Memperkenalkan Ciri Slot Pilihan

Kunjungi bahagian Booking Planner untuk menggunakannya!

Bagi memberikan pendapatan yang lebih konsisten, kami akan memperkenalkan Ciri Slot Pilihan*! Untuk info lanjut, rujuk di bawah.

*Hanya untuk bandar & rakan-penghantar terpilih sahaja.

Cara Ciri Slot Pilihan berfungsi

Ciri Slot Pilihan adalah ciri yang membolehkan rakan-penghantar terpilih untuk memilih kawasan & masa mereka menerima pesanan GrabFood, GrabMart atau GrabExpress.

Dengan ciri ini, rakan-penghantar boleh tempah slot pada masa dan di kawasan tertentu yang ditawarkan. Slot adalah terhad dan rakan-penghantar tidak boleh memilih jenis pesanan yang diterima semasa slot.


Manfaat Ciri Slot Pilihan


Perbandingan

Tempah Slot

Rakan-penghantar yang layak boleh menempah slot di bahagian Booking Planner (Perancang Tempahan) dalam aplikasi pemandu anda seperti di bawah:

*Imej adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Abaikan jumlah yang tertera.

Nota Penting:

  • Setiap kawasan mempunyai slot masa tersendiri dan akan dikemaskini secara mingguan
  • Anda perlu tempah slot sekurang-kurangnya 2 jam sebelum slot bermula.
  • Anda diingatkan untuk melakukan slot setelah anda menempahnya. Jika anda terlepas slot lebih daripada sekali, anda boleh disekat daripada menempah pada minggu seterusnya.
  • Jika anda dikira tidak layak untuk menempah slot yang baru, anda masih boleh lakukan slot yang telah anda tempah semasa anda layak. Namun, jika anda batalkan slot yang telah ditempah, anda tidak boleh menempah slot tersebut semula.

Batalkan Slot

Jika anda tidak dapat melakukan slot, anda boleh batalkannya 2 jam sebelum slot tersebut bermula seperti di bawah:

*Imej adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Abaikan jumlah yang tertera.

Nota Penting:

  • Anda tidak boleh batalkan slot kurang daripada 2 jam sebelum slot tersebut bermula. Jika anda perlu batalkan slot, pastikan anda lakukannya 2 jam sebelumnya.

Notifikasi

Anda akan menerima notifikasi peringatan seperti di bawah untuk slot anda:

Untuk ketahui syarat kelayakan bagi ciri ini, rujuk laman bagi bandar anda:

Soalan Lazim

Slot Pilihan adalah ciri yang membolehkan rakan-penghantar yang layak untuk memilih kawasan dan masa anda menerima pesanan GrabFood, GrabMart atau GrabExpress.

Slot adalah terhad. Untuk tempah slot, kunjungi bahagian Booking Planner (Perancang Tempahan) dalam aplikasi pemandu anda. 

Buat masa ini, ciri ini hanya dibuka untuk rakan-penghantar terpilih di bandar tertentu sahaja.

Jika anda layak untuk tempah slot, anda boleh menerima pesanan GrabFood, GrabMart atau GrabExpress semasa slot anda. Anda tidak boleh memilih jenis pesanan yang anda terima semasa slot anda.

Anda boleh tempah slot sekurang-kurangnya 2 jam sebelum slot bermula.

Terdapat had kepada jumlah slot yang anda boleh tempah, mengikut bandar anda. Sila rujuk notifikasi daripada kami mengenai perkara ini. Anda diingatkan untuk hanya tempah slot jika anda boleh lengkapkan pesanan di kawasan dan pada masa slot tersebut.

Ya, anda akan menerima notifikasi peringatan 30 minit sebelum slot anda bermula. Pastikan anda pergi ke kawasan slot anda untuk mula menerima pesanan. 

Jika anda sudah tempah slot tetapi anda tidak berada dalam atau berada jauh daripada kawasan slot, anda tidak akan menerima sebarang pesanan.

Anda boleh lihat slot yang telah anda tempah di bahagian ‘My Booking’ atau ‘Perancang Tempahan’.

Ya, anda boleh batalkan slot yang anda tempah 2 jam sebelum slot tersebut bermula. Anda tidak boleh batalkan slot kurang daripada 2 jam sebelum slot tersebut bermula.

Pastikan anda batalkan slot dengan segera untuk memberi peluang kepada rakan-penghantar lain untuk menempahnya.

Jika anda terlepas slot anda lebih daripada sekali, anda boleh disekat daripada menempah slot pada minggu seterusnya. 

Jika anda lambat, anda masih lagi boleh melakukan slot anda. Walau bagaimanapun, anda diingatkan untuk melakukannya pada masa yang sepatutnya untuk mengelakkan daripada disekat pada minggu seterusnya.

Jika anda keluar atau berada jauh daripada kawasan slot, anda tidak akan menerima sebarang pesanan. Sila lakukan slot pada masa dan di kawasan yang dipilih.

Tidak, dengan ciri ini, anda hanya akan menerima pesanan dan menghantarnya di dalam kawasan slot anda.

Sebagai sebahagian daripada komuniti Grab, anda wajib mematuhi Kod Tatalaku dan Terma & Syarat Perkhidmatan. Terima kasih.