Bermula dari 2 Okt (Jumaat) hingga 4 Okt (Ahad), peminat sukan permotoran dari seluruh dunia akan berkumpul di Litar Antarabangsa Sepang!
Ini bermakna permintaan untuk tempahan Grab ke dan dari kawasan tersebut akan meningkat tinggi, dan kami ingin memastikan anda bersedia untuk memaksimumkan pendapatan anda.
Teruskan membaca untuk maklumat lanjut, petua berguna, dan arahan khas sepanjang hujung minggu ini!
Butiran
Tarikh: 2 Oktober (Jumaat) – 4 Oktober (Ahad) 2026
Lokasi: Sekitar kawasan Sepang, [Pin & Ride @ KLIA Long Term Car Park (LTCP) sahaja]
Unutuk info lanjut tentang KLIA queue, rujuk di sini.
Memandangkan akses ke Sepang International Circuit (SIC) adalah terhad sepanjang Race Weekend, kenderaan e-hailing (kecuali kenderaan terpilih) tidak akan dapat mengambil atau menurunkan penumpang di lokasi acara.
Penumpang akan diturunkan atau diambil di salah satu daripada empat Hab Bas Shuttle, di mana mereka boleh menaiki bas percuma ke dan dari SIC:
Zon Pin & Ride Grab di Tempat Letak Kereta Jangka Panjang (LTCP)
Mitsui Outlet Park
KLIA Terminal 2
Bandar Baru Enstek (SK Kompleks KLIA)
Nota: Sekiranya penumpang anda tidak tahu, sila maklumkan kepada mereka bahawa terdapat bas ulang-alik yang disediakan untuk mengangkut penonton ke dan dari SIC.
Pin & Ride (tempahan JustGrab sahaja) hanya akan digunakan untuk tempahan dari LTCP sahaja.
Permintaan Tinggi & Pendapatan Tinggi!
Tambang bermula daripada RM60 untuk tempahan Pin & Ride sepanjang Hujung Minggu Perlumbaan!
Di samping itu, raih Insentif Istimewa dan Pickup Bonus bagi setiap tempahan berkaitan yang dilengkapkan!
Rujuk bahagian Insentif dalam aplikasi Pemandu Grab anda untuk maklumat lanjut mengenai insentif yang ditawarkan.
Jadual Acara Perlumbaan
Friday, 2 Oct
Saturday, 3 Oct
Sunday, 4 Oct
Friday, 2 Oct
Saturday, 3 Oct
Sunday, 4 Oct
Memperkenalkan Grab Pin & Ride (hanya di KLIA Long-Term Car Park)
Apa itu Pin & Ride?
Pin & Ride ialah ciri baharu yang menugaskan tempahan kepada rakan pemandu menerusi sistem barisan (queue), di mana penumpang perlu memberikan kod PIN sebaik sahaja memasuki kenderaan. Barisan ini adalah berasingan daripada barisan KLIA biasa.
Laluan Khas & Zon Menunggu: Masuk melalui pintu masuk khas Grab LTCP dan tuju ke kawasan menunggu PIN (rujuk peta di bawah) untuk menyertai barisan PIN. (Sila gunakan GrabMaps kerana terdapat arahan laluan khas yang perlu diikut).
Terima Tempahan: Apabila ditugaskan tempahan, anda akan menerima makluman (nudge). Bergerak ke kawasan pengambilan penumpang dan ikuti arahan marsyal/petugas untuk menuju ke lokasi penumpang anda.
Mula Perjalanan: Masukkan kod 4 digit yang diberikan oleh penumpang dan mulakan perjalanan anda seperti biasa.
NOTA PENTING:
Baki Dompet Tunai: Pastikan baki Dompet Tunai anda mencukupi untuk menerima tempahan tunai (contohnya: sekurang-kurangnya RM100).
Aturan Barisan (Queue): Anda tidak boleh berada dalam dua barisan pada masa yang sama. Jika anda berada dalam KLIA Queue, pandu kenderaan anda ke kawasan menunggu Pin & Ride (di LTCP) untuk menyertai queue Pin & Ride secara automatik. JANGAN TEKAN ‘LEAVE QUEUE’ (Keluar Barisan), JIKA TIDAK ANDA AKAN DIKENAKAN TEMPOH Bertenang (COOLDOWN) SELAMA 2 JAM.
Komitmen Tempahan: Jangan tolak atau abaikan tempahan yang telah ditugaskan. Setelah memasuki barisan Pin & Ride, sila berikan komitmen untuk menyempurnakan tugasan tersebut.
Butiran Tempahan & Tambang Minimum: Butiran tempahan termasuk destinasi dan tambang akan dipaparkan selepas kod Pin dimasukkan. Tambang minimum ialah RM60.
Masa Rehat Barisan: Hanya rehat selama 20 minit sahaja dibenarkan semasa berada dalam barisan, jika tidak kedudukan barisan anda akan dibatalkan.
Di manakah saya boleh menyertai Pin & Ride?
Sebaik sahaja anda memasuki kawasan menunggu LTCP, sistem kami akan memasukkan anda ke dalam queue secara automatik untuk menerima tempahan melalui Pin & Ride.
Bagaimanakah Pin & Ride berfungsi?
Dengan menyertai tempahan Pin & Ride, anda bersetuju dengan syarat-syarat yang disenaraikan di atas.
Menghala ke LTCP
Sila gunakan GrabMaps kerana ia akan mengarahkan anda ke pintu masuk percuma khas khusus untuk rakan pemandu Grab.
Tip-Tip untuk Race Weekend
Bersedia untuk hujung minggu yang sibuk dengan potensi pendapatan yang tinggi dengan mengikuti petua berikut:
Peka dengan gangguan lalu lintas sepanjang Race Weekend, kerana sesetengah laluan mungkin dilencongkan oleh pihak berkuasa.
Biasakan diri anda dengan jadual acara untuk mengetahui waktu puncak permintaan tinggi.
Pastikan petrol diisi secukupnya untuk pemanduan sepanjang hari.
Sediakan diri anda untuk tempoh pemanduan yang panjang dengan mendapatkan rehat secukupnya serta membawa bekalan air dan snek.
Bersedia menghadapi cuaca yang tidak menentu: Pakai pelitup muka, bawa kipas tangan, dan sediakan payung.
Pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan terbaik untuk mengharungi hujung minggu yang sibuk di jalan raya!
Jika boleh, sediakan baki Dompet Tunai yang lebih tinggi daripada biasa bagi tujuan menerima tempahan tunai.
Penumpang dari seluruh dunia akan menggunakan Grab, jadi pastikan anda menunjukkan keramahan dan hospitaliti Malaysia kepada mereka!
Bagi tempahan biasa, hantar penumpang ke LTCP mengikut destinasi di dalam aplikasi. Penumpang boleh menaiki bas shuttle percuma dari LTCP ke SIC. Hanya pemandu terpilih dengan akses khas sahaja dibenarkan membuat penurunan (drop-off) terus di SIC.
LTCP merujuk kepada Tempat Letak Kereta Jangka Panjang KLIA (KLIA Long Term Car Park). Untuk Race Weekend ini, ia berfungsi sebagai lokasi penurunan penumpang dan kawasan menunggu bagi barisan Pin & Ride.
Dikehendaki memaklumkan bahawa disebabkan kesesakan lalu lintas yang tinggi di dalam dan sekitar Sepang, tiada kawasan menunggu disediakan untuk Tempahan Serta-Merta (On-Demand Bookings). Sila sertai Barisan KLIA biasa.
Pelekat khas hanya untuk pemandu terpilih yang telah diberikan akses untuk penurunan (drop-off) terus di SIC. Jika anda tidak menerima mesej berkenaan, anda masih boleh menerima tempahan biasa yang menuju ke LTCP.
Sila hubungi pasukan Rakan Grab (Grab Partner) atau petugas di lokasi yang menguruskan akses untuk membuat semakan. Sediakan nombor pendaftaran kenderaan (plate number) dan tangkap layar (screenshot) aplikasi anda. Jangan anggap akses terus ke SIC telah aktif selagi pilihan tersebut belum muncul dalam aplikasi anda.
Bagi kawasan barisan Grab Pin & Ride, kemasukan adalah percuma melalui pintu masuk belakang. Sila gunakan GrabMaps untuk panduan navigasi ke laluan tersebut dan ikuti arahan petugas (marshals) di lokasi.
Selepas penurunan (drop-off), sila kembali ke kawasan menunggu yang dibenarkan seperti Landside atau LTCP untuk menunggu tempahan anda yang seterusnya.
Terdapat tempoh bertenang (cooldown period) selepas anda keluar daripada sesuatu barisan. Anda perlu memandu keluar dari kawasan Barisan PIN dan menunggu sehingga tempoh bertenang tersebut tamat sebelum menyertainya semula.
Anda akan menerima makluman di dalam aplikasi untuk bergerak ke Kawasan Menunggu (Holding area) apabila terdapat tempahan daripada penumpang. Sila ikuti juga arahan daripada petugas (marshals) di lokasi.
Sila semak sama ada jenis perkhidmatan Standard (From LTCP) telah diaktifkan. Jika ia telah diaktifkan dan masalah masih berterusan, sila dapatkan bantuan daripada Petugas (Marshal) di lokasi.
1. Campaign period is from 15 January 2022 (12:00am) – 28 February 2022 (11.59pm). 2. GrabPay users are eligible for a “RM8 rebate” in your “My Rewards” when you spend a minimum of RM88 on a single receipt via GrabPay Wallet. 3. The offer of “RM8 rebate” is limited to a total of 62,500 redemptions throughout the campaign period. 4. Offer is valid for TWO (2) in-store redemptions with a cap of ONE(1) redemption per user per day throughout the campaign. Shared across AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness throughout the campaign period. 5. The “RM8 rebate” will be awarded instantly with a minimum transaction of RM88 with GrabPay at all outlets of AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, AEON Wellness; The rebate can be found under “My Rewards”. Rebate must be redeemed by clicking “use now” under “My Rewards” 30 days from the date of issuance. 6. The campaign will cease once all redemptions have been fully awarded or at the expiration of the campaign period, whichever is earlier. 7. Offer is based on a first come first served and while stocks last basis only. 8. Grab and AEON Group shall not be under any obligation to inform users, on any communication channels once the offer has been fully redeemed. 9. Offer is only available for AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness physical stores purchases at cashier counter only via GrabPay Wallet; offer is not applicable for online or GrabMart purchases. 10. Offer is not exchangeable for cash or replacements. 11. Offer is not valid with any other voucher, discount or promotion. 12. Grab and AEON Group reserve the right to alter, extend or terminate the promotion, or amend the terms and conditions at its sole discretion at any time without prior notice. In case of any disputes directly or indirectly arising from the promotion, the decision of Grab and AEON Group shall be final. 13. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and any dispute arising out of or in connection with promotion shall be referred to the exclusive jurisdiction of courts of Malaysia. 14. This rebate is non-transferable to any party.