Bersaing dengan pasukan lain untuk menangi Piala Grab!

Menangi hadiah utama bernilai lebih dari RM17,900

Pada tahun ini, kami berbesar hati untuk memperkenalkan Piala Grab iaitu kejohanan rasmi untuk komuniti rakan kami! Untuk edisi yang pertama, kami ingin menjemput rakan-pemandu & rakan-penghantar untuk berentap di dalam permainan telefon bimbit percuma PUBG Mobile.

Dari 26 Oktober hingga 31 Oktober, buktikan kehebatan pasukan anda dalam Kejohanan PUBG Mobile atas talian kami yang pertama bagi merebut peluang memenangi hadiah utama bernilai lebih dari RM17,900!

Jika anda bukan seorang pemain PUBG Mobile, kami masih ada sesuatu untuk anda. Tonton Peringkat Akhir di Kumpulan Rakan Grab (rakan-pemandu / rakan-penghantar) dan anda mungkin akan akan mendapat pakej hadiah misteri bernilai sehingga RM428.

Jadilah 5 pasukan teratas untuk menerima hadiah berikut:

Kami juga akan memberikan pakej hadiah misteri kepada mereka yang menonton Peringkat Akhir, jadi jangan lepaskan peluang ini!

Mudah sahaja – kalahkan pasukan-pasukan lawan dan kumpul mata tertinggi! Piala Grab akan terbahagi kepada 2 peringkat dan akan berjalan selama 6 hari.

1) Peringkat Kumpulan

Terdapat 8 pertandingan (ataupun tournament) dalam peringkat ini dan setiap pertandingan akan mempunyai 3 perlawanan. 2 pasukan teratas setiap pertandingan (16 pasukan) dengan mata tertinggi akan mara ke Peringkat Akhir.

2) Peringkat Akhir

Pasukan 16 teratas akan berentap di dalam satu pertandingan akhir dan 5 pasukan dengan mata tertinggi dalam 3 perlawanan akan dinobatkan sebagai pemenang!

Hadiah Kategori Bonus: Setiap peserta daripada setiap pertandingan (termasuk Peringkat Akhir) dengan “kill” tertinggi akan diberikan gelaran “Predator Terbaik” dan menerima hadiah istimewa!

Semak butiran pertandingan bagi pasukan anda di sini!

Peringkat Kumpulan

Peringkat Akhir

Akan dimaklumkan 

Ketahui keputusan pertandingan di bawah:

Peringkat Kumpulan


Peringkat Akhir

*Pertandingan akhir akan disiarkan secara langsung di Kumpulan Rakan Grab. Tonton untuk rebut peluang mendapatkan hadiah misteri!

Saksikan Pertandingan Peringkat Akhir pada 31 Oktober (Sabtu) dengan menyertai Kumpulan Rakan Grab (rakan-pemandu / rakan-penghantar) dan anda boleh memenangi hadiah misteri!

*Tertakluk kepada perubahan

Adakah saya perlu membayar untuk menyertai Piala Grab?

Tidak, penyertaan dalam Piala Grab adalah percuma! Daftar dengan segera sementara slot masih ada. 

Saya tidak pernah main PUBG Mobile. Bolehkah saya sertai Piala Grab?

Ya! Sama ada anda pernah main PUBG Mobile atau pun ingin mencuba, semua rakan Grab digalakkan untuk mengambil bahagian dalam Piala Grab!

Anda perlu menubuhkan pasukan dengan 4 orang ahli untuk sertai kejohanan. Jika anda tidak mempunyai pasukan, kami akan bantu anda tubuhkan pasukan.

Siapakah yang layak untuk sertai Piala Grab?

Piala Grab dibuka untuk semua rakan-pemandu & rakan-penghantar di Malaysia! Oleh sebab kejohanan ini adalah kejohanan atas talian, rakan-pemandu & rakan-penghantar di seluruh negara boleh sertainya.

Berapa lamakah kejohanan ini akan dijalankan?

Piala Grab akan dijalankan selama 6 hari, dari 26 Oktober hingga 31 Oktober.

Jika anda mengambil bahagian di dalam Piala Grab, adakah saya perlu bertanding selama 6 hari?

Tidak, anda hanya perlu bertanding sehari sahaja di dalam Peringkat Kumpulan yang akan berlangsung selama 5 hari dari 26 Oktober hingga 30 Oktober. Pastikan anda nantikan info selanjutnya tentang butiran hari pertandingan Peringkat Kumpulan bagi pasukan anda.

Jika anda adalah salah satu daripada pasukan 16 teratas, anda juga akan bertanding di dalam Peringkat Akhir pada 31 Oktober.

Jika saya mengambil bahagian di dalam Piala Grab, adakah saya perlu bertanding selama 6 hari?

Sila harap maklum bahawa akaun anda akan dinyahaktif secara sementara 30 minit sebelum pertandingan untuk pasukan anda bermula. Jangan risau, akaun anda akan diaktifkan semula selepas pertandingan tamat. Ini adalah untuk melindungi anda dan memastikan tiada pemain yang bertanding semasa melakukan tempahan/pesanan.

Contoh: Anda bertanding dalam Peringkat Kumpulan pada 26 Oktober yang berlangsung dari 9am-11am. Akaun anda akan dinyahaktif pada 8:30am dan akan diaktifkan semula pada 11am pada hari yang sama.

Saya tidak mempunyai ahli pasukan/ tidak mempunyai cukup ahli pasukan. Apakah yang patut saya lakukan?

Jangan risau, jika anda tidak mempunyai pasukan, anda masih sertai kejohanan! Isi borang dan kami akan tubuhkan pasukan untuk anda!

Boleh saya tukar pasukan semasa kejohanan?

Tidak, setiap pemain hanya boleh bermain untuk SATU pasukan sahaja sepanjang tempoh kejohanan.

Selain pasukan, apakah yang perlu saya sediakan untuk menyertai di Piala Grab?

Ya, kami nasihatkan untuk mendapatkan sambungan internet yang stabil untuk kejohanan ini. Jangan lupa untuk caj telefon anda dan pastikan anda berhenti di lokasi yang selamat jika anda di jalan raya!

Bagaimanakah mata akan dikira dalam kejohanan ini?

Untuk ketahui cara mata akan dikira atau pun jika anda mempunyai soalan tentang permainan PUBG Mobile, rujuk Syarat Penyertaan dan Peraturan Kejohanan di sini.

Bagaimanakah hadiah akan diberikan kepada pemenang?

Pemenang akan dihubungi secara peribadi bagi cara mendapatkan hadiah.

Pasukan saya mempunyai ahli ke-5 sebagai pemain ganti. Apakah yang akan berlaku jika pasukan saya mara ke Pusingan Akhir dan pemain ganti perlu menggantikan salah satu pemain pasukan saya? Adakah hadiah akan diberikan kepada kami berlima?

Hadiah akan diberikan kepada pasukan dengan 4 orang ahli. Jika pasukan anda mempunyai pemain ganti, kami akan serahkan anda budi bicara untuk membahagikan hadiah untuk 5 pemain.

Saya ingin menonton pertandingan akhir. Bagaimana caranya?

Pertandingan akhir akan disiarkan secara langsung di Kumpulan Rakan Grab. Jika belum lagi sertai, lakukannya sekarang agar anda boleh tonton!

  • Rakan-pemandu: Tekan sini
  • Rakan-penghantar: Tekan sini

Kami juga memberikan pakej hadiah misteri kepada penonton yang bertuah jadi tontonlah sehingga akhir!