Pandu dan peroleh mata untuk menangi Honda WR-V, iPhone 15 dan banyak lagi hadiah yang hebat!

Rakan-pemandu boleh menyertai dua (2) kategori:

(i) LIGA JUARA BULANAN
(ii) LIGA JUARA HADIAH UTAMA

Liga Juara Bulanan

Pandu & kumpul mata untuk memenangi tayar baru bernilai RM2,000 dan baucar petrol Shell!
(TEMPOH PERADUAN: 1 November 2023 – 31 Mac 2024)

Rakan-pemandu akan dibahagikan kepada tiga (3) kumpulan: 

Rakan-pemandu akan memperolehi mata bagi setiap tempahan kenderaan yang dilengkapkan (Ambil → Bawa → Turunkan) berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan: 

Hadiah untuk Liga Juara Bulanan

Liga Juara Hadiah Utama

Jangan lepaskan peluang untuk memenangi sebuah Honda WR-V dan iPhone 15!
(TEMPOH PERADUAN: 1 November 2023 – 31 Mac 2024)

Rakan-pemandu akan memperolehi satu (1) entri dengan hanya melengkapkan satu (1) trip semasa tempoh peraduan.

Rakan-pemandu juga boleh memperoleh satu (1) entri tambahan bagi setiap 50 tempahan kenderaan yang lengkap (Ambil → Bawa → Turunkan).

Sebagai contoh:

Hadiah-hadiah untuk ‘Liga Juara Hadiah Utama’ adalah seperti berikut:

Lihat kedudukan anda dalam liga!

Kelayakan:

  1. Jadilah Rakan-Pemandu Grab Yang Aktif & Menangi Hadiah (“Peraduan”) adalah sebuah peraduan yang dianjurkan oleh GrabCar Sdn Bhd (“Grab”), dan terbuka kepada semua Rakan-Pemandu Grab Malaysia yang aktif, tidak kira Baru atau yang Sedia Ada, yang tinggal di Malaysia, dan tertakluk pada terma dan syarat berikut.
  2. Untuk menyertai Peraduan ini, semua Rakan mestilah memiliki akaun Rakan-Pemandu Grab yang aktif.
  3. Rakan-rakan berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:
    – Rakan yang telah disekat dan digantung;
    – Rakan yang telah mendaftar di bawah kategori GrabTaxi (yang menyediakan perkhidmatan e-hailing di bawah platform Grab dengan menggunakan teksi).

Tempoh Peraduan:

  1. Peraduan ini dijadualkan berjalan dari 1 November 2023, 12:00 tgh mlm, hingga 31 Mac 2024, 11:59 mlm – Waktu Malaysia GMT+8 (“Tempoh Peraduan”). Namun, ia akan beroperasi sebagai peraduan bulanan, di mana senarai pemenang akan dikeluarkan bagi setiap bulan berdasarkan jadual di bawah. Jadual ini juga turut menunjukkan tarikh tutup bagi pengiraan poin dalam setiap liga (“Tempoh Peraduan Bulanan.”):

  2. Mana-mana Tempahan Kenderaan Yang Lengkap selepas Tempoh Peraduan tidak lagi layak untuk mendapat sebarang entri ataupun poin.
  3. Grab berhak secara mutlak dan sepenuhnya untuk meminda, mengubah suai, menghentikan atau menamatkan Tempoh Peraduan / Tempoh Peraduan Bulanan pada bila-bila masa sebelum tarikh akhir Tempoh Kempen tanpa sebarang notis terlebih dahulu, dan tiada sebarang ganti rugi dalam bentuk tunai atau mana-mana bentuk lain yang akan diberikan.

Penyertaan:

  1. Peraduan ini akan mengambil tempat di aplikasi Grab Driver.
  2. Semua Rakan yang aktif (tidak kira baru atau yang sedia ada) akan terpilih untuk menyertai Peraduan ini secara automatik.
  3. Pemberian Tahap Secara Automatik: Rakan akan dimasukkan secara automatik ke liga masing-masing berdasarkan tahap mereka, manakala pengumpulan poin pula tidak terikat pada mana-mana liga. Walau bagaimanapun, jika berlaku perubahan tahap semasa Tempoh Peraduan Bulanan, sama ada naik atau turun tahap, penilaian akan dilakukan berdasarkan tahap pada hujung bulan tersebut.
  4. Tempahan kenderaan yang lengkap bermaksud adalah apabila Rakan telah berjaya menyelesaikan perjalanan dengan menurunkan penumpang ke destinasinya (Ambil → Bawa → Turunkan), tanpa sebarang tuntutan bayaran balik atau laporan rungutan daripada penumpang berkenaan trip tersebut (“Tempahan Kenderaan Yang Lengkap”).
  5. Setiap Tempahan Kenderaan Yang Lengkap yang dilakukan semasa Tempoh Peraduan akan dikira untuk pengumpulan poin. Bilangan poin yang dikumpulkan akan berbeza mengikut hari tertentu dan waktu bilakah tempahan kenderaan itu dilengkapkan.

Pengumpulan Poin

A. Semua Rakan akan memperolehi poin bagi setiap Tempahan Kenderaan Yang Lengkap berdasarkan hari dan masa yang telah ditetapkan, seperti berikut:

(Cth. Pengiraan Jumlah Poin bagi Rakan A dalam sehari / seminggu menurut senario rekaan berikut)

Senario 1
Pada hari Isnin, Rakan A membuat 6 trip antara 4.00 ptg – 7.59 mlm, dan 9 trip antara 8.00 mlm – 11.59 mlm
Pengiraan:
(6 Tempahan Kenderaan Yang Lengkap x 3 poin) + (9 Tempahan Kenderaan Yang Lengkap x 1 poin) = Jumlahnya adalah 27 poin yang dikumpulkan pada hari Isnin

Senario 2
Pada hari Ahad, Rakan A membuat 20 trip antara 10.00 pg hingga 7.00 mlm
(20 Tempahan Kenderaan Yang Lengkap x 3 poin) = Jumlahnya adalah 60 poin yang dikumpulkan pada hari Ahad

Senario 3 (Pengiraan Mingguan)
Katakan Rakan A hanya bekerja pada hari Ahad dan Isnin bagi minggu itu, jumlah poin yang dikumpulkan oleh Rakan A bagi minggu itu: 27 poin + 60 poin = Jumlah keseluruhannya adalah 87 poin

B. Pemandu Rujuk Pemandu (PRP)

i) Rakan Rujukan akan dihadiahkan dengan 5 poin apabila yang orang yang dirujuknya itu mengaktifkan akaunnya semasa Tempoh Peraduan (1 November 2023 hingga 31 Mac 2024).

ii) Penyerahan mestilah dibuat dengan menggunakan kod rujukan unik Rakan Rujukan, yang boleh didapati di Seksyen Rujukan di aplikasi Grab Driver. Sebarang butiran yang salah akan menyebabkan penyerahan tidak akan diproses.

iii) Rakan Rujukan akan tidak layak memperolehi poin PRP jika penyerahan itu dibantu oleh pemandu Alpha.

iv) Poin akan diset semula secara automatik pada setiap awal bulan yang berikutnya.

Pemilihan/Pengumuman Pemenang:

  1. Pemenang-pemenang Peraduan akan ditentukan secara bulanan semasa Tempoh Peraduan, di mana ranking adalah berdasarkan Rakan manakah yang berjaya mengumpulkan poin yang tertinggi.
  2. Rakan digalakkan untuk melayari laman web (di sini) bagi menyemak kedudukan masing-masing, dengan memasukkan nombor kad pengenalan mereka dan 4 digit terakhir nombor telefon yang didaftarkan dengan Grab ke palang carian laman web tersebut. Grab akan mengemaskinikan ranking peserta pada setiap minggu, dan keputusan akan dipaparkan pada setiap hari Selasa jam 12:00 tgh.
  3. Grab akan memaparkan butiran pengumpul poin yang tertinggi Peraduan ini, seperti nama Rakan, bandarnya, liganya, jumlah poin, dan rankingnya sepanjang Tempoh Kempen Bulanan berjalan.
  4. Rakan yang mengumpulkan jumlah poin yang tertinggi bagi bulan tersebut akan dikira sebagai pemenang hadiah. Sekiranya berlaku kedudukan seri dalam ranking Rakan-Pemandu, di mana beberapa Rakan memiliki jumlah poin yang sama, pemenang akan dipilih berdasarkan Rakan manakah yang mencapai bilangan trip lengkap yang lebih banyak terlebih dahulu. Ini bermakna Rakan yang mencapai bilangan trip yang lebih tinggi dalam tempoh masa yang lebih singkat akan diumumkan sebagai pemenang.
  5. Pengumuman para pemenang bulanan akan disampaikan kepada Rakan dalam masa 14 hari bulan berikutnya melalui notifikasi di aplikasi Grab Driver.
  6. Terdapat sejumlah tiga ratus dua puluh (320) orang pemenang akan ditentukan berdasarkan usaha dan ranking mereka bagi setiap bulan. Setiap pemenang bagi satu-satu bulan hanya layak untuk menerima satu (1) hadiah sahaja.
  7. Pengumuman pemenang mungkin akan melibatkan nama Rakan, bandar atau kawasannya, dan butiran hadiah bagi setiap pemenang.
  8. Hadiah akan dibayar secara automatik ke akaun GrabBenefits pemenang.

Hadiah Bulanan Setiap Liga:

  1. Hadiah-hadiah bulanan bagi para pemenang Peraduan ini pada setiap bulan adalah seperti berikut:

Liga Ultimate & Platinum

Liga Gold & Member

Liga Pemandu Baru

2. Setiap Rakan hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah sahaja dalam Peraduan yang berdasarkan usaha bulanan ini.

3. Terdapat seorang pemenang keseluruhan bagi setiap liga. Rakan yang memiliki bilangan poin yang tertinggi dalam setiap liga antara 1 November 2023, 12:00 tgh mlm dan 31 Mac 2024, 11.59 mlm, akan menjadi pemenang keseluruhan bagi liga masing-masing. Penentuan pemenang keseluruhan bagi setiap liga adalah berdasarkan prestasi Rakan dalam liga mereka pada bulan Mac 2024. Sebagai contoh, jika Rakan berada dalam Liga Member pada bulan Disember 2023 tetapi telah naik tahap ke Liga Platinum pada bulan Mac 2024, prestasi Rakan dan rankingnya akan dinilai dalam Liga Platinum.

4. Hadiah bagi pemenang keseluruhan adalah satu set empat (4) biji tayar kereta yang baru, yang sesuai dengan model kereta semasa yang digunakan dalam perkhidmatan kereta Grab dan tidak melebihi kos maksimum RM2,000. Pemenang keseluruhan boleh membuat tuntutan hadiah dengan memberikan resit kepada Grab untuk mendapatkan bayaran balik bagi penggantian tayar keretanya.

5. Pembayaran balik bagi resit berkenaan akan diproses dengan memasukkannya ke dalam dompet tunai pemenang.

6. Semua hadiah tidak boleh dipulangkan semula, tidak boleh ditukar ganti, tidak boleh dikumpulkan, tidak boleh dipindah milik, dan tidak boleh ditebus untuk wang tunai atau hadiah-hadiah yang lain.

7. Semua hadiah dalam bentuk baucar mestilah ditebus dan digunakan oleh Rakan dalam batas waktu yang telah ditetapkan. Sebarang permintaan untuk melanjutkan tempoh sah hadiah (baucar) tidak akan dilayan, dan tiada sebarang pembayaran ganti rugi yang akan dilakukan jika Rakan gagal untuk menggunakan hadiahnya sebelum ia tamat tempoh.

8. Para pemenang dengan ini memahami dan mengakui bahawa Grab bukanlah pembuat hadiah-hadiah tersebut dan tidak memiliki sebarang kawalan ke atas reka bentuk, pembuatan, atau kualitinya. Semua hadiah disediakan sepertimana ‘seadanya’ dan tanpa sebarang waranti, secara tersurat mahupun tersirat. Grab tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kerugian, sama ada secara langsung atau tidak langsung, akibat daripada penggunaan atau pemilikan hadiah, termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana kecacatan atau kepincangan hadiah tersebut. Para pemenang dengan ini bersetuju untuk membebaskan, melindungi, dan tidak memudaratkan Grab daripada sebarang dan semua tuntutan, tanggungan, bayaran kerosakan, kos dan perbelanjaan, termasuk yuran guaman yang munasabah, akibat daripada atau yang berkaitan dengan resit, penggunaan atau pemilikan hadiah, tidak kira sama ada tuntutan itu timbul daripada kecuaian Grab, pelanggaran kontrak, atau mana-mana punca tindakan yang lain.

Terma dan Syarat Umum:

  1. Dengan menyertai Peraduan ini, Rakan telah pun mengakui, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini.
  2. Grab berhak secara mutlak dan sepenuhnya untuk menarik balik, memperbaiki, mengubah dan/atau meminda mana-mana bahagian terma dan syarat berkaitan Peraduan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada penggantian hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya, pada bila-bila masa tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu kepada Rakan, dan Rakan juga bersetuju untuk terikat dengan segala perubahan tersebut.
  3. Grab berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk membatalkan kelayakan penyertaan mana-mana Rakan dalam Peraduan ini tanpa sebarang sebab dan notis, khususnya jika:
    – Rakan bukanlah seorang Rakan yang layak;
    – Rakan gagal memenuhi semua atau mana-mana terma dan syarat yang telah ditetapkan di sini;
    – Rakan telah terlibat dalam suatu perbuatan yang dianggap tidak sesuai atau tidak boleh diterima oleh Grab;
    – Rakan telah melanggar mana-mana terma dan syarat atau peraturan lain Peraduan ini, atau mencabuli mana-mana peraturan atau undang-undang yang berkuat kuasa; dan
    – mana-mana sebab lain yang Grab rasakan sesuai mengikut budi bicara mutlaknya
  4. Rakan dengan ini bersetuju bahawa terma dan syarat di sini akan diutamakan dan diguna pakai sekiranya berlaku sebarang isu konsisten pada terma, syarat, peruntukan atau pernyataan yang terkandung di dalam bahan-bahan promosi atau pengiklanan yang lain bagi Peraduan ini. Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten, perselisihan, kesamaran atau percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dengan versi bahasa-bahasa yang lain, terma dan syarat Bahasa Inggerislah yang akan diutamakan dan diguna pakai pada setiap masa.
  5. Rakan dengan ini bersetuju untuk memberikan hak eksklusif kepada Grab untuk menggunakan, mengubah suai, menerbitkan atau memaparkan bahan-bahan maklumat yang diserahkan oleh Rakan, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor kad pengenalan, bilangan jumlah entri, gambar, bandar atau kawasan Rakan dalam apa-apa sahaja cara yang dirasakan sesuai bagi tujuan pemasaran, pengiklanan, publisiti dan bagi apa-apa sahaja sebab yang lain tanpa memberikan sebarang notis lanjutan kepada Rakan, dan Rakan tidak akan membuat tuntutan pemilikan atau sebarang bayaran atau pampasan ganti rugi ke atas bahan-bahan tersebut.
  6. Semua keputusan Grab terhadap segala yang berkaitan dengan Peraduan ini adalah muktamad dan tidak dapat dipertikaikan lagi, dan sebarang surat-menyurat atau percubaan untuk mempertikaikan keputusan tersebut tidak akan dilayan.
  7. Grab tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana tuntutan oleh Rakan atau tuntutan pihak ketiga atau kerugian dalam apa-apa sahaja bentuk, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian kewangan, bebanan kewangan, kerugian secara tidak langsung, khas, sampingan, atau turutan atau kerugian-kerugian yang lain dan mana-mana tuntutan dari mana-mana kaitan, termasuk kerosakan secara langsung, tidak langsung, pihak ketiga, atau kerosakan-kerosakan lain yang terhasil daripada atau yang mempunyai hubungan dengan Peraduan ini.
  8. Terma dan syarat bagi mana-mana hadiah yang diberikan dalam bentuk baucar adalah tertakluk pada terma dan syarat yang telah ditetapkan di dalam baucar tersebut. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara terma dan syarat Perjanjian ini dengan yang terdapat di dalam baucar, terma dan syarat baucarlah yang akan diutamakan dan diguna pakai.
  9. Dengan menyertai Peraduan ini, Rakan telah pun bersetuju untuk membenarkan Grab mengumpulkan, menggunakan, mendedahkan, dan memproses data peribadi Rakan bagi memudahkan pelaksanaan Peraduan ini (termasuk memaklumkan para pemenang, mengumumkan pemenang di platform dalam talian Grab, penghantaran/pengambilan hadiah) dan bagi tujuan pengiklanan, promosi, pemasaran dan/atau tujuan-tujuan lain yang berkaitan tanpa sebarang pampasan ganti rugi, selaras dengan undang-undang privasi yang berkuat kuasa dan Notis Privasi Grab (https://www.grab.com/my/terms-policies/privacy-notice/).
  10. Rakan dengan ini bersetuju untuk tidak mempersoalkan segala keputusan Grab tanpa had mahupun syarat, dan sekiranya berlaku sebarang pertikaian secara langsung ataupun tidak langsung yang timbul daripada Peraduan ini, semua keputusan Grab adalah muktamad dan tidak dapat dipertikaikan lagi.
  11. Terma dan syarat ini ditadbirkan oleh undang-undang Malaysia dan bidang kuasa eksklusif mahkamah-mahkamah di Malaysia

Kelayakan:

  1. Jadilah Rakan-Pemandu Grab Yang Aktif & Nikmati Ganjaran Hebat (“Peraduan”) adalah sebuah peraduan yang dianjurkan oleh GrabCar Sdn Bhd (“Grab”), dan terbuka kepada semua Rakan-Pemandu Grab Malaysia yang aktif, tidak kira Baru atau yang Sedia Ada, yang tinggal di Malaysia, dan tertakluk pada terma dan syarat berikut.
  2. Untuk menyertai Peraduan ini, semua Rakan mestilah memiliki akaun Rakan-Pemandu Grab yang aktif.
  3. Rakan-rakan berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:
    – Rakan yang telah disekat dan digantung;
    – Rakan yang telah mendaftar di bawah kategori

Tempoh Peraduan:

  1. Peraduan ini akan berjalan dari 1 November 2023, 12.00 tgh mlm hingga 31 Mac 2024, 11.59 mlm – Waktu Malaysia GMT+8 (“Tempoh Peraduan”).
  2. Mana-mana Tempahan Kenderaan Yang Lengkap selepas Tempoh Kempen tidak lagi layak untuk mendapat sebarang entri.
  3. Grab berhak secara mutlak dan sepenuhnya untuk meminda, mengubah suai, menghentikan atau menamatkan Tempoh Peraduan pada bila-bila masa sebelum tarikh akhir Tempoh Peraduan tanpa sebarang notis terlebih dahulu, dan tiada sebarang ganti rugi dalam bentuk tunai atau mana-mana bentuk lain yang akan diberikan.

Penyertaan:

  1. Peraduan ini akan mengambil tempat di aplikasi Grab Driver.
  2. Semua Rakan yang aktif (tidak kira baru atau yang sedia ada) akan terpilih untuk menyertai Peraduan ini secara automatik.
  3. Tempahan kenderaan yang lengkap bermaksud adalah apabila Rakan telah berjaya menyelesaikan perjalanan dengan menurunkan penumpang ke destinasinya (Ambil → Bawa → Turunkan), tanpa sebarang tuntutan bayaran balik atau laporan rungutan daripada penumpang berkenaan trip tersebut (“Tempahan Kenderaan Yang Lengkap”).
  4. Istilah “minggu” dalam Peraduan ini bermaksud dari hari Isnin 12:00 tgh mlm hingga hari Ahad 11:59 mlm.
  5. Setiap Tempahan Kenderaan Yang Lengkap semasa Tempoh Peraduan akan dihimpunkan setiap minggu bagi melayakkan Rakan untuk mendapat entri-entri Peraduan, dengan syarat kriteria berikut hendaklah dipenuhi.

Kriteria Entri Peraduan

  1. Untuk layak mendapatkan satu entri Peraduan, Rakan hendaklah melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) Tempahan Kenderaan Yang Lengkap antara 1 November 2023 dan 31 Mac 2024.
  2. Kemudian, bagi setiap 50 Tempahan Kenderaan Yang Lengkap, Rakan akan menerima satu (1) entri Peraduan tambahan. Pengiraan akan dilakukan setiap minggu, dan proses pengiraan akan diset semula pada permulaan setiap minggu.

Sebagai Contoh:

Pengiraan:
Entri yang dikumpulkan hingga minggu 4 = 1 + 2 + 4 + 3 = Jumlahnya 10 entri Peraduan

Nota:
Mana-mana tambahan Tempahan Kenderaan Yang Lengkap yang tidak memenuhi ambang batas 50 trip untuk mendapatkan satu (1) entri Peraduan tambahan, tidak akan dibawa atau dikumpulkan ke permulaan minggu berikutnya.

Pemilihan/Pengumuman Pemenang:

  1. Rakan digalakkan untuk melayari laman web (di sini) bagi menyemak kedudukan masing-masing, dengan memasukkan nombor kad pengenalan mereka dan 4 digit terakhir nombor telefon yang didaftarkan dengan Grab ke palang carian laman web tersebut. Grab akan mengemaskinikan jumlah entri tiket Rakan pada setiap minggu, dan keputusan akan dikemaskinikan pada setiap hari Selasa jam 12:00 tgh.
  2. Grab akan menerbitkan butiran Rakan-rakan yang mendapat entri Peraduan tertinggi, seperti nama dan bandar Rakan.
  3. Pada penghujung Tempoh Peraduan, para pemenang akan dipilih secara rawak melalui randomiser untuk memenangi ganjaran.
  4. Para pemenang akan diumumkan secara rasmi di laman penambat aplikasi Grab Driver sekurang-kurangnya 30 hari selepas berakhirnya Tempoh Peraduan, yakni minggu pertama bulan Mei 2024.
  5. Terdapat sejumlah seratus enam puluh enam (166), dan setiap pemenang hanya layak untuk menerima satu (1) ganjaran sahaja.
  6. Para pemenang akan dihubungi dan/atau dimaklumkan melalui e-mel bersama-sama arahan tentang cara-cara untuk menebus ganjaran mereka sebelum pengumuman rasmi dilakukan. Pemenang hendaklah memberitahu bahawa dirinya telah menerima e-mel tersebut dalam masa 7 hari dari tarikh penerimaan. Sekiranya gagal untuk melakukannya, kemenangan itu mungkin akan dibatalkan, dan Grab berhak untuk menganugerahkan ganjaran itu kepada pemenang yang lain. (Nota: para pemenang akan dihubungi sebelum tarikh rasmi pengumuman pemenang).
  7. Grab tidak akan memikul sebarang tanggungjawab sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi atas apa-apa alasan sekalipun.

Ganjaran:

  1. Ganjaran-ganjaran bagi para pemenang Peraduan ini adalah seperti berikut:

  2. Setiap Rakan hanya layak untuk memenangi satu (1) ganjaran sahaja.
  3. Semua ganjaran mestilah dituntut oleh pemenang dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh rasmi pengumuman pemenang di laman penambat aplikasi Grab Driver. Segala kos dan perbelanjaan yang berkaitan dengan tuntutan ganjaran akan ditanggung sepenuhnya oleh para pemenang. Mana-mana ganjaran yang tidak dituntut dalam jangka masa yang telah ditetapkan, atas apa-apa alasan sekalipun, akan terlepas.
  4. Ganjaran hendaklah dituntut sendiri. Identifikasi seperti kad pengenalan atau lesen memandu yang memaparkan gambar pemenang wajib dibawa ketika pemenang datang untuk proses tuntutan. Grab berhak untuk tidak menyerahkan ganjaran mana-mana pemenang yang tidak menyediakan butiran yang diperlukan sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Terma dan Syarat Peraduan ini.
  5. Semua ganjaran tidak boleh dipulangkan semula, tidak boleh ditukar ganti, tidak boleh dikumpulkan, tidak boleh dipindah milik, dan tidak boleh ditebus untuk wang tunai atau ganjaran-ganjaran yang lain.
  6. Semua ganjaran dalam bentuk Kredit GrabPay akan dibayar secara automatik ke akaun aplikasi Grab Driver pemenang.
  7. Para pemenang dengan ini memahami dan mengakui bahawa Grab bukanlah pembuat ganjaran-ganjaran tersebut dan tidak memiliki sebarang kawalan ke atas reka bentuk, pembuatan, atau kualitinya. Semua ganjaran disediakan sepertimana ‘seadanya’ dan tanpa sebarang waranti, secara tersurat mahupun tersirat. Grab tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan atau kerugian, sama ada secara langsung atau tidak langsung, akibat daripada penggunaan atau pemilikan ganjaran, termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana kecacatan atau kepincangan ganjaran tersebut. Para pemenang dengan ini bersetuju untuk membebaskan, melindungi, dan tidak memudaratkan Grab daripada sebarang dan semua tuntutan, tanggungan, bayaran kerosakan, kos dan perbelanjaan, termasuk yuran guaman yang munasabah, akibat daripada atau yang berkaitan dengan resit, penggunaan atau pemilikan ganjaran, tidak kira sama ada tuntutan itu timbul daripada kecuaian Grab, pelanggaran kontrak, atau mana-mana punca tindakan yang lain.

Terma dan Syarat Umum:

  1. Dengan menyertai Peraduan ini, Rakan telah pun mengakui, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini.
  2. Grab berhak secara mutlak dan sepenuhnya untuk menarik balik, memperbaiki, mengubah dan/atau meminda mana-mana bahagian terma dan syarat berkaitan Peraduan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada penggantian ganjaran dengan ganjaran lain yang sama nilainya, pada bila-bila masa tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu kepada Rakan, dan Rakan juga bersetuju untuk terikat dengan segala perubahan tersebut.
  3. Grab berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk membatalkan kelayakan penyertaan mana-mana Rakan dalam Peraduan ini tanpa sebarang sebab dan notis, khususnya jika:
    – Rakan bukanlah seorang Rakan yang layak;
    – Rakan gagal memenuhi semua atau mana-mana terma dan syarat yang telah ditetapkan di sini;
    – Rakan telah terlibat dalam suatu perbuatan yang dianggap tidak sesuai atau tidak boleh diterima oleh Grab;
    – Rakan telah melanggar mana-mana terma dan syarat atau peraturan lain Peraduan ini, atau mencabuli mana-mana peraturan atau undang-undang yang berkuat kuasa; dan
    – mana-mana sebab lain yang Grab rasakan sesuai mengikut budi bicara mutlaknya
  4. Rakan dengan ini bersetuju bahawa terma dan syarat di sini akan diutamakan dan diguna pakai sekiranya berlaku sebarang isu konsisten pada terma, syarat, peruntukan atau pernyataan yang terkandung di dalam bahan-bahan promosi atau pengiklanan yang lain bagi Peraduan ini. Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten, perselisihan, kesamaran atau percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dengan versi bahasa-bahasa yang lain, terma dan syarat Bahasa Inggerislah yang akan diutamakan dan diguna pakai pada setiap masa.
  5. Rakan dengan ini bersetuju untuk memberikan hak eksklusif kepada Grab untuk menggunakan, mengubah suai, menerbitkan atau memaparkan bahan-bahan maklumat yang diserahkan oleh Rakan, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor kad pengenalan, bilangan jumlah entri, gambar, bandar atau kawasan Rakan dalam apa-apa sahaja cara yang dirasakan sesuai bagi tujuan pemasaran, pengiklanan, publisiti dan bagi apa-apa sahaja sebab yang lain tanpa memberikan sebarang notis lanjutan kepada Rakan, dan Rakan tidak akan membuat tuntutan pemilikan atau sebarang bayaran atau pampasan ganti rugi ke atas bahan-bahan tersebut.
  6. Semua keputusan Grab terhadap segala yang berkaitan dengan Peraduan ini adalah muktamad dan tidak dapat dipertikaikan lagi, dan sebarang surat-menyurat atau percubaan untuk mempertikaikan keputusan tersebut tidak akan dilayan.
  7. Grab tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana tuntutan oleh Rakan atau tuntutan pihak ketiga atau kerugian dalam apa-apa sahaja bentuk, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian kewangan, bebanan kewangan, kerugian secara tidak langsung, khas, sampingan, atau turutan atau kerugian-kerugian yang lain dan mana-mana tuntutan dari mana-mana kaitan, termasuk kerosakan secara langsung, tidak langsung, pihak ketiga, atau kerosakan-kerosakan lain yang terhasil daripada atau yang mempunyai hubungan dengan Peraduan ini.
  8. Terma dan syarat bagi mana-mana ganjaran yang diberikan dalam bentuk baucar adalah tertakluk pada terma dan syarat yang telah ditetapkan di dalam baucar tersebut. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara terma dan syarat Perjanjian ini dengan yang terdapat di dalam baucar, terma dan syarat baucarlah yang akan diutamakan dan diguna pakai.
  9. Dengan menyertai Peraduan ini, Rakan telah pun bersetuju untuk membenarkan Grab mengumpulkan, menggunakan, mendedahkan, dan memproses data peribadi Rakan bagi memudahkan pelaksanaan Peraduan ini (termasuk memaklumkan para pemenang, mengumumkan pemenang di platform dalam talian Grab, penghantaran/pengambilan ganjaran) dan bagi tujuan pengiklanan, promosi, pemasaran dan/atau tujuan-tujuan lain yang berkaitan tanpa sebarang pampasan ganti rugi, selaras dengan undang-undang privasi yang berkuat kuasa dan Notis Privasi Grab (https://www.grab.com/my/terms-policies/privacy-notice/).
  10. Rakan dengan ini bersetuju untuk tidak mempersoalkan segala keputusan Grab tanpa had mahupun syarat, dan sekiranya berlaku sebarang pertikaian secara langsung ataupun tidak langsung yang timbul daripada Peraduan ini, semua keputusan Grab adalah muktamad dan tidak dapat dipertikaikan lagi.
  11. Terma dan syarat ini ditadbirkan oleh undang-undang Malaysia dan bidang kuasa eksklusif mahkamah-mahkamah di Malaysia.
  12. GrabTaxi (yang menyediakan perkhidmatan e-hailing di bawah platform Grab dengan menggunakan teksi).

Enjoy 9% (RM8) Rebate at
AEON

  • Valid from 15 Jan 2022 – 28 Feb 2022
  • Minimum spend: RM88
  • Limited to 62,500 redemptions 
  • TWO(2) redemptions per user throughout the campaign

1. Campaign period is from 15 January 2022 (12:00am) – 28 February 2022 (11.59pm).
2. GrabPay users are eligible for a “RM8 rebate” in your “My Rewards” when you spend a minimum of RM88 on a single receipt via GrabPay Wallet.
3. The offer of “RM8 rebate” is limited to a total of 62,500 redemptions throughout the campaign period.
4. Offer is valid for TWO (2) in-store redemptions with a cap of ONE(1) redemption per user per day throughout the campaign. Shared across AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness throughout the campaign period. 
5. The “RM8 rebate” will be awarded instantly with a minimum transaction of RM88 with GrabPay at all outlets of AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, AEON Wellness; The rebate can be found under “My Rewards”. Rebate must be redeemed by clicking “use now” under “My Rewards” 30 days from the date of issuance.
6. The campaign will cease once all redemptions have been fully awarded or at the expiration of the campaign period, whichever is earlier.
7. Offer is based on a first come first served and while stocks last basis only.
8. Grab and AEON Group shall not be under any obligation to inform users, on any communication channels once the offer has been fully redeemed.
9. Offer is only available for AEON Co, AEON BiG, AEON MaxValu Prime, and AEON Wellness physical stores purchases at cashier counter only via GrabPay Wallet; offer is not applicable for online or GrabMart purchases.
10. Offer is not exchangeable for cash or replacements.
11. Offer is not valid with any other voucher, discount or promotion.
12. Grab and AEON Group reserve the right to alter, extend or terminate the promotion, or amend the terms and conditions at its sole discretion at any time without prior notice. In case of any disputes directly or indirectly arising from the promotion, the decision of Grab and AEON Group shall be final.
13. These terms and conditions shall be governed by the laws of Malaysia and any dispute arising out of or in connection with promotion shall be referred to the exclusive jurisdiction of courts of Malaysia.
14. This rebate is non-transferable to any party.