeri sahaja. Walau bagaimana pun, peserta masih perlu melengkapkan syarat 60 trip sebulan untuk terus layak.

Penyertaan peserta akan ditamatkan daripada program jika:

  1. Tidak melengkapkan syarat 60 trip sebulan untuk 2 bulan sepanjang 12 bulan program ini dijalankan.
  2. Peserta digugurkan atau ditamatkan oleh Grab dalam tempoh masa 12 bulan program ini dijalankan.
  3. Peserta digugurkan atau ditamatkan oleh TASKA dalam tempoh masa 12 bulan program ini dijalankan.
  1. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan atau kehilangan harta benda atau kecederaan/kehilangan nyawa disebabkan oleh program ini.
  2. Pihak penganjur mempunyai hak mutlak untuk menentukan kelayakan peserta untuk program ini.
  3. Penganjur mempunyai hak untuk mengubah terma & syarat tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu atau liabiliti bagi mana-mana pihak.
  4. Penganjur mempunyai hak untuk meminda sebarang butiran dan butiran subsidi atau terma & syarat apabila perlu, tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu.
  5. Penganjur mempunyai hak mutlak untuk menarik balik atau menamatkan peserta daripada program pada bila-bila masa tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu kepada peserta.
  6. Keputusan yang dibuat untuk program ini adalah muktamad dan konklusif. Sebarang rayuan atau pertanyaan tidak akan dilayan.